Stressnya Tengok K-Drama Designated Survivor 60 Days | Terjebak jugak akhirnya. Sebelum drama ni release lagi, dak Ibah dah share kat FB dia, senarai K-Drama akan datang yang harus tengok. Masa da ada Netflix, terus masukkan dalam My List. Tapi tak tengok-tengok lagi sebab layan drama lain dulu. Takut pening kang.
Bila Ben Ashaari pun share kat blog dia, fuhhh tak boleh jadi ni! Ben yang tak layan drama Korea boleh melekat tengok drama ni dan sentiasa menunggu new release every week, maksudnya memang bukan biashe biashe lah!
Makanya, dalam minggu lepas, saya pun start tengok kat Netflix.
Ok.
Wowwww!
Episod pertama pun saya dah rasa wowww sangat!
Drama ni agak berat. Tema dia politik, mungkin ada orang kurang gemar. Tapi saya jenis tengok aje dulu episod 1 apa-apa drama, tak kisah genre apa pun. Kalau episod 1 tu best dan berjaya buat saya nak tengok episod seterusnya, maksudnya memang menarik lah drama tu!
Macam mana ek, kalau betul-betul orang paling penting dalam sesebuah negara tu kena bunuh dalam serangan pengganas? Dan tiba-tiba orang yang tak pernah terbayang akan jadi Presiden sesebuah negara, akhirnya terpaksa memegang jawatan sebagai Pemangku Presiden selama dua bulan sebelum pilihanraya Presiden yang sebenar.
Bayangkan lah, yang jadi Pemangku Presiden tu pulak orang yang takde pengalaman dalam bidang politik. Hanya berlatar-belakangkan ahli akademik dan professor di sebuah universiti tempatan, terpilih jadi Menteri Alam Sekitar sebab Presiden yang lantik dia, bukan daripada sistem demokrasi.
Disebabkan semua menteri dan orang atasan dah terbunuh dalam letupan di bangunan National Assembly, dia terpaksa mengambil alih beban seberat gunung untuk mengendalikan hal negara. Dalam keadaan genting dan persoalan keselamatan negara menjadi begitu runcing, tiba-tiba semua keputusan paling besar negara menjadi dalam genggaman dia.
Fuhhhh!
Apa yang saya tengok, drama ni banyak mendedahkan cara-cara untuk menjadi Presiden, dan pentingnya sebuah organisasi yang menjadi tulang belakang kepada Presiden. Kalau kuat tulang belakang tu, insya'Allah kuat juga Presiden-nya. Tapi andai ada duri dalam daging, tak mustahil tulang belakang tu boleh rosak macam orang kena Slip Disc. Ah tiberrr!
Paling suka watak Cha Young-jin oleh Son Seok Koo, tak hensem tapi cool giler! |
Drama ni jugak menunjukkan kepada kita rakyat marhaen ni, macam mana sebenarnya hal kerajaan dikendalikan di sesebuah negara tu, dengan mengambil contoh negara Korea Selatan. Macam mana parti-parti politik dan badan-badan penting kerajaan berfungsi antara satu sama lain. Terbukak la sikit mata tu kan untuk memahami kerja-kerja menteri ni.
Sekarang ni saya baru tengok sampai episod 8, setiap episod ada pasang dan surutnya. Dah tengah-tengah jalan cerita ni, makin hebat klimaksnya. Setiap kali ada usaha nak tunjukkan dalang di sebalik pengeboman National Assembly, tiap kali tu lah ada je musuh yang menggagalkannya. Weiii, stress I tauuu! Bila nak berjaya ni???
Tapi ye lah, baru episod 8. Ada 8 episod lagi oi baru la nak masuk peleraian. Hahaha.
Bila dah stress-stress, saya pergi tengok drama lain pulak yang lebih ringan dan kelakar-kelakar. Kalau tak, nanti mendung hidupku.
Kbye.
6 Comments
Oh janganlah daku terjebak, kang ada tak tido layan KDRama lagi hahahaha
ReplyDeletehahahhahhahah..weii bila nak sambung tengok blood
DeleteBuat masa ini memang saya berhenti seketika dari melayan drama korea ni. Tapi.. Tapi.. Bila Sunah ceritakan ni, rasa nak pergi menonton lah pula. Hahaha.. Melayan drama korea kekadang memang buat tak keruan. Tak sabar nak tahu episod yang seterusnya.
ReplyDeleteyeee...tu la teknik diorang, hujung2 cerita mesti klimaks..hahahha
DeleteAlaaaaa lama dah tak tengok kdrama. Takde masa. Huwarghhh
ReplyDeletecuba tengok di masa senggang...tiberr..orang da kata takde masa, nak suruh gak tengok...hahahahhaha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com