Siapa Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang? | Kalau jadi orang Sarawak, mesti pernah dengar dua nama ni. Tapi tak semua orang Sarawak tahu lebih detail tentang mereka berdua. Lagenda dari cerita rakyat yang dibawa dari mulut ke mulut, dikatakan sebagai punca terjadinya Gunung Santubong sebegitu rupa pada hari ini.
Bergambar berlatar-belakangkan Gunung Santubong di Pantai Damai, Kuching, Sarawak |
Siap ada lagu khas mengisahkan mereka berdua macam kat bawah ni:
Puteri Santubong Puteri Sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
( syair )
Ooo… Puteri Santubong
Menenun kain… siang
Ooo… Puteri Sejinjang
Menumbuk padi… malam
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati
Yalah kisah duak ‘rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak
Lagu tu dalam bahasa Sarawak. Secara ringkas, ia membawa maksud, dua orang puteri yang sangat cantik, manis dan jelita, merupakan anak dewa yang turun dari kayangan. Kerja mereka berdua, menenun kain dan menumbuk padi masing-masing. Tapi satu hari, mereka berdua bergaduh (kelayi), akhirnya menimbulkan persengketaan besar yang memakan diri sendiri. Kenapa Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong? Mana Puteri Sejinjang? Jom ikuti kisah ni yang saya ambil dari blog ilovekch.com.
***
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.
Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu dihayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sabung-menyabung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.
***
Nah, itulah kisah lagenda mereka. Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong yang berlekuk, Puteri Sejinjang pula bertaburan menjadi Pulau Kera, Pulau Satang, Pulau Talang Talang, Pulau Lakir, dan lain-lain kerana pipinya yang bertaburan dipukul dengan belidak. Dikatakan juga Puteri Sejinjang disumpah menjadi Gunung Sejinjang, tapi tak berapa nak tinggi gunungnya, lebih macam bukit aje sebab pipi Puteri Sejinjang dah bertaburan jadi pulau-pulau kecil. Boleh baca lebih banyak versi lagenda ni kat blog Sejarah Sarawak.
But most of the verses meletakkan punca yang sama, kehadiran seorang putera raja yang kacak. Hurmm, itulah pengajarannya, jangan bergaduh kerana lelaki yaaaaa girlsss! Tak ada gunanya, binasakan diri sendiri aje nanti. Gituhhh, okbai!
6 Comments
mmg betul setiap lagu tu mmg ada asal usul cerita dia...cuma betul ke tidak wallahu aklam
ReplyDeleteMasa zaman sekolah selalu nyanyi lagu ni. Dah besar ni jarang2 dengar 😁
ReplyDeleteIngat kan ke yang berdiri tu haa Puterinya..tu Puteri Kek Lapis ek hehehehe
ReplyDeleteDulu.. masa akk kecik2 selalu ada dokumentari dan sejarah tentang Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ni di RTm, sampai akak boleh hafal lagu dia tau, hihihi
ReplyDeleteorang Pahang pun boleh hafal lagu ni tau...dulu selalu ada kat tv
ReplyDeleteni ke putrinya? ekekeke.. akak pun hafal lagu ni..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com