Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Shell Out di Shells n Fins, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Makan Shell Out di Shells n Fins, Bandar Baru Uda, Johor Bahru | Gembira betul hati ni sebab dapat makan shell out. Dah lama sangat rasanya tak makan, last makan tahun lepas kot kat Shah Alam?


1 Ogos lepas, Ibah dan Nada ajak celebrate birthday kakak osmet diorang ni. Memula diorang nak suprise lah, destinasi rahsia. Ok fine. Tapi bila Nada dah balik, dia pun tunjuk instagram restoran Shells n Fins. Hahaha. Sudah tidak rahsia lagiiii.


Ikutkan, kena buat reservation, tapi masa Nada call, staff dia cakap datang aje, tak perlu reserve pun takpe. Tapi bila kitorang dah sampai sana, fuhh hampir penuh jugak restoran ni. Nasib baik lerr staff dia tu alert, dia reserve jugak meja untuk  kitorang bertiga tanpa nama Nada. Kosong aje nama pada kertas notis kat meja tu, tapi dia tulis 3 pax. Hahaha. Alhamdulillah, macehhh tau awakkk!

Apa menu yang kitorang order?


Set Kombo A
Udang Butter
Sotong Goreng Tepung
Fish Fillet
Sayur Campur
Nasi Putih

Untuk setiap set kombo makan berbaloi-baloi, akan dapat free drinks dan free ice cream. Memang berbaloi-baloi la uikkk!


Kami tambah juga Ikan Siakap Tiga Rasa dengan Lala Telur Masin takut set tersebut di atas tak cukup lauknya. Bila menu sampai, masing-masing teruja. Alhamdulillah, sedap jugakkk. Kitorang makan bertiga, kalau makan berempat, lagi elok sebenarnya. Sebab macam terlebih lauk pulak. Hahaha!


Air percuma tu bukan biashe-biashe lak tu, ada air durian belanda, air laici dan air anggur. Dia tukar-tukar bila da habis satu jenis air. Aiskrimnya pulak boleh ambil masa tengah makan atau masa dah habis, dah bayar, bawak balik makan dalam kereta.


Paling menarik, interior dalam restoran dia siap ada hiasan Happy Birthday. Jadi, rasa lah jugak macam disambut hari jadi oleh seisi kedai kan. Hahaha! Agaknya memang diorang letak hiasan tu siap-siap dari request yang asal lama-lama dulu. Sesuai sangat la kalau bawak family ramai-ramai sambut birthday kat sini.


Bila keluar dari restoran, ternampak pulak dia punya bunting Lunch Saver menu. Uols tengok la rega tu, murah kannn? Haa, boleh lah cuba makan tengahari kat sini next time.

Lepas ni tau dah nak makan shell out kat mana kat JB ni. Maceh Ibah, maceh Nada!


Shells n Fins
Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8 (Trigon) Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
(sebelah Anjung Selatan)

Waktu operasi:
Selasa - Khamis, Sabtu & Ahad 12.00 pm - 11 pm
Isnin & Jumaat 3 pm - 11 pm

No. Tel:
07-239 6769

Facebook:

Instagram:

#seafoodmampumakan #makansantaisantai

Post a Comment

17 Comments

  1. Wahhh... Nampak sedap.. Nanti gi JB, rumah abg ipar boleh ajak singgah sini laa

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ber-shell out! Portion nya nampak banyak. Paling penting menyelerakan :D Harganya pun not bad. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee, kene bijak nak padankan fresh seafood tu dengan masakan apa..

      Delete
  3. Akak selalu datang sini tapi bukan makan kat sinilah, makan kat sebelahnya, hahahaha. Belum ada timing elok lagi nak singgah lagipun hsbnd tak suka makan shell out. Dia punya prinsip macam Che Mat gebu tulah, pantang makan shell out, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ye fahammmmm! saya pun suka kedai sebelahnya tu..hahahha

      Delete
  4. Tengs sharing, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru ema.

    ReplyDelete
  5. Uwahhhh, bestnya Kak Sunah, tapi macam takde geng laaa nak makan shell out. Suami kurang gemar seafood. Kak Sunah laa jadi geng Nur haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhhh..jejommmm! turun JB kang kita ngedate yuk!

      Delete
  6. Ya allah..sedapnya....sedapnyaaa la shellout tu ha...lama x makan macam ni...kawan2 takde nak ajak...

    ReplyDelete
  7. shellout memang sedap. lagi sedap dan berbaloi kalau buat sendiri. buh la makanan laut apa pun. adudu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com