Ticker

6/recent/ticker-posts

Jemput-jemput Ikan Bilis Tak Nak Bawang

Jemput-jemput Ikan Bilis Tak Nak Bawang | Ade ke jemput-jemput ikan bilis yang tak ada bawang? Pelik nau kan. Sebenarnya, boleh diadakan sebab seketul Sunah tak suka rasa bawang hidup atau bawang yang nampak dengan mata kasar. Kalau bawang blend, dia ok je. Atau bawang holland yang dah layu sampai hilang rasa bawang dia, haa yang tu pun dia ok. Hmmm.


Ni la dia, jemput-jemput ikan bilis tak nak bawang, special sangat disediakan oleh Sis Lin masa saya menumpang tidur rumah dia beberapa hari lepas. Yang belah belakang tu jemput-jemput ikan bilis biasa, ada bawang. Sebelum buat lagi, Sis Lin dah tanya, "ko makan tak bawang dalam jemput-jemput?"

"Errr..."

"Ok, tak payah jawab. Aku buat aje dua jenis terus, aku punya yang last nanti aku campur bawang."

Wei, seketul Sis Lin ni sangat lerr ingat apa yang kita suka dan tak suka. Terharu dalam diam sebenarnya. Kita suka kari pun dia ingat. Maka terjadilah jemput-jemput bilis tak nak bawang tu, sebab dia takut nanti kita mengorek-ngorek bawang dalam jemput-jemput tu. Hahahha!

Entah lah, dari kecik memang macam tu. Tak suka rasa bawang. Kalau termasuk bawang dari nasi goreng bodoh-bodoh tu pun ke dalam mulut, confirm akan muntah. Sebab tu, jadi trauma dengan rasa dan rupa bawang hidup dalam makanan sampai da besar ni. Ye, sampai da besar pun efek dia sama. Akan termuntah balik segala makanan dalam mulut.

Apatah lagi bawang besar dalam burger. Masa order, saya akan pesan siap-siap supaya tak perlu letak bawang. Kalau orang lain yang beli atau belanja, terpaksa-rela lah saya mengasingkan bawang dari burger sebelum makan. Kalau tak, memang tak masuk mulut laa semua burger tu kang.

Lagi satu jenis, adalah bawang goreng. Kalau order makanan panas kat luar, pesan siap-siap kat waiter, tak nak bawang atas nasi atau mee goreng. Tapi kadang-kadang terlupa juga. Nanti bila sampai, terus asingkan bawang goreng atas makanan. Hishhh. Rugi aje letak bawang tu atas makanan seketul Sunah. Jadi, lebih baik saya hindari awal-awal daripada membazir bawang tu kan? 😜

Perangai ni sama juga dengan bapak saya sebenarnya. Agaknya menurun la tu kat saya, alergik bawang. Hahaha!

Siapa macam saya jugak, atau kenal sape-sape macam saya?

Post a Comment

29 Comments

  1. hahahhaha boleh geng ngn aiyan nih....

    ReplyDelete
  2. Ada je kawan SA x suka bawang...sebutir pun x leh...kalau blend dan tak nampak di mata takpe..kalau makan burger ramly tu ada bawang, dia sanggup keluarkan dulu bawang tu...

    ReplyDelete
  3. kalau Mai, bawang ok je. taugeh je tak berapa suka hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita taugeh ok lagi, siap buat lauk tumis air..tapi kalo taugeh mentah, tak suka jugak...means yang masuk dalam mee, tapi mentah lagi...

      Delete
  4. dulu saya tidak suka sama bawang merah, putih atau besar..

    sekarang bagi sahaja apa-apa bawang pasti saya mahu..

    yang saya tidak mahu membawang hehehehe

    ReplyDelete
  5. Rugi tu Sunah :D akak dulu tak makan juga bawang esp bawang mentah tapi sejak kahwin suka pula. Almaklumlah keluarga mertua kalau masak suka letak bawang banyak2, jadi akak pun terikut-ikut.

    ReplyDelete
  6. Hahaha...ya ampunnn...serupa betul kita ye... korek bawang dalam jemput jemput....

    ReplyDelete
  7. Haha! sama juga anak2 ni, kalau letak bawang last2 bawang semua dikeluarkannya letak tepi ish2x

    ReplyDelete
  8. Kalau kat luar pun huda avoid bawang goreng tu. tak sedap la rasa dia hahahahha.

    Kita pun avoid bawang.
    Cuma kekadang terasa nak makan je, then buat la rasa sikit sikit 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee tak bolehhh...sikit pun tak boleh rasa2...hahahah

      Delete
  9. Kita sgt suka bawang, kalau dlm jemput2 lagi suka. Iman pun sama la dulu mcm Sunah, tapi ntah sejak bila dia pun giler bawang mcm mak dia, hahaha

    ReplyDelete
  10. Yang belakang tu bawang, yang depan tu ikan bilis hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaaa..yg belakang tu sis punya, yang depan saya punya...hahahha

      Delete
  11. boleh geng dgn kwn sy yg x mkn bawang hehehe

    ReplyDelete
  12. Selalu dengar orang asingkan sayur dalam makanan dia. Yang bawang ni memang jarang dengar. Memang unik betul Sunah ni. Huhu. Kalau saya yang saya tak berapa gemar bawang goreng aje.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com