Jangan Berteriak! Don't Yell At Me Malaysia Kini Dibuka di Mount Austin, Johor Bahru | Para peminat minuman teh Taiwan sekitar Johor Bahru mesti teruja juga nak mencuba minuman di salah sebuah kafe yang baru sahaja dibuka di Mount Austin beberapa hari lepas, Don't Yell At Me.
Don't Yell At Me merupakan kafe minuman teh terkenal di Taiwan. "Space Between Daily Tea Time", tu slogan kafe ni. Cawangan Mount Austin adalah cawangan pertama Don't Yell At Me di Malaysia. Menariknya, nama kafe tu diterjemahkan juga ke dalam Bahasa Melayu pada papan tanda depan kedai, "Jangan Berteriak".
Don't Yell At Me merupakan kafe minuman teh terkenal di Taiwan. "Space Between Daily Tea Time", tu slogan kafe ni. Cawangan Mount Austin adalah cawangan pertama Don't Yell At Me di Malaysia. Menariknya, nama kafe tu diterjemahkan juga ke dalam Bahasa Melayu pada papan tanda depan kedai, "Jangan Berteriak".
Saya sendiri dah berkunjung ke kafe tersebut pada petang Sabtu yang lalu. Bila dah sampai sana, woww ramainya orang! Rupa-rupanya diorang ada buat diskaun 20% untuk semua minuman sempena pembukaan dari 23 - 25 Ogos 2019.
Masuk ke dalam dan tengok menunya, owhhh banyaknya pilihan minuman dia. Ranging daripada Old Master Formula yang merangkumi teh-teh klasik, Fresh Milk Tea yang minumannya dicampur susu segar Farm Fresh, Sparkling water yang rasa macam soda, Caffe yang terdiri daripada aneka kopi dan juga Chocolate Milk, dah tentulah minuman-minuman berperisa coklat. Minumannya pula boleh pilih sama ada nak minuman panas atau sejuk, ikut jenis.
Setiap jenis minuman pulak uols boleh pilih sama ada nak tambah toppings atau tak, hanya add-on RM2.50 aje untuk kesemua jenis toppings. Toppingnya pulak sangat menarik sebab bukan aje ada Brown Sugar Pearl, malah ada juga White Jade Pearl, Sweet Potato & Taro ball serta Cream Cheese topping. Level ais dan manis pun boleh pilih ikut citarasa uols.
Daripada semua minuman yang tersenarai dalam menu diorang, ada 8 top drinks yang jadi best seller dan very recommended, iaitu:
- Rose Milk Tea + White Jade Pearl RM14.40
- Original Chocolate Milk + Brown Sugar Pearl RM15.40
- Winter Melon Lemon Sparkling Water RM12.90
- Brown Sugar Pearl with Milk RM11.90
- Winter Melon Honey Chrysanthemum Tea + Sweet Potato & Taro Ball RM11.40
- Four Seasons Green Tea + White Jade Pearl RM10.40
- Roselle Honey Chrysanthemum Tea + Sweet Potato & Taro Ball RM11.40
- Peach Mint Sparkling Water RM12.90
Among the 8 top drinks, saya cuba Rose Milk Tea, Winter Melon Lemon Sparkling Water, Brown Sugar Pearl with Milk, Roselle Honey Chrysanthemum Tea, dan Peach Mint Sparkling Water. Paling recommended adalah Peach Mint Sparkling Water.
Katanya yang ni adalah minuman khas citarasa Malaysia dan hanya ada di cawangan Don't Yell At Me Malaysia saje. Patut la kena sangat dengan tekak sekalian orang termasuk Sis Lin. Hihi. Memang sedap rasanya, macam air Peach Tea jenama Seasons tu, cuma yang ni ada efek sparkling water. Sangat refreshing.
Brown Sugar Pearl with Milk dia, surprisingly sedap dan boleh pulak saya telan. Biasanya kalo minuman boba macam ni susu semata-mata, tekak ni tak boleh nak masuk. Rasa tawar habih, tapi kat Don't Yell At Me ni sedappp. Rose Milk Tea dan Roselle Honey Chrysanthemum Tea dia pun not bad. Bak kata Norfy, rasa syantiksss bila minum kedua-duanya. Gituhhhh!
Tapi air Winter Melon Lemon Sparkling Water tu tak berapa boleh nak telan pulak. Mungkin sebab rasa masam Lemon nya bila digabungkan dengan Sparkling water, jadi agak overwhelming. Kalau orang yang suka amalkan minuman detox Lemon + Timun, haaa mungkin diorang suka!
Nanti 31 Ogos, diorang ada buat Grand Opening bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Uols wajib datang tau, sebab ada 50% off untuk your second drink, sepanjang hari! Taiwanese celebrity a.k.a. founder Don't Yell At Me, Yako Chan, dan Malaysian celebrity Wind Lee akan datang meraikan pembukaan bersama uols, ada macam-macam game dan contest jugak nanti, jemput datang tau! Uols boleh jugak beli merchandise t-shirt Don't Yell At Me yang datang dalam tiga warna, hitam, putih, dan kelabu.
Don't Yell At Me
Lokasi:
25, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin
Waktu perniagaan:
12 p.m. - 1 a.m.
Facebook:
Instagram:
9 Comments
Jangan berteriak oiii..minum ajeee..
ReplyDeleteNasib baik tak jerit kan lepas minum air tu hahahaha...macam-macam rasa, tapi yang sedap peach mint tu jerr...
ahahhaha...kalo jerit tu takut tak sedap...hahahahha
DeleteAda nama kedai macam ni ek.
ReplyDeleteHarganya pulak mak ooi
hahahah yeee adee...percayalahhhh
Deletelain macam nama kedai..tak pernah minum lagi air2 viral ni...sebab takut manis dia tu...nanti la dah lepas pantang boleh cuba kot...
ReplyDeleteakak mintak takde gula atau pun kurang manisss, haa bolehhhh
DeleteLain dari yang lain betul nama kedai dia.
ReplyDeletekannnnnn! unik gilaaa
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com