Ticker

6/recent/ticker-posts

Excerpt from a Book I'll Never Write - Future


Dia merenung jauh ke hadapan.

Air tasik berkocak perlahan. Kelihatan dua ekor lebah sedang menghurung sekuntum bunga teratai di permukaan tasik. Namun, tetap tidak berjaya mengalihkan perhatiannya yang sudah jauh entah ke mana. Nafas ditarik dalam-dalam, kemudian dihela perlahan. Berat. Nampak berat sekali tanggungan di pundaknya.

"Assalamualaikum."

Dia menoleh, menjawab salam seraya tersenyum tawar. Raihana duduk di sebelahnya. Mengikut pandang ke hadapan juga. Lama mereka membisu tanpa sebarang kata. Menikmati sahaja pemandangan di hadapan mata.

"So, macam mana?" tanya Raihana.

Dia mengeluh berat. "Aku cuba, insya'Allah. But...you know me."

"Kau yakin dengan keputusan kau ni?" tanya Raihana lagi. Riak risau terpamer di wajahnya.

"Aku tahu risikonya besar. Tapi...I'm just...not into this anymore."

Entah bila, rasa itu sudah semakin hilang. Dibiarkan pula terlalu lama, akhirnya menjadi tawar. Mungkin, sejak bersendirian tanpa teman-teman lain di sisi, minatnya untuk berada di sini semakin lama semakin hanyut dibawa arus.

"So what will you do after this?"

Dia bangun, melangkah perlahan-lahan mendekati tasik. Berhenti untuk mengutip sebatang ranting kayu di atas rumput hijau. Ranting kayu dipatah dua, dicampak jauh ke dalam tasik, hampir mengenai bunga teratai. Lebah yang menghurung terbang melarikan diri.

"Tengok lah macam mana. Yang penting bukan di sini." Akhirnya soalan Raihana dijawab. "I have some plans, but...biar masa menentukan."

Raihana bangun dan berdiri di sebelahnya. Tangan sahabatnya dicapai, digenggam erat.

"No matter what your decision is, aku doakan moga semuanya dipermudahkan. I know you can do this. Kau kena kuat, Allah ada dengan kau. Jangan lupa tu."

Dia melemparkan separuh lagi ranting ke dalam tasik, kali ini jauh dari bunga teratai. Genggaman Raihana dibalas, kemudian dia memandangnya sambil tersenyum. Bahu temannya itu dipeluk sebelah tangan. Lebah yang berterbangan menghurung bunga teratai mencuit hati mereka.

"Thanks. Doakan aku."

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahhh.. Cerita bersirikah ini? Menarik!. Semoga dipermudahkan buat sahabat Raihana.

    Tetiba buat saya nak mengarang juga. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...just kisah yang ditulis ketika sesuatu berlaku dalam hidup...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com