Ticker

6/recent/ticker-posts

Awal Muharram dan Doa Akhir Tahun serta Awal Tahun Hijrah

Awal Muharram dan Doa Akhir Tahun serta Awal Tahun Hijrah | 1 Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah. Perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Makkah ke kota Madinah~ Lagu Maal Hijrah dari Al-Ajiba ni akan terngiang-ngiang dalam kepala bila tarikh awal tahun hijrah semakin menghampiri setiap tahun.

Tahun ni, 1 Muharram 1441H jatuh pada 1 September 2019, bersamaan hari Ahad, cuti umum di negara kita. Sehari selepas ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Tahun hijrah adalah tahun yang dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad s.a.w bersama umat Islam dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.


Awal Muharram menandakan tahun baru dalam kalendar Islam dan disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Namun, pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup, kalendar Hijrah ni belum ada lagi. Ia hanya dimulakan secara rasmi pada zaman Khalifah Arrasyidin Saidina Umar al-Khattab r.a.

Betapa besarnya makna hijrah ni pada umat Islam kerana ia melambangkan segala kesukaran yang dihadapi oleh seorang nabi dan rasul untuk membentuk kerajaan Islam, sehingga baginda berjaya membina hubungan diplomatik dengan beberapa buah negara, seterusnya menyampaikan Islam secara global ke merata dunia.

Subhanallah. Sollu 'ala nabi!

Bersempena dengan Maal Hijrah, kita digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun hijrah. Ia adalah antara amalan sunat pada bulan Muharram selain daripada berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram (hari Asyura). Berikut merupakan doa akhir dan awal tahun Hijrah serta waktu yang sesuai untuk membacanya.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (selepas solat Asar atau pada penghujung waktu Asar) pada 30 Zulhijjah 1440H (Sabtu - 31 Ogos 2019)

Kredit: MYSumber


Doa Awal Tahun Hijrah

Dibaca selepas menunaikan solat Maghrib pada 30 Zulhijjah 1440H, malam 1 Muharram 1441H (Sabtu - 31 Ogos 2019)

Kredit: MYSumber

Kebaikan membaca doa ini pula disebut dalam hadith riwayat Ibni Abbas r.a. sebagai, "Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu."

Semoga Allah redha.

Post a Comment

7 Comments

  1. Salam Maal Hijrah. Semoga azam pd thn ini sudah tercapai. In Shaa Allah....

    ReplyDelete
  2. Sedar tak sedar nak masuk awal Muharram dah. Nak kena buat semula senarai azam baru ni. Hihi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com