Ticker

6/recent/ticker-posts

Tealive Pertama di Bintulu @ tHe Spring Bintulu

Tealive Pertama di Bintulu @ tHe Spring Bintulu | Balik kampung hari tu, sempat juga saya singgah ke shopping mall terbaru di kampung halaman, iaitu tHe Spring Bintulu. Sebelum masuk, saya tak letak expectation yang tinggi pun. Mungkin sama aje dengan mall-mall lain yang sedia ada. Dari luar nampak macam tak ada benda yang menarik sangat, tanpa baca apa-apa review atau artikel tentang mall baru ni.


Tapi sangkaan saya meleset bila melangkah masuk ke dalam mall ni. Wowww, wowww sangat rasa bila nampak outlet-outlet terkemuka berkumpul kat dalam mall ni. Ye, pertama kalinya kat Bintulu ni ada Skechers, Face Shop, H&M dan lain-lain lagi jenama yang susah nak nampak kat sini sejak saya lahir pada tahun 1987. Bahahaha.

Dan paling mengujakan, ada Tealive ye kat tHe Spring Bintulu! Selama ni, adik-adik dan kawan-kawan kat Sarawak asyik merengek sebab saya selalu share gambar air CoolBlog. Diorang hairan tengok rupa air tu ada black pearl. Tapi tak ada kat Sarawak. Hanya baru-baru ni aje baru lah bercambah kedai-kedai minuman viral masa kini, bubble milk tea.


Tealive @ tHe Spring Bintulu letaknya di Basement Floor, kalau parking kat basement, masuk aje pintu ke mall, akan nampak Tealive dulu. So, kalau nak beli air dulu then explore the mall, atau naik atas dulu shopping, dah penat baru beli air bawak balik, terpulang la uolsss. Kalau tak nak beli, duk jauh-jauh. Hahaha!


Kitorang explore mall dulu, balik baru lah menyinggah ke Tealive sebab cousin tu nak beli air. Saya dan adik tak teringin pulakkk. Kalau tak, dah membeli jugak uiii! Sambil tunggu dia order air, kitorang masuk la ke dalam kedainya.



Kedai tak besar, sama macam kiosk-kiosk bubble tea yang lain, lebih fokus kepada take away. Tapi bahagian dalam kedai dia sangat cantik ye. Instagrammableeeee~ Gituhhhh!


Haaa, orang Bintulu mesti dah beli beratus-ratu bubble drinks kat sini, khennnn!

Tealive @ tHe Spring Bintulu

Lokasi:
Lot B03B, Basement Floor, tHe Spring Mall Bintulu, Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu

Waktu operasi:
Setiap hari
10.00 am - 10.00 pm

Facebook:

Post a Comment

3 Comments

  1. Eh..eh...dah kat Sarawak plak erk....SA x minum sanat air manis2 ni...almaklumlah sejak kena gerd ni memang jaga pemakanan...

    ReplyDelete
  2. kamek lom gik g sitok sunah. supan kmk bebaris sia aie

    ReplyDelete
  3. hmm...belum terniat nak try. takut nak minum manis...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com