Ticker

6/recent/ticker-posts

Secebis Cahaya Menerangi Kegelapan

Secebis Cahaya Menerangi Kegelapan | Orang kata, guru ibarat lilin. Orang selalu kata macam tu. Ibarat lilin yang membakar diri untuk memberi cahaya ke sekelilingnya, guru dikatakan sebagai sentiasa berkorban untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak didikannya.

Pernah tak terfikir, kenapa lilin? Kenapa cahaya?


Bila direnungkan, kegelapan tu sebenarnya melambangkan kesusahan. Bila gelap, contohnya masa blackout, kita rasa susah sangat. Apa pun tak nampak. Nak buat satu kerja pun tak boleh. Apatah lagi nak bergerak dari satu inci ke satu inci, kena berhati-hati takut tersadung apa-apa yang kita tak nampak. Nyata, manusia jadi lemah tanpa cahaya.

Kalau terperangkap dalam gua yang kelam, cahaya samar-samar nun jauh di depan sana ibarat penyelamat. Walau hanya secebis cahaya yang kita nampak, ia memberi kita sedikit harapan bahawa sesuatu yang baik akan tiba. Mungkin ada jalan keluar di depan, atau mungkin ada orang lain datang menyelamat. Perkara yang tak baik, biasanya kita letakkan paling hujung.

Hebat kan kuasa cahaya ciptaan Allah s.w.t?

Cahaya atau dalam bahasa al-Quran, Nuur, dalam erti kata lainnya adalah petunjuk. Dalam kegelapan, sudah pasti lah cahaya yang akan kita ikuti. Sama seperti kehidupan, kita perlukan petunjuk yang benar untuk menuju ke jalan yang betul. Andai salah petunjuk yang kita pilih, maka rosak lah penghujungnya.

Dan ketahuilah, cahaya kita sebagai umat Rasulullah s.a.w adalah kitab baginda, al-Quran al-Karim.

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah an-Nuur, 24: 35]

Subhanallah.

Sungguh, Allah Maha Mengetahui dengan menjadikan hidup kita sentiasa bergantung pada cahaya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Post a Comment

5 Comments

  1. Smlm bru je blackout, apapun pun susah nak buat. Hidup tanpa cahaya mmg payah. Tapi hidup tanpa petunjuk dr Allah maka sesatlah hati kita. Semoga sentiasa d'berikan petunjuk utk selalu b'buat kebaikan..

    ReplyDelete
  2. Tidak dapat digambarkan hidup dalam kegelapan

    ReplyDelete
  3. Mnedalam maksud entry ni dan ada banyak persamaan dengan SA...biar kita jer yang tau sinar di sebalik kegelapan itu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com