Nikmati Buffet Makan Malam Mediterranean di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru | Apabila mendengar perkataan Mediterranean, saya terus terbayangkan betapa cantiknya permata tersembunyi Laut Mediterranean, iaitu bandar Santorini di Greece. Bangunan-bangunannya yang berseni bina unik dan putih bersih menghadap laut nan biru, salah satu destinasi pelancongan idaman yang belum tertunai. Insya'Allah satu hari nanti, jika ada rezeki lebih dariNya, boleh lah menjejakkan kaki ke sana, menikmati keindahan alam semulajadi, melihat budaya masyarakat Greece dan ya, tentu lah merasai masakan-masakan Mediterranean yang jarang-jarang dijumpai di negara sendiri.
Oh, sebelum sampainya rezeki ke Santorini, saya cuba dulu Buffet Makan Malam berkonsepkan Mediterranean di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru, pada hari Jumaat yang lepas. Kalau uols nak tahu, sepanjang bulan Julai 2019 ni, Executive Chef Arnold Miranda dan team kulinarinya di Hotel Renaissance Johor Bahru akan menyediakan aneka juadah Mediterranean sebagai buffet makan malam di Cafe BLD, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Juadah Mediterranean ni asalnya daripada negara-negara yang bersebelahan dengan Laut Mediterranean, khasnya Greece, Itali Selatan dan Sepanyol. Para pengunjung yang datang untuk makan malam di Cafe BLD sepanjang bulan ni akan berpeluang menikmati pelbagai menu Mediterranean seperti Spanish Pilaf, aneka Kebab, Salad Greek, Daging Panggang atau Bakar, aneka Tapas, Anti Pasto, Pizza dan Spaghetti Mediterranean, juga juadah Perancis, Duck Cassoulet. Tak dilupa, Artisan Breads dan pencuci mulut yang akan membuatkan uols rasa macam tengah bersantai-santai di tepi laut Mediterranean!
Brownies @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Blueberry Chocolate Cake @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Mango Pie @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Raisin Cheese Turnover @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Maple Pear @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Gituhhh kauuu dia punya hiperbola!
Tak payah pergi Greece lah lepas ni! 😆
Tak payah pergi Greece lah lepas ni! 😆
Jom tengok makanan-makanan yang saya cuba kat sini Jumaat lepas.
Salmon Capers Cream @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Roasted Potato @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Vege Ratatouille @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Duck Cassoulet @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Baked Sea Bass @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Siakap Bakar @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Paling saya suka adalah Baked Sea Bass tu. Memang sedap sangattt! Isi putih ikan siakap bakar yang segar dicicah dengan sos putih khas, dimakan pula dengan aneka bumbunya, wallahhhhh gituuhhh! Kalau uols datang makan malam kat sini pada hari Jumaat atau Sabtu, jangan tak singgah ke Anti Pasto Station ya! Pertama kali saya cuba kebab dengan aneka jeruk, sosnya sangat sedap dimakan dengan roti kebab tu. Daging bakar, tak payah cakap dah. Saya memang aim kambing terus, makan dengan kuah blackpepper, perghhh terangkat! Oh, pizza pun sedap macam selalu! 😋
Pizza Counter @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Pasta Station @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Greek Salad @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Seafood Paella @ Mediterranean Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru Hotel |
Seafood Paella, mulanya saya hairan juga, apa benda ni? Rupanya nasi goreng dengan seafood. Kalau kat Sepanyol, paella ni apa-apa hidangan nasi yang dimasak guna kuali khas yang disebut paella. Macam kita kat pasar malam tu, ada bihun, mee or kuetiaw goreng kawah kan. Haa, lebih kurang gitu lah kuali dia. Kuali leper bertelinga. Sedap jugak menu ni, tak jauh la dari citarasa masyarakat kita. Dan jangan tak tau, hari Jumaat tu, saya rasa paling sihat di dunia sebab banyak makan sayur terutama Salad Greek dia. Sedappp!
So, apa tunggu lagi?
Mediterranean Dinner Buffet
Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru
Jumaat & Sabtu
Julai 2019
6.30 pm - 10.00 pm
Harga:
RM123.00 nett Dewasa
RM61.50 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)
Untuk tempahan atau pertanyaan
No. Tel:
+6073813322
Email:
partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com
Whatsapp Business:
+6077713327
Online Booking:
8 Comments
ya ampun, gara2 tengok ntry sunah ni, akak telan telur rebus sebiji buat hilang terliur... sedap2 semua menu nya... walaupun banyak sayur2 tp rasa cam best je, mungkin cara presentation dia kot
ReplyDeletehaah, akak pun perasan banyak sayur2 kann...ye, presentation pun memainkan peranan...nasib baik akak tak tercekik telur rebus tu 🤣🤣
Deletewow wiii...sedapnya...akak ada masalah segan nak ambil gambar makanan. plus suami akak selalu tau jeling2 kalau akak ambil gambar makanan...hahaha
ReplyDeletekak yan ui, kalo saya pun ada masanya segan juga...ni sebab orang da bagi keizinan, makaaa apa lagikkkkkkkkkkkk..hahahahah
DeleteEh tu Sunag ke Sis Lin? Hahahaha
ReplyDeleteKalaulah Sis ko ada, yang lain tak pandang, hanya makan chili crab aje hahahahaha
ahahahah tipuuuuuuuuuuuu! sis mesti paksa kitorang makan menu mediterranean dulu, lepas tu baru bole makan ketam
Deleteeiii udang besar2
ReplyDeleteeiii mestiiii
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com