Balik Kampung Jadi Tukang Masak | Hari tu masa kat kampung, macam biasalah. Sis kauu mesti jadi tukang masak rasmi. Memang kalau kakak sulung diorang ni balik, macam-macam makanan yang diorang request. Pagi petang siang malam memasak aje kejenye. Ingat aku ni bibik ke? Tiberrrrr! Hahaha!
Sis kauu ok je, lagi suka bila orang request nak makan tu makan ni. Sebab suka bila orang menikmati juadah yang kita sediakan. Lagi suka bila tengah makan tu, diorang puji sedap, kalau betul-betul sedap. Kalau senyap aje tu, tak sedap la agaknye ek. Hahaha.
Hari tu, hujung Ramadhan, malam raya, hari-hari raya, macam-macam menunya. Mana yang sempat ambik gambar, kita ambik. Mana yang tak sempat tu, dah selamat masuk ke dalam perut semua orang la maksudnya. Tapi paling kelakar, menu 1 Syawal langsung tak ambik gambar woiii. Bizi benor nampaknye 😆
Moh ler tengok ape menu yang dimasak sepanjang kat kampung hari tu. Ada yang kita masak, ada yang mamak kita masak.
|
Hari kedua last Ramadhan, masak Ungkep Ayam, Sayur Campur Goreng, Sotong Kicap Pedas. Pulut Panggang tu bapak beli kat bazar Ramadhan |
|
Hari last puasa, semua orang dah bizi. Ni lemang encik suamiku bakar atas dapur kayu. Helok kejadiannya, semua orang suka. |
|
1 Syawal, tak sempat amek gambar side dish, sempat amek gambar Kelupis Daun Lerek aje. Yang ni setiap tahun, mamak amek order, kadang sampai 3 - 4 pagi baru dia tidur bungkus kelupis ni. |
|
Owh, ada jugak sikit gambar Rendang Ayam. Hahaha! Makan dengan Kelupis, sedap sangat! |
|
Hari keempat raya, sarapan pagi Nasi Lemak Kukus. Pertama kali kukus nasi lemak lepas dah tanak, alhamdulillah, sedappp! |
|
Ketam Masak Merah, mamak masak untuk adik yang pregnant. Kita makan 1 ekor aje sebab trauma & takotttt tercucuk kulit kat tonsil ni. Lagi satu, takut alergik menyerang. |
|
Kek Lumut Kukus Sarawak, buat hari keempat raya, elok kejadiannya. Makin lama, makin moist. Kita suka tekstur begini berbanding yang terlampau basah dan lembik. |
|
Terus potong untuk dimakan beramai-ramai. Potong juga sebahagian untuk adik bawak balik Shah Alam. |
|
Ambuyat, makan dengan side dishes nya - Lemak Pucuk Ubi, Air Asam, Ikan Goreng - boleh bertambah-tambah sampai kembung perut masing-masing |
|
Sambal Terung Pipit Ikan Bilis, pertama kali buat ni. Baru tahu, rasa terung pipit tu agak payau, jadi lain kali jangan letak banyak sangat. Sambal ikan bilis tu banyak dari terung, takpe. |
Haa, macam-macam hado kannn! Hari last puasa, kita sempat masak bihun goreng aje untuk semua. Sebab dah sibuk nak siapkan kek dan preparation untuk masak menu 1 Syawal. Hari pertama raya tu, ada Rendang Ayam, Kari Daging, Kuah Kacang Ayam, Kelupis dan Lemang. Resepi semua kat atas tu malas pulak nak share. Google aje lah ye. Hahaha!
Ni lah entri sekadar menghabiskan gambar dalam handphone.
Sekian, mekasih.
14 Comments
untunglah org tu rajin msk, akak klu balik kg jd tukang makan je... kalau nk msk kng tkt tak sesedap mak msk... so jd tukang mkn je hehehehe
ReplyDeletesedapnya nengok kelupis tuh, tak pernah jumpa la kt semenanjung nih... teringin sgt mkn kek lumut tu, tp tak pernah jumpa org jual kt sini... camne ni
Teringinnya nak jadi tukang makan je..hahahha
DeleteHaah, kelupis tu asalnya dari Sarawak sana..sebab tu tak jumpa kat semenanjung..hahaha
Kek lumut tu kadang2 ade juga orang sini jual..
waahh...sedap sedap gayanya. kelupis tu buat dari apa? macam nasi lemak ke? ke macam lemang?
ReplyDeleteKelupis tu pulut..kita kukus kak..
Deletekek lumut tu kalau ada baking lebih...offer kat akak tau. akak nak beli
ReplyDeleteHahahha insya'Allahhh
DeleteAdeh, lapar teruk masuk blog Sunah hari ni tau... dahlah tengah simpan perut nak makan kat Renaisance ptg nanti, hahaha
ReplyDeleteHahahahhaha!! Kita pun makan sikit2 je hari ni sebab nanti nak g sana 😂
DeleteMeriah. Teringin nk rasa kelupis tu
ReplyDeleteMari lahhhhh datang ke Sarawak..hihihi
DeleteKalau ada orang offer kita jadi tukang masak, itu tandanya kita masak sedap! 😁 Wah, kalau Syaza memang idok ler haha. Tukang tolong basuh pinggan, potong memotong boleh ler~
ReplyDeleteSelamat mengecheff
ReplyDeletePasti sesedap masakannya
ngences air liur tengok menu hehehe.. ooo sunah anak sulong rupanya..samalah kita..
ReplyDeleteNasib jugaa balik kampung, yang Sis ko tak balik kampung ni pun jadi tukang masak gak, apa kes ek hahahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com