Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem Child's Play 2019

Review Filem Child's Play 2019 | Last minute punya plan, semalam petang saya dengan Farahain dan abangnya ke MBO U-Mall. Tengok filem terbaru Chucky yang bertajuk Child's Play. Filem Chucky ni filem lama, dah berpuluh tahun kot. First movie adalah pada tahun 1988, dengan tajuk yang sama. Selepas tu, ada lagi enam sambungan filem ni dari tahun 1990 hingga 2017 bawah arahan director yang sama, Don Mancini.

Manakala filem terbaru tahun 2019 ni adalah reboot kepada Child's Play tahun 1988 tu, bawah arahan director yang berbeza, Lars Klevberg. Main point dia masih sama, anak patung yang dibawa pulang ke rumah, kononnya sebagai peneman (buddi), tapi akhirnya membawa bencana kepada keluarga. Masa awal-awal filem ni, dak Farahain asyik ulang-ulang sebut:

"Tak samaaaa dengan yang lama dowhhh!"

"Lain gilerrrr!"

"Tak seram sehhh muka Chucky! Kelakarr gilerrr!"


Hmmm kayyy. Sis kauu tak ingat langsung, pernah ke tak, tengok 7 siri Chucky yang original tu. Entah, macam tak pernah pulak. Dan mungkin tak tergerak hati nak tengok? Peliknya. Seketul Sunah boleh missed this kind of movie? Whyyy? Hahaha.

Siapa yang tak pernah tengok Chucky, tapi pernah tengok The Purge, nah begitulah konsepnya. Malahan, level keganasan dia lebih lagi dari The Purge. Sebab tu, filem ni dilabel sebagai 18SG, ganas nak mampus ya. Dan harsh words. Kalau ada anak-anak bawah 18 tahun, jangan lah mengada-ngada nak bawak tengok.


Apa beza filem Chucky original dengan yang terbaru ni?

Proses asal kejadian patung Chucky tu yang berbeza. Kalau yang lama, memang ada kaitan dengan ilmu hitam, sebab Chucky diberi jiwa oleh seorang pembunuh bersiri melalui pemujaan sebelum dia terbunuh. Hasilnya, Chucky adalah sebuah patung bernyawa yang ada niat jahat dari azali.

Manakala patung Chucky yang baru ni lebih berteknologi tinggi, seiring dengan peredaran zaman gituhhh. Tak ada kaitan dengan ilmu hitam atau rasukan langsung. Hanya kerana Artificial Intelligence, Chucky menjadi patung yang tindakan dan kata-katanya berbeza daripada patung-patung lain yang seangkatan dengannya. Melalui program pada cip dalam tubuhnya, dia belajar dari pemerhatian dan terus mahukan yang terbaik buat kawan baiknya, tanpa dapat membezakan baik atau buruk.

Jadi bila proses asal dah berbeza, perjalanan filem dari scene ke scene pun jadi banyak lah perbezaannya. Satu usaha yang bagus bagi saya, sebab tak dibayangi sangat oleh filem original.

Review filem Child's Play 2019

Disebabkan sebelum ni tak pernah tengok filem ni dan tak tengok pun trailer dan sinopsis dia, jadi saya takde expectation yang tinggi. Takde apa-apa bayangan tentang plot dan genre dia, melainkan cerita anak patung berhantu. Ye, saya ingatkan genre dia adalah seram hantu tu. Rupanya genre seram thriller psiko camtu. Perghhhh, kenapa saya tak tengok dari dulu ha???

Saya suka plot filem ni yang sukar dijangka. Banyak kot jangkaan saya meleset sepanjang filem tu. Dan heyy, agak saspen dan banyak menimbulkan kemarahan ya. Ye lah, kadang-kadang ada scene yang tak relevan, yang kita rasa pelakon tu patut buat dari awal, tapi dia buat kat hujung-hujung dah nak habis cerita. Pffttt, kalau buat dari awal, kan semua selamat 😒

Lagi sakit hati bila mak Andy langsung tak percaya anak dia sendiri. Aduhai, geram betul tau! Kau lagi pentingkan orang lain daripada anak kau sendiri, lepas tu benda dah jadi sampai tahap teruk sangat, baru la kau nak sedar. Eeeee.

Ok lah, tu je. Tak nak spoil banyak-banyak. Uols gi la tengok sendiri kat wayang ya!

Saya bagi 8/10 bintang.

Post a Comment

7 Comments

  1. rasanya dulu pernah kot tgk cite chucky nih sekali kot... tp tak ingat lah tahun bila... yg pastinya mmg takmo tgk lg dah la... menyeramkan tahap cipan

    ReplyDelete
  2. dulu rina ni peminat citer chuky..suka sgt tgok..kena tgok nieh!

    ReplyDelete
  3. ooo...ingatkan cerita chucky ni cerita hantu patung macam annabelle... so mmg belum tengoklah....

    ReplyDelete
  4. you are my buddy...until the end...more than a buddy...youre my bestfriend..i love you more than..you will ever know...i will never let you go... hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii seram lahhhh ko nyanyi kat sini 😂😂😂

      Delete
  5. citer ni best ni...ikut sekuel dier dulu..x padan dgn pendek tapi mengerikan...^_^

    ReplyDelete
  6. aida lom tgk lagi ni, sunah.
    lom ada time layan movie sejak puasa & raya ni :)
    memang folo citer chucky ni. dari kecik dulu kala.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com