Makan Laksa Johor di Rumah Sis Lin | Sabtu lepas, last minute betul Sis Lin ajak ke rumahnya, konon-konon beraya. Sehari sebelumnya dia mengajak, kataya Lisa Cik Sepet nak datang beraya. Saya Sabtu tu ada delivery brownies pukul 1 tengahari, kalau jadi ke rumah Sis Lin, kena bertolak selepas delivery. Saya pergi dengan Farahain aje, Faradidi kerja hari tu.
Hari Sabtu agak jammed, ramai ke open house agaknya. Pukul 2.30 petang jugak baru kitorang sampai rumah Sis Lin. Lisa da habis makan dah. Haha. Kitorang lak, sampai-sampai terus duduk kat meja makan. Bahahah. Ye, perut tengah lapar sangat sebab pagi tu breakfast biskut cream cracker cicah air teh, semalamnya makan megi ajeee once sampai JB sebelum tidur. Penat lerr oi drive dari KL ke JB. 😫
Sis Lin masak Laksa Johor. Aduhaiii, sedap tauuu! Dah la memang teringin sangat sebab raya kat Bintulu belum dapat lagi Laksa Johor. Nak buat sendiri, belum belajar lagi. Haha. Memang rezeki la dapat menu raya Laksa Johor kat rumah Sis Lin. Alhamdulillah.
Lisa pulak bawak buah mangga Harumanis juga, kawan dia bawak dari Perlis. Sedap, harum dan manis. Hihihi. Selain Laksa Johor, Sis Lin buat bubur durian juga, kalau tanya Ain, dia boleh jadi saksi betapa kebulurnya seketul Sunah hari tu sampai semua menu dia makan, termasuk lah kuih raya kat meja depan. Hahaha.
Tengah-tengah melepak borak-borak tu, kawan Sis Lin pun sampai dengan family dia anak-beranak. Lisa gerak ke Senai sebab kena naik flight ke KL sebelum bertolak ke Jogjakarta esoknya. Kitorang lak kena paksa stay dulu sebab kena cuci pinggan tengok movie seram kat netflix. Dah pukul 5 lebih, Sis Lin tak kasi gerak dulu sebab jalan tengah jammed. Buat penat aje drive nanti. Jadi kitorang pun stay lah sampai Maghrib. Kononnya.
Ya, kononnya. Lepas Maghrib Sis Lin ajak gi minum Bubble Tea kat Jurassic Cafe Permas Jaya. Dia teringin sebab sejak raya, tak keluar berjalan-jalan lagi. Baeklah, kita temankan beliau. Tapi rupa-rupanya seketul Sunah terpacul perkataan "tido sini je lah, esok pagi balik" sebab dia da penat nak drive malam-malam balik Skudai, kesahnya.
Maka, sekeping Ain terpaksa-rela mengikut driver. 😝
Bersambung lah movie netflix kitorang malam tu sampai kul 1 lebih baru tido.
Haha. Ni la penangan Laksa Johor Sis Lin.
Sekian terima kasih.
10 Comments
Wahh..sedapnya lakso Johor... rumah kak Yan kat Taman U je... jemput la datang beraya...tp takde laksa la... pandai masak sadin je...
ReplyDeleteSedapnya laksa JDT
ReplyDeleteamboii.. laksa punya pasal sampai tido rumah sis lin ye sunah.. tp sis lin masak memang sedap.. bila la nak g beraya ke sana ni..
ReplyDeleteSuka makan laksa Johor. Tapi ada orang buat tak sedap. Hehehe!
ReplyDeleteSangat la beruntung dapat makan yang sedap sedap
ReplyDeletearghhhh nak laksa johor jugakkkkkk
ReplyDeleteHahahaha lepas ni senanglah nak umpan korang tido rumah kann hahahahha...
ReplyDeleteMakaseh korang!!!
alololo.. tulahh sedihh.. rinduuuuuu
ReplyDeleteHalah..tak ngajak makan laksa johor pung!!
ReplyDeletehahahahaha tudiaa penangan laksa johor sampai macam tu sekali!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com