Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Kami Beraya Ke Kuala Tatau

Kisah Kami Beraya Ke Kuala Tatau | Ye, tau raya dah nak habis. Tapi tu lah, kita baru nak cerita pasal raya hari ketiga Syawal. Lambat benar nak masuk blog ye? Nak buat camne, bizi sangat uik. Ni pun menulis sebab nak isi cerita hari Jumaat. Sabtu dan Ahad belum tahu lagi nak cerita apa. Biar lah dulu.

Hari ketiga Syawal, saya dan keluarga di Bintulu dengan keluarga mak usu plan untuk beraya di Kuala Tatau. Kami berkumpul di Kampung Jepak dulu, rumah Bella, menantu mak usu merangkap cousin ipar. Wujud ke perkataan ni? Hahaha. Kat rumah Bella, kami duduk raya dulu sambil tunggu semua sampai. Tapi takde amek gambar pulak kat rumah dia, padahal kat situ la banyak kek lapis paling sedap air tangan Bella sendiri! Sobss.

Dari rumah Bella, kami terus ke Kuala Tatau. Perjalanan memang agak jauh dari rumah kami, makan masa sejam lebih juga. Kalau dari rumah Bella, sekejap aje jadinya sebab dah separuh jalan. Tiba di Kuala Tatau, kami berphotoshoot sekejap bawah cahaya terik matahari. Hahaha!

Ini la seketul bapak yang mula-mula tak nak turun kereta sebab dia sakit kaki, malas nak bergambar tapi berjaya dipujuk oleh adikku..hahahah

Bella yang duduk Kampung Jepak tu yang pakai baju biru, sebelah kita. Suami dia tuuu berbaju biru jugak. Kamera tripod ni diorang punya. Bergambar di bawah cahaya terik mentari ni idea diorang lah. Bahahaha

Lepas tu, kami terus ke rumah pertama yang nak diziarah. Entah ek, sedara belah mana jangan tanya kita tau. Sebab ape, kita main ikut aje, ramai sangat sedara mara mak ni. Hahaha. Tapi, di tengah perjalanan kaki ayam, kami betul-betul terpaksa menjadi ayam. Eh! Kami kena berkaki ayam untuk meredah air pasang. Macam mangsa banjir pergi beraya pun ada jugak. Hahaha.

Macam gini pun boleh senyum lagi adikku

Gini la rupa mangsa banjir pergi beraya ye?

Mak kita paling kiri dalam gambar, tuan rumah baju ijo, mak usu sebelah kanan

Budak-budak yang menghabiskan keropok tuan rumah. Hahahaa!

Rumah kedua, depan rumah pertama tadi ajeee

Ni la Kek Lapis Sarawak. Time raya, menu wajib atas meja semua rumah. Nyesal tak ambil gambar semua rumah punya, boleh buat entri koleksi gambar Kek Lapis Sarawak Raya 2019. Gituhhhh

Pinjam titi jiran sebelah jap. Bunga tu cantikkkkk

Dengan cousin paling tua, Kak Ped dan cousin ipar, Bella

Dari Kuala Tatau, kami kembali ke Kampung Jepak, dan sambung beraya lagi ke rumah sedara mara. Yang ni anak dia pernah masuk Akademi Fantasia, nama apa dah tak ingat lah. Hahaha. Tiap tahun wajib raya rumah diorang. Masa ni da agak penat juga masing-masing. Tapi pak usu ajak lagi sambungggg satu rumah lagi. Hahaha. Baeklah. Tapi gambar da takde sebab nak amek gambar pun tak larat. Aje menipu padahal sebenarnya da lupa 😝

Kita ingatkan nak blur-blurkan muka cousin mousin kita, tapi tak payah lah. Tak koserrr kita nak ngedit. Jadinya, satu gambar ni je yang ade blur-blur. Hahahaha!

Lepas rumah ni, kami pun balik ke Kampung Baru. Tapi pak usu dengan mak usu sambung lagi beraya sebenarnya. Kuat betul la tenaga. Kita yang muda pulak da longlai. Tapi inikan raya, bila lagi nak ziarah menziarahi beramai-ramai macam tu kan? Haa, gitu la kemeriahan berhari-raya tak kira usia tua muda kat Bintulu.


Eh, belum habis. Malamnya, kawan sekolah kita datang ke rumah. Adusss dah 15 tahun tak jumpa ya! Selalu keep in touch kat IG dan FB aje. Ni la kawan baik kita kat sekolah dulu, Cyndra nama dia. Makin besar, makin cantik macam Aishwarya Rai, kita selalu usik dia camtu. Hahahaa! Mak dia pulak kawan kepada mak kita. Dulu-dulu mak dia selalu datang rumah bawak sayur untuk mak beli. Semua da tinggal kenangan. Hihi.

Ade lagi ke kisah raya uols yang belum habis cerita? Kita ada satu lagi kot, raya dengan kawan-kawan pulak. Ahahah.


P/S: Dan sekarang ni masa entri ni dah published, sis kauu dah kembali semula ke Sarawak. Kahhhh!

Post a Comment

7 Comments

  1. best jgk yek beraya sambil berkaki aym lalu kt air banjir tu... walaupun banjir tp raya ttp meriah...

    best nya raya kt sana, semua rumah ada kek lapis... mcm2 color lak tu

    ReplyDelete
  2. 15 tahun lama tu.. mesti sakan berborak

    ReplyDelete
  3. Wahh...seronoknya raya di kampung Sunah...

    ReplyDelete
  4. Kalau Sis kau tak toleh sana sini dah, bedal hadap kek lapis je, hahahaha

    ReplyDelete
  5. Betul-betul raya sakan ni Sunah.. Jelas meriah sambutan hari raya Sunah, seronok.

    ReplyDelete
  6. meriah nyer, sunah.
    and kek sarawak tu, terbaik lah.
    kat sini, aida tak jumpa pun :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com