Ticker

6/recent/ticker-posts

Berbuka Puasa di Rumah Kak Ayu Citarasa Rinduan

Berbuka Puasa di Rumah Kak Ayu Citarasa Rinduan | Hari Khamis lepas, saya dan kak Ila berbuka puasa di rumah kak Ayu, di Felda Sungai Sayong. Beberapa hari sebelumnya lagi kak Ayu dah mengajak kat Facebook. Rutin tiap tahun sejak kenal kak Ayu, memang akan luangkan masa berbuka kat sana. Tahun ni hampir-hampir juga tak berkesempatan, tapi alhamdulillah ada juga rezeki untuk bertemu sebelum raya.

Kak Ayu ajak berbuka kat homestay dia, rumah Gen 2 Felda Sungai Sayong. Kita pun ok aje, dalam pukul 5 lebih baru gerak dari Skudai. Sampai Sayong, walau guna waze, berpusing-pusing jugak kami nak cari homestay nya sebab tak berapa familiar dengan jalan kampung. Biasa kan kalau highway or kat bandar, jalan lurus tu memang nampak betul-betul kelurusannya. Kat kampung jadi konfius pulak. Hahaha.

Kita bagi Kuih Siput Warisan Bonda oleh abam Ejoy dan sampul duit raya RHB haha

Sampai rumah homestay kak Ayu dalam jam 6 lebih. Suka sangat suasana laman rumahnya. Memang betul-betul rasa suasana kampung. Ni kalau buat raya kat sini mesti best. Lamannya agak luas, rumah jiran sebelah pun dekat-dekat. Homestay kak Ayu ni letak kat hujung juga, sebelah ladang kelapa sawit. Alahhh, kita lupa amek gambar lerr, wakkk!

Masuk dalam rumah, terus nampak sesuatu yang diinginkan sekian lama!


Ayam masak lemak cili padi! Hahaha. Ya Allah, bersyukur sangat sebab memang duk teringin tapi tak terbuat-buat sebab banyak sangat jemputan berbuka puasa kat luar. Tapi kat luar, tak jumpa pulak masak lemak cili padi ayam. Hmmm. Selain ayam masak lemak cili padi, kak Ayu masak ayam ungkep kicap dan sayur goreng juga. Ada orang kampung datang hantar nasi lemak, bubur lambuk dan mee goreng.

Kita tolong gorengkan karipap sardin je. Haha.


Alhamdulillah, dapat juga luangkan masa berbuka bersama-sama family kak Ayu. Lepas Isyak, kami ke kedai kak Ayu belakang Petron Felda Sungai Sayong tu. Sis Lin kirim kuih raya kalau ada lebih. Alhamdulillah rezeki Sis Lin ada baki beberapa balang kuih raya kak Ayu. Sis Lin nak kuih Suji Brunei, tapi dia tersebut Suji Arab. Hahahah. Tersilap sudehhh bila dah sampai kat tangan dia.


Mekasih kak Ayu dan keluarga! Mekasih juga untuk kuih raya Red Pearl! Tak sabar nak rasa raya nanti! (sanggup tahan diri tak bukak balang)

Post a Comment

2 Comments

  1. Waalaikumusalam.
    Abang kluar dari dialisi dia kata nak ayam lemak cili padi. Syukur. Menepati rasa Sunah dan kak Ila.

    Apapun syukur. Kalian berdua sampai dan pergi dengan selamat.

    Sangat suka pemberian yang Sunah bagi pada akak.

    Habaq kat Kak Ila. Kalau stress. Ajommm baring² kat Homestay akak

    ReplyDelete
  2. Hahahaha salah sebut plak, lepas ni sebut Suji color-color..
    Waaa Ayu ada komen laaa hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com