Ticker

6/recent/ticker-posts

SEA LIFE Malaysia - Pengalaman Dasar Laut Terbaru di LEGOLAND® Malaysia!

SEA LIFE Malaysia - Pengalaman Dasar Laut Terbaru di LEGOLAND® Malaysia! | Tahu tak uols, SEA LIFE Malaysia dah dibuka selama dua minggu di LEGOLAND® Malaysia Resort? SEA LIFE Malaysia merupakan pusat perlindungan hidupan laut pertama di Malaysia yang berkonsepkan akuarium interaktif LEGO®. Ia menjadi tarikan paling baru di LEGOLAND® Malaysia, terdiri daripada 13,000 hidupan laut dari 120 spesies, daripada 11 zon habitat berbeza.


"We are thrilled with the amazing response we have received upon unveiling this new attraction earlier this month. The interactive aquarium at SEA LIFE Malaysia provides a fun and exciting learning experience that combines education and conservation. With a blend of LEGO®'s approach of building imagination through play, SEA LIFE Malaysia promises a great day out for the entire family." - Kurt Stocks, General Manager LEGOLAND® Malaysia Resort.

Junior Rangers SEA LIFE Malaysia

LEGOLAND® Malaysia Resort telah menarik ramai pelancong dari luar dan dalam negara, paling ramai dari Singapura, Indonesia, Thailand, Australia, dan China. Dengan adanya SEA LIFE Malaysia kat sana, diharapkan agar ia mendorong kepada pelancongan yang lebih memberansangkan di negeri Johor, sekaligus mencapai sasaran negeri ni untuk menjadi pusat pelancongan serantau bernilai tinggi pada tahun 2023, sebagaimana dinyatakan dalam Johor Tourism Master Plan.

"SEA LIFE Malaysia has been a hit and we look forward to mesmerizing even more visitors while inspiring kids to learn, love and care for the ocean through edutainment." - Kurt Stocks.


Antara hidupan laut yang ada dalam 25 akuarium kat sini adalah Stingrays, Zebra Sharks, Black Tip Reef Shark, Seahorses dan banyak lagi. Kat sini, uols boleh enjoy magical storytelling, interactive displays, hands-on hidupan laut di zon Rock Pool, melihat zon habitat istimewa yang salah satunya adalah Malaysian Rainforest, Stingray Bay dan juga Ocean Tank - tanki terbesar yang dipenuhi 400,000 liter air.


Dengan panjang 6 meter dan lebar melebihi 2 meter, Ocean Tank menjanjikan pengalaman interaktif dan menghiburkan di mana pengunjung akan diperkenalkan dengan hidupan laut dan pemuliharaannya. Selain daripada tu, pengunjung boleh meninjau LEGO® Mini-Figures khas dan LEGO® hidupan laut yang lain sepanjang lawatan (sambil belajar) di SEA LIFE Malaysia.


Fakta mengenai SEA LIFE Malaysia
  • Akuarium dua tingkat ini terletak bersebelahan dengan Merlin Entertainments, LEGOLAND® Malaysia Theme Park, LEGOLAND® Water Park dan LEGOLAND® Hotel, dengan keluasan 2,123m².
  • SEA LIFE Malaysia mempunyai 25 tanks dan 11 zon habitat, merangkumi 13,000 hidupan laut dari 120 spesies.
  • Tanki terbesar, Ocean Tank, bercirikan terowong, di mana pengunjung boleh melihat jerung, ikan pari dan hidupan laut lain berenang di sekitar mereka dalam 400,000 liter air.
  • SEA LIFE Malaysia percaya dalam memberi maklumat dan mendidik para pengunjung tentang terumbu karang, dan bagaimana ia menyumbang kepada keseluruhan ekosistem kehidupan laut di bumi.
  • Antara zon habitat utama yang ada di SEA LIFE Malaysia adalah Shoaling Ring, Malaysian Rainforest, Seahorses, Stingray Bay, Coral Reef, Jellies, Ocean View dan Ocean Tunnel (tanki terbesar).
  • Behind-the-Scenes tour membolehkan pengunjung belajar mengenai penjagaan kesihatan dan penyediaan makanan setiap hari bagi semua hidupan laut di SEA LIFE Malaysia.
  • Untuk menjadikan pengalaman pembelajaran lebih berkesan dan sukar dilupakan, SEA LIFE Malaysia turut menyediakan elemen iteraktif di setiap zon. Contohnya, di Rock Pools, pengunjung boleh menyentuh hidupan laut di sini, tahu lebih mendalam tentang habitat semulajadinya, juga kesannya kepada hidupan laut yang lain melalui beberapa aktiviti tutorial interaktif.
  • Membawakan identiti tempatan, SEA LIFE Malaysia turut memaparkan Sungai Johor, dengan beberapa hidupan laut yang popular di sungai tersebut.
  • Adanya Malaysian Rainforest membolehkan pengunjung mengenali hidupan unik tempatan yang luar biasa.


SEA LIFE Malaysia Education Programmes

Age 4 - 6 years old (Kindergarten Children):
  • Option 1: Ocean Super Dad - Learn about what makes the seahorse a super dad.
  • Option 2: Little Marine Biologist - Observe microorganisms in water, under a microscope.

Age 7 - 9 years old (Lower Primary School Children):
  • Option 1: Let's Build a Food Chain - Create your own LEGO® food chain.
  • Option 2: Life Cycle of Animals - Understand every animal's unique life cycle.

Age 10 - 12 years old (Upper Primary School Children):
  • Option 1: Why Recycling Matters to Marine Animals? - Learn the importance of recycling to marine life.
  • Option 2: How Animals Adapt? - Understand the various ways animals adapt to survive.

SEA LIFE Malaysia Explorer Experience
  • Discovery Hunt


Harga Tiket

Full Gate Rate for Malaysian/Singaporean/International
Themepark - Adult RM231, Child RM185
Waterpark - Adult RM157, Child RM128, Toddler RM11
SEALIFE - Adult RM95, Child RM74
1 Day Themepark + SEA LIFE - Adult RM278, Child 221
1 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE - Adult RM313, Child RM250
2 Day Themepark + SEA LIFE - Adult RM336, Child 279
2 Day Themepark + Waterpark + SEA LIFE - Adult RM371, Child RM308

Annual Pass Rate for Malaysian
Single park pass (Themepark) - Adult RM231, Child RM185
Double park pass (Themepark + SEA LIFE) - Adult RM278, Child RM221
Triple park pass (Themepark + Waterpark + SEA LIFE) - Adult RM313, Child RM250
*For Singaporean - plus RM58 for every price
*For International - plus RM98 for every price


Behind-the-Scenes SEA LIFE Tour
RM25/pax, need to buy SEA LIFE entry ticket first
Max allocation - 15 pax per session (20 minutes)

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

17 Comments

  1. assalamualaikum sunah...mama belum berkesempatan lagi nak pi ni...tunggu masa terluang baru set kn date bila nak pi nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumussalam mama...takpe, nanti lepas raya boleh pergi beramai2..hihiihi

      Delete
  2. Kalau yang dewasa dah teruja.inikan pulak anak² kan.tunjuk kat budak² ni video sea life..kemahin hajak umi dia ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennn...anak2 kak H hari tu pun gembiraaaa dan tak sabar nak ke tempat2 seterusnya dalam sea life tu

      Delete
  3. fuhh..harga tiket dia...kalau macam mama yan ni...anak 6 orang...ammakkk

    ReplyDelete
  4. Ramai komen pasal harga tiket..ermmm tak dapat nak buat apa, sendiri kena pergi baru boleh merasainya berbaloi atau tidakkan ...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. itu lah...kalo beli combo rasanya lebih berbaloi...

      Delete
  6. budak dua ketul tu tak nak balik tau.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah nampakkk sangat! suka betul diorang kann!

      Delete
  7. wahhh dah bertambah tarikan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya anies...macam2 dah ada..rasa2 ada lagi tak tarikan lain lepas ni?

      Delete
  8. huwaaa serius cantik dan best tempat ni!! budak budak mesti suka hehe (yang bukan budak pun suka kihkih)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com