Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Chicken Meatloaf Wrap Mudah dan Sedap

Resepi Chicken Meatloaf Wrap Mudah dan Sedap | Ye, juadah berbuka lagi. Tapi yang ni juadah hari keempat Ramadhan hari tu. Hari ni baru nak update. Haha. Benda paling mudah dan sihat nak buat, menjadi cita-cita kepada orang diet macam seketul Sunah dan Ibah adalah berbuka dengan wrap setiap hari. Kononnya. Tengok-tengok, hari kelima dan keenam Ramadhan, sis kauu da menambah lemak gi berbuka kat luar. Pffttt.

Tak pe lah, weekend only. Ye ke?


Dah seminggu Ramadhan kan, uols plan nak berbuka apa pulak hari ni? Ke beli kat bazar Ramadhan je? Kalau takde idea langsung, boleh lah cuba buat Chicken Meatloaf Wrap ni. Senang aje, asalkan ada semua bahan-bahannya. Sebelum ni saya pernah buat Chicken Wrap guna isi ayam bakar, kali ni teringin pulak nak makan meatloaf, tu yang beli jugak masa ke AEON Taman Universiti baru-baru ni.


Mulanya nak jadi menu berbuka yang clean lah, semua tak guna bad fat. Chicken meatloaf tu pan-fried sekejap guna olive oil, saya tambah jugak chicken tempura yang digoreng guna air fryer, jadi tak clean bila tambah pulak cheese cheddar, mayonis dan sos cili. Haha! Ke laut menu eat clean! Padahal dari awal, meatloaf dengan tempura adalah processed food. 😒


Yang ni je lah paling sihat. Wholegrain katanyaaaa khennn. Kalau uols suka, ada macam-macam jenis wrap lain lagi kat pasaraya tu. Ada perisa bawang, perisa original dan lain-lain. Tinggal pilih ikut citarasa masing-masing.


Untuk chicken meatloaf pulak, saya pakai jenama Ayam Dindings. Pakai jenama lain pun takpe, asalkan chicken meatloaf sudehhh. Kepingan daging ayam ni uols boleh bakar, kukus atau rebus. Ikut lah ya citarasa dan kemudahan masing-masing.

Dah, cukup bebelan, jom tengok resepi!

Saiz: 3 orang

Bahan-bahan:
3 keping Mission Wholegrain wrap
Salad hijau (saya guna butterhead)
Tomato ceri (dihiris)
3 keping chicken meatloaf
3 ketul chicken tempura
3 keping cheese cheddar
Sos cili dan mayonis secukupnya
1 sudu olive oil


Cara-cara membuatnya:

  • Mula-mula sediakan bahan inti.
  • Panaskan olive oil sebentar dalam kuali leper, goreng chicken meatloaf sekejap aje. 
  • Sementara tu, boleh goreng chicken tempura dalam air fryer, saya guna suhu 180°C, 15 minit.
  • Bila dah siap inti, panaskan wrap sekejap atas dapur. Saya panaskan direct macam tu aje atas dapur dengan api perlahan, dalam 10 saat bagi setiap side. Jangan terhangus pulak!
Cara menggulung wrap. Sumber: Pinterest
  • Untuk menggulung wrap, ambil sekeping wrap yang telah lembut, susunkan daun salad, chicken meatloaf, cheese cheddar, tomato ceri, dan chicken tempura di tengah-tengah wrap secara memanjang.
  • Picitkan mayonis dan sos cili ikut suka. Lipat dan gulung wrap elok-elok, jangan sampai terkoyak. Inti dia jangan banyak sangat, nanti 'termuntah' balik wrap tu. Haha. Bila da gulung, boleh belah dua atau dimakan macam tu aje.

Selamat mencuba!

Selain Chicken Meatloaf Wrap ni, kitorang tambah jugak menu sweet potato rebus dan bubur lambuk yang Nada bawak balik. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan.


Hari ni nak berbuka apa pulak ek?

Post a Comment

4 Comments

  1. mudah nak buat tapi sedap dan kenyang!

    ReplyDelete
  2. Menu si Kakak yang paling dia suka...hrtu pun dia buat juga...kenyang kann kalau makan sahur pun ..

    ReplyDelete
  3. Oh oh bahaya tok, klk mau meli wrap yea, jejeng, timbul dh idea apa tuk intinya 😁😁

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com