Ticker

6/recent/ticker-posts

KFC Golden Egg Crunch - Korang Dah Cuba?

KFC Golden Egg Crunch - Korang Dah Cuba? | Ye, memang sengaja sis kauu up siang-siang begini, supaya uols tergoda dan terus ke KFC untuk berbuka petang nanti. Hahaha. Sebenarnya, saya sendiri tergoda bila blogger @afzalsukasuki dan @rafzantomomi share gambar diorang makan KFC ni kat Instagram. Bila da komen-komen kat sana, Sis Lin pulak siap PM bagitau KFC Golden Egg Crunch tu sedap. Adoiii. Saje je kan diorang ni?


Terus saya whatsapp dalam group rumah, siapa nak temankan saya berbuka kat KFC? Hahaha. Dahsyattt penangan social media influencer ni. 😜

Sebenarnya sebelum ni da pernah ada Golden Egg Crunch ni kat KFC, tapi tak berkesempatan nak cuba, da habis musim dia. Ya, yang ni menu limited time tau! Bila da habis musim, diorang tak akan keluarkan dah kecuali nanti masuk semula musim dia.

Semalam, saya dengan kak Ajan gi berbuka kat KFC Petronas sebelah AEON Taman Universiti. Pukul 6 lebih kitorang da gerak dari rumah. Sebab takut panjang barisnya kalau datang lewat sangat. Alhamdulillah, masa sampai tu ade dalam 15 orang jugak berbaris, bahagi 3 kaunter. Sedang elok la kan tunggu waktu berbuka.


Saya order set dua ketul ayam tak nak peha. Tambah lagi Crispy Fries saiz besar. Mak ai. Nak share dua orang lerr. Kak Ajan pulak order Rice Plate sebab dia nak makan nasi. Dalam pukul 6.40 camtu dah siap duduk kat meja. Post kat IG story, Sis Lin terus cakap "oii awalnyaaa" hahahaha! 😂

Bila da berbuka, terus rasa.

Wahhh, betul-betul sedap lah! Suka rasa rempah yang rich tapi tak keterlaluan. Rasa salted egg, serbuk kari dan daun selasih bersatu, dengan hasi tepung gorengan yang rangup, walawehhhh! Tak payah cicah sos pun takpe! Tapi seketul Sunah, mesti nak cicah sos jugak. Hahaha.

Masa makan tu, tak rasa pulak kepedasannya. Tapi bila da habis makan, da nak gi solat Maghrib kat surau Petronas tu, bibir mula rasa pijar. Hidung mula berair dan bersin-bersin teruk. Sampai ke Isyak. Ada aftereffect rupanya. Hahaha. Maybe kesan dari serbuk kari tu.

Ok lah, dah rasa sekali alhamdulillah. Sedap memang sedap 👍😋

Harga? Nah!



Sila lah ke KFC untuk rasa sendiri tau!

Post a Comment

15 Comments

  1. Selamat masuk sini dah berbuka hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...saja lah tu kan tak nak baca walopun nampak kat reading list..hahahah

      Delete
  2. masa sambut birthday pd 19 mei lalu abe kie tapau KFC bucket. berbuka di rumah aje. cuma masa tu order yg spicy je.

    ReplyDelete
  3. Alu belum try sb nanga cam kerin je, nanga post tok alu mau ngetest rasa 😁😁 again, dasar mudah terpengaruh 😅😅😅

    ReplyDelete
  4. Belum cuba lagi....boleh la beli utk buka posa esok

    ReplyDelete
  5. Dh cuba..mmg sdp..ini lh br betul ade rase..

    ReplyDelete
  6. dah cuba.... tu punnn anak jiran yg ngajak..hahahahha..

    ReplyDelete
  7. ramai dah review kfc ni, tak tahu la kesempatan ke tak lepas raya nak makan :D

    ReplyDelete
  8. aritu mama makan yg biasa je. kalau sedap boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  9. dah cuba jumaat lepas..sedap..cuma tak tahulah ayam kat kfc sini yg kering ke camana..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com