Gula-gula White Rabbit Sah Mengandungi Protein Khinzir | Siapa suka makan gula-gula putih White Rabbit masa kecik-kecik dulu? Mesti ramai kan? Sedap gilerr kann? Dah besar sikit pun, kadang-kadang beli jugak bila jumpa dan teringin.
Tapi baru-baru ni viral kat Facebook, bahawa gula-gula Creamy White Candy jenama White Rabbit tu tak halal. Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dah buat analisa ke atas produk keluaran negara China tu dan yesss, positif ada protein khinzir.
Aduhai.
Astaghfirullahal'azim. Moga Allah ampuni dosa kita semua sebab tak tahu.
Bila dah tahu ni, berjaga-jaga lah ya. Takkan nak makan jugak kalau dah tahu sah-sah benda tu haram untuk umat Islam. Kerajaan Brunei dah ambil inisiatif untuk asingkan gula-gula tu ke bahagian non-halal kat kedai-kedai dan pasaraya supaya pembeli tak keliru.
Kat Malaysia, bila lagi?
Pergi Econsave, tengok masih tergantung jugak gula-gula tu kat bahagian cekedis. Huhu.
12 Comments
ok this is sad
ReplyDeletesangat2 saddd
Deletebaru baca statement ni beberapa hari lepas, Ya Allah dah lah dulu ni one of favourite kita masa zaman bebudak.
ReplyDeleteiyee...ramai yang suka makan dulu kan...
DeleteWaaa dia dah tukar langsir dululah hahaha..
ReplyDeleteBerkilo-kilo telan jadi lemak, dan nak jadi cite, baru bulan lepan ku bedalnya waktu pi kedai jajan huhuhu
hahahah ingatkan takde orang bangun...ade jugak yang tak tido lagi!!
Deletekena bagi tahu anak-anak.. takut terbeli nanti..
ReplyDeletelama dah xjumpa gula2 ni..kt kelantan ssh skit jumpa gula2 gni..huhu
ReplyDeleteaiyo..masa kecik mmg suka makan ni...nak nak tang pembalut jernih dia tu...makan kaca lah kononnya...patutla ngaji bebal
ReplyDeleteSkrg bnyk mknan yg ade bnda ni. Kena hati2. Huhu
ReplyDeletePadahal masa kecik kemahin ngank benda alah ni kan
ReplyDeletePerlu lebih berhati2..nauzubillah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com