Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2019 di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND® Malaysia Resort

Buffet Ramadhan 2019 di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND® Malaysia Resort | Kita biasa dengar LEGOLAND® Malaysia Resort as a theme park dan water park. Kali ni, jom kenali LEGOLAND® sebagai tempat untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi!

Nak berbuka kat mana pulak LEGOLAND® tu oi?

Tak kan berbuka atas roller coaster? Haha! Aje gilerrr. 😂


Kat LEGOLAND® Hotel, ada Bricks Family Restaurant yang akan membawakan tema Spices of Nusantara International Buffet sempena bulan puasa nanti. Kat sini, uols boleh menikmati pelbagai juadah antarabangsa dari Timur dan Barat, termasuklah dari Singapura, Thailand, Indochina, Malaysia, Indonesia, Filipina dan India.

Bermula dari 6 Mei 2019, uols boleh datang berbuka puasa kat sini, bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Lagi best, restoran ni mesra kanak-kanak. Sementara uols tengah bizi ambil makanan untuk berbuka, anak-anak tak bosan tunggu kat meja. Sebab ape? Haa. Tengok gambar kat bawah.


Sebab alas meja adalah kertas aktiviti, di mana anak-anak boleh buat word search, escape the maze dan mewarna guna crayon yang disediakan. Menarik kan? Bukan aje anak-anak suka, mak pak pun suka! Hahaha!

Ape pulak antara juadah yang disediakan kat Bricks Family Restaurant sempena bulan Ramadhan nanti? Jommmm kita tengok!






Nampak menu pasta kat atas tu? Menurut Chef Abraham, itu menu terbaru yang akan diperkenalkan pada bulan puasa nanti. Pasta yang difusionkan tu digabungkan dengan serunding dan daging rendang tok. Memang rasa pulang ke desa di hari raya sangattt uik! Haha!

Selain tu, antara lauk-pauk yang uols wajib cuba kat sini adalah Black Pepper Crab, Kambing Kalio, Pan Sear Salmon, Rendang Udang dan Seafood Gulung Istimewa dengan Sayur-sayuran.






Selain menu kat atas ni, jangan lupa jenguk juga ke luar sebab ada live station segala makanan bakar-bakar dari Kambing Golek, Roasted Lamb, Snapper & Chicken, Satay Ayam & Daging, Sosej bakar, pelbagai jenis Rendang dan Gulai Kawah termasuk Asam Pedas Ayam, Murtabak dan Mee Goreng Mamak.


Dah siap solat Maghrib, jangan lupa duduk balik cuci mulut ye. Paling saya suka kat sini adalah Green Tea Cheese Cake! Kat tempat lain mana ada. Hahaha! Black Forest Cake dia pun sedap, tapi lupa pulak ambil gambar zoom dekat-dekat. Lagi satu, Durian Roll. Macam jadi kemestian pulak kan kat semua buffet Ramadhan, ada benda ni?




Gambar makanan lain, boleh jenguk kat FB page Sunah Suka Sakura dot com tu ya! Jangan lupa LIKE page kita. Haha!

Nah, apa tunggu lagi? Moh lerrr kita buat reservation sekarang jugak!


Spices of Nusantara International Buffet

Bricks Family Restaurant, LEGOLAND® Hotel, LEGOLAND® Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Johor

Tarikh dan masa:
6 Mei - 6 Jun 2019
6 pm - 10 pm

Harga Early Bird sehingga 5 Mei 2019:
Dewasa RM118.00 nett
Kanak-kanak RM58.00 nett

Harga Biasa selepas 5 Mei 2019:
Dewasa RM148.00 nett
Kanak-kanak RM78.00 nett

General Booking:
admin.fnbhotel@legoland.my
+607 560 3808/3884

Parking - special rate untuk pengunjung yang makan di restoran @ RM8.00 nett per entry

Post a Comment

28 Comments

  1. Wow macam best buffet kt sini. Ada live station lg.

    ReplyDelete
  2. Salmon lemon dia sedap nak mateyyyyy....gile berkeping Sis ko makan, juga rendang udang...mabelessssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...saya la saksinya!! hahaha...rendang udang dia memang terbaikkk!

      Delete
  3. hmmm sedapnyaaaaaa. i'd love to have all the desserts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommmmm!! desserts dia memang sedapppp...tak sempat tau nak rasa semua..hahaha

      Delete
  4. Ya Allah.. semua sedap2, rugi kalua tak pergi.

    p/s : Anak sape tengah mengaler tu??

    ReplyDelete
  5. wowww.. menariknya menu kat bufet ramadhan legoland ni.. yg best tu ada aktiviti sementara menunggu waktu berbuka.. takde la anak2 boring kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak! kaler la sampai lebam...hahaha

      Delete
  6. Ya Allah makanan semua nampak berselera gila haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sabar yeee di bulan puasa inii..hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. kannn..wajib amek yang tu kalo ke mana-mana buffet

      Delete
  8. hahahahahhaa..tergelakkkkk tiberrr adee gambarr ainnn tenghh dok jadi kanak2 ribena..hahahha.. masa tuhhh kite kan kepenatann...sebelum menjamu selera..eloklahh kitaaa menconteng meja tu dulu ...

    ReplyDelete
  9. bestnya, sesuai betul meja tuh, bkn anak2 je ralit, makpak pun boleh join sekali...

    menu2 dia pun ya ampun... menggoda sgt crab blackpaper tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee dana...syok sangattt kalau berbuka kat sini..betul la orang cakap, menu dia sedap2

      Delete
  10. sedap2 belako. tp sygnya cuma mampu melihat dari jauh aje sbb x mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti abam kie masak menu yang samaaa macam tu! mesti lagi sedap!

      Delete
  11. Creative nya part alas meja tu. Boleh tiru buat kat rumah.

    ReplyDelete
  12. wah kat legoland pun ada buffet ramadhan

    ReplyDelete
  13. wah sedapnya makanan...
    lama x pergi legoland biasa mandi je sana
    merantau jarang2 ada kat JB

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com