Apakah Hukum Menelan Kahak Ketika Berpuasa? | Bagi yang ada masalah resdung atau allergy rhinitis macam saya, mesti hampir setiap masa tekak tu bermukus dan rasa macam kahak nak mengalir keluar. Kalau kahak tu masih dalam rongga kerongkong, dan kita pulak tengah berada di tempat yang susah nak buang kahak tu, memang kita telan aje. Tapi kalau da sampai ke mulut, atas lidah?
Memang kena buang jawabnya. Kalau duduk rumah aje, boleh la laju-laju lari ke sinki or ke toilet. Tapi kalau kat luar?
Kadang-kadang, kita telan jugak woiii. Dah tu, kau tengah drive dalam kereta, tisu pulak takde, nak buang ke mana? Bukak tingkap ludah ke luar ke? Percuma kena maki dengan pemandu kereta sebelah or kereta belakang 😷
Atau pun, masa tu kau tengah berborak dengan kawan-kawan, tiba-tiba kahak keluar ke atas lidah tak dapat nak control dah. Terpaksa la kau telan balik. Haiyooo, susah tau jadi orang yang sentiasa berkahak ni. Eeee...cerita apa ni? Dak Ain mesti da geli geleman tu. Hahaha.
Tu kalau hari biasa, tak pe la kau nak menelan balik. Tapi kalau tengah bulan Ramadhonnnnn, di siang hari kau tengah puasa? Haaa, apa hukumnya menelan kahak kalau tengah puasa? Saya terjumpa persoalan ni bila tengah cari hukum menelan air liur ketika berpuasa.
Jemput baca!
Gambar: arah.com |
Pertama: Pendapat Mazhab Hanafi
Di dalam kitab Hasyiah Ibn Abidin, penulisnya berkata:
لَو ابْتَلَعَ البَلْغَمَ بَعْدَمَا تَخَلَّصَ بِالتَّنَحْنحِ مِنْ حَلْقِهِ إِلَى فَمِهِ لَا يُفْطِر عِنْدَنَا
Maksudnya: Sekiranya seseorang menelan balgham (kahak) setelah dia selesai berdehem-dehem dari tekaknya menuju ke mulutnya maka perbuatan itu tidak membatalkan puasa di sisi kami (mazhab Hanafi). Rujuk Radd al-Muhtar, Ibn Abidin (2/400).
Kedua: Pendapat Mazhab Maliki
Para fuqaha Malikiyyah berbeza pendapat kepada dua pandangan:
- Balgham (kahak) yang keluar daripada dada sehingga ke taraf (bahagian) lidah lalu seseorang itu menelannya maka tiada qadha baginya (tidak membatalkan puasa) sekalipun dia mampu untuk meludahnya. Begitulah juga dengan hingus sekalipun ia telah sampai ke bahagian lidah dan seseorang itu sengaja menelannya maka tidak perlu qadha ke atasnya.
- Pendapat yang dipegang oleh seorang tokoh mazhab Maliki iaitu Khalil yang mengatakan bahawa menelan kahak itu membatalkan puasa serta wajib qadha ke atas sesiapa yang mampu untuk meludahnya (kahak). Lihat al-Fawaqih al-Dawani (1/309).
Ketiga: Pendapat Mazhab Syafie
Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:
النُّخَامَةُ إنْ لَمْ تَحْصُلْ فِي حَدِّ الظَّاهِرِ مِنْ الْفَمِ لَمْ تَضُرَّ بِالِاتِّفَاقِ
Maksudnya: Hingus sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/319).
Manakala jika kahak atau hingus itu sudah sampai ke bahagian mulut lalu seseorang itu menelannya maka itu membatalkan puasa. Lihat Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/360).
Tarjih
Setelah kami meneliti beberapa pendapat di atas, pendapat yang rajih di sisi kami adalah pendapat yang mengatakan menelan kahak atau hingus TIDAK MEMBATALKAN PUASA bagi orang tua yang sukar untuknya mengeluarkannya. Manakala bagi mereka yang mampu untuk mengeluarkannya hendaklah dia berusaha melakukannya. Sebaliknya, kalau dia menelannya, maka itu membatalkan puasa.
Rujukan:
12 Comments
tq for shring
ReplyDeletesama2 anummmm
Deletetq for sharing...
ReplyDeletetp ye jgk kadang kita terpikir2, or kadang2 bila anak tanya alahai camne nk jwb yek... lps ni kita lbh confident time jwb tuh bila di tanya
yeee...kadang2 kita terfikir tapi ragu2 akan jawapannya kan..nah, da selesai masalah
DeleteUishhh loya pulak baca...setakat ni belum lagi kahak keluar time puasa...huhuhu
ReplyDeleteKalau telan rasa SF Coffee cepat=cepat ku telan hahahaha
hahahahahha bengong...SF jugak yang dikenang
DeleteYa tdk membatalkan sbnarnya
ReplyDeleteKahak tu takde sangat...tp masa preggy masalah air liur la... sehari dekat 1 liter agaknya....
ReplyDeleteMcm mna klu tertelan air liur?
ReplyDeletetq for sharing.sama la dgn saya..tekak ni sentiasa berlendir..bg org yg ada resdung..setiap masa kena buang..bila kemas rumah habuk bnyak lagi la hidung berair kadang2 smpi tertelan masuk kat tekak..
ReplyDeletetengah baca ni rasa macammmm huuuu.. tapi apa pun hukum dah jelas, tq sharing sunah
ReplyDeleteoo pendapat imam nawawi batal ye,, tq for sharing
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com