Ticker

6/recent/ticker-posts

Roti Kasih dan Roti Ayang di Ayang Cafe, Kota Bharu, Kelantan

Roti Kasih dan Roti Ayang di Ayang Cafe, Kota Bharu, Kelantan | Pertama kali sampai sini, saya terpegun tengok betapa pink nya kafe tepi jalan ni. Restorannya tak jauh dari simpang masuk yang berdirinya kafe Dato' Seri Vida (pink jugak). Menurut pemiliknya, Nor Hazelizan Mamat, baru tahun lepas aje kafe ni dibuka, tapi pengunjung ke sini tersangat lah ramai!


Kami ke sini untuk bersarapan pagi sebelum ke tempat menarik di sekitar Kota Bharu. Ada pelbagai jenis juadah dijual kat sini, antaranya aneka nasi dagang, nasi berlauk, laksam dan sate ikan. Menu signature, paling utama kat sini adalah roti bakarnya.



Sempat merasa Roti Ayang dan Roti Kasih. Sebenarnya adalah Roti Titab yang dihipsterkan. Roti Kasih adalah roti berwarna dibakar, kemudian dipicit sedikit serikaya yang mereka buat sendiri sebelum diletakkan telur goyang di atasnya. Bila cubit aje roti tu, dah tau betapa lembutnya tekstur dia. Apatah lagi kalau masuk dalam mulut, sedap sangat bila dimakan dengan serikaya dan telur goyang. Memang recommended ya! Roti Ayang pula versi tak berwarna.



Saya cuba juga Nasi Dagang Terengganu yang dijual dalam bungkusan, yang tu pun sedap! Nasi Dagang Kelantan tak sempat nak rasa, tapi ada ambil gambar dari kawan yang duduk meja sebelah. Hahaha! Dia cakap sedap jugak. Selain tu, ada Nasi Tumpang. Dibalut dengan daun pisang berbentuk kon yang runcing dan tinggi. Tapi yang ni tak dapat nak masuk perut dah. Nak bawak balik pun takut tak termakan. Huhuhu.


Kalau uols nak cuba, boleh lah waze aje ke sini ya! Kafe dibuka seawal 6 pagi.

Ayang Cafe

Lokasi:
4652, Jalan Masjid Langgar, 15200 Kota Bharu

Waktu berniaga:
6 pagi - 3 petang

No. Telefon:
+6014 841 7889



Facebook:
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

6 Comments

  1. sya sendiri pun tak thu kdai ni..haha

    ReplyDelete
  2. i liokeeee kedai ni...sebab kaler dia pink pinkkk.. i kan suke pink pink..hahahaa..

    ReplyDelete
  3. suami sy ckp kedai nie makanan dia mmg sedap

    ReplyDelete
  4. mcm resto dato vida je ni hahahahaha... tp resto dia kt tmpt lain kn..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com