Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2019 di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor

Buffet Ramadhan 2019 di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor | Berbuka puasa sambil beramal, tu konsep yang saya nampak. Usaha kebajikan dari Le Grandeur Palm Resort sempena Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. Buka puasa di The Ishwara Asian Brasserie & Terrace, Le Grandeur Palm Resort dari 5 Mei hingga 3 Jun 2019 pada harga RM90 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak, setiap RM2 dari booking akan disumbangkan kepada badan kebajikan. Nice kan?

Bertemakan Selera Iftar, Chef Ravi dan team kulinari beliau membawakan menu tradisional Melayu, Gulai Kawah, dengan variasi lebih 150 jenis juadah yang akan ditukar-tukar setiap petang dalam empat kumpulan menu berbeza. Buka selera uols dengan aneka Rojak, Ulam-ulaman cicah aneka Sambal dan Jeruk.





Menu utama pula merangkumi aneka lauk-pauk dari daging, ayam, kambing, makanan laut, sayur-sayuran goreng, masak kari, masak kicap, masak cili, masak bbq dan macam-macam lagi untuk memenuhi selera pengunjung yang pelbagai. Bubur Lambuk pun ada, antara menu yang paling cepat habis di Le Grandeur ni. Masa preview buffet Ramadhan last week, saya sempat juga rasa sebagai antara satu dua penceduk bubur terakhir. Opss!





Selain dari menu-menu siap, ada juga menu Live Action, antaranya Warung Satay (sedappp sangat, so juicy dan cepat gilerrr habis setiap batch!), Noodle Station dengan Mee Rebus dan aneka mee goreng, serta tak dilupakan, Sup Gear Box dan Gear Box Berempah Tomato yang confirm sedap sampai tersedut-sedut (jangan lupa ambil straw)! Haha!





Antara minuman yang disediakan pula, ada ABC, Cendol, Air Bandung, Air Katira, Asam Boi, Teh dan Nescafe Tarik. Kambing Golek juga antara menu utama, uols boleh request untuk diorang potong on the spot, makan la dengan aneka sos yang disediakan.



Bahagian pencuci mulut pulak, setiap petang akan ada lebih 10 jenis kuih Melayu, disertakan dengan Pengat Jagung dan Kurma, Bubur Cha-Cha, Mung Bean Porridge in Coconut Milk, pelbagai jenis Kurma kering import, French Pastries dan Kek Potong, Buah-buahan Tropika potong, Jeli dan Muffin, Trifles dan Puding.




"Le Grandeur Palm Resort's Break Fast buffet has become a signature among the surrounding communities and companies, and our traditional and varied types of Malay curries and briyani rice served in 'kawah' or pots have come to be an expected item every year," said Jef Kong, the resort's CEO and hotel general Manager.


Ya, sis kauu dah rasa menu-menu dalam kawah dia, paling tak boleh lupa, Asam Pedas Ikan Mayong! Ya Allah sedap sangat, ok! Sampai menghirup-hirup kuah! Jarang sis kauu nak makan asam pedas ikan kalau ke food review sebab takut hanyir bau ikannya. Tapi kat Le Grandeur ni, marveloussss! Dengan aroma daun kesumnya, memang kick! Tak caya, tanya lah kak Ajan, kak Mia dengan kak Dilah. Ekekeke!

Ape lagi? Cepat la book uols punya meja!


Selera Iftar

The Ishwara Asian Brasserie & Terrace, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor

Tarikh: 5 Mei - 3 Jun 2019
Masa: 6.30 - 9.00 pm

Harga:
RM90 Nett Dewasa
RM65 Nett Kanak-kanak
(RM2 akan disumbangkan kepada badan kebajikan)

Harga istimewa kumpulan:
Beli 10, 1 PERCUMA (9 + 1)

Untuk tempahan:
+607 599 6000
FnBsec@palmresort.com

Post a Comment

6 Comments

  1. Nampak sedap semuanya, berbaloi juga dengan harganya...Jom berbuka di sini jomm...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sunah..sedapnya tengok menu kat sni...yg buat telan air liur bila tengok jeruk yg dlm botol tu...

    ReplyDelete
  3. sunah..banjer cik nor plis..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com