Bermalam di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan | Pengalaman bermalam di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan, tak mungkin akan saya lupakan seumur hidup. Walaupun hanya satu malam, but the hospitality was wowwww sangat! Kenapa saya cakap camtu?
Jemput baca sampai habis!
Hotel Perdana Kota Bharu merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dikendalikan oleh PNB Management Services Sdn Bhd (PMSSB), anak syarikat PNB.
Masuk aje ke lobi hotel, mata da terpegun tengok dekorasi dalam lobi. Elegan dan kontemporari. Hotel ni ada dua wings, Classic Wing dan Executive Wing, merangkumi jumlah bilik dan suites sebanyak 272 buah. Bilik saya dan Sis Lin terletak di Executive Wing, bilik twin bedroom yang dipanggil Perdana Executive Room.
Benda pertama yang kami nampak bila masuk ke dalam bilik adalah kotak telekung, kain pelikat dan sejadah yang diletakkan di atas katil. Allahu, ni hotel pertama yang saya jumpa, menyediakan telekung untuk tetamu. Kalau tetamu nak beli telekung tu, diorang ada letak juga harganya. Alhamdulillah, nice sangat, kan?
Lebih menyenangkan hati, ada nota manis khas buat tetamu, disisip bersama cenderahati berbentuk buah-buahan. Berbunga-bunga hati seketul Sunah bila dapat nota alu-aluan macam tu. Haruslah disimpan dan dibingkaikan sebagai kenangan di hari tua. Kahhh! #over
Amenities yang ada dalam bilik?
- IDD Telephone
- LCD TV 32"
- Minibar
- Coffee & Tea making facilities
- Iron & Ironing board
- Meja tulis
- Peti keselamatan
- Penghawa dingin dengan remote tersendiri
- Bath tub
- Bilik shower
- Hair dryer
Cukup lengkap semuanya. Arah kiblat pun ada kat siling bilik. Tengah syok membelek toiletries dalam bilik air, loceng pintu berbunyi. Eh, hampir terlupa pasal bagasi masing-masing! Disebabkan kami checked in beramai-ramai dalam satu kumpulan besar, pihak hotel dah kumpulkan semua beg untuk dihantar ke bilik. Alhamdulillah, selamat laptop masing-masing. Wifi pun terbaikkk, boleh la update blog. 😁
Kitorang berpeluang jugak untuk meninjau bilik Perdana Suite dan Presidential Suite kat Hotel Perdana Kota Bharu ni. Nak nangis nengok betapa indehnyaaaaaahhh bilik-bilik ituuuu wakkkk! Tak percaya, sila la tengok gambar-gambar kat bawah ye!
Perdana Suite @ Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan |
Presidential Suite Living Room @ Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan |
Presidential Suite Bedroom @ Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan |
Presidential Suite Twin Bedroom @ Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan |
Classic Wing Room @ Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan |
Kat Hotel Perdana Kota Bharu ni, diorang amalkan konsep Save Our Planet. Diorang hanya akan bersihkan cadar bila uols letakkan kad kat atas ni sepanjang uols stay kat sini. Kalau uols nak bantu dalam menjimatkan air dan menyelamatkan bumi, haaa jangan letak kad ni atas bantal uols ya! Tuala pun, letak dalam bath tub hanya bila uols nak tuala yang baru aje.
Selain bilik-bilik yang best ni, makanan dia pun best! 😋
Try la Nasi Kerabu, Laksam, Masak Lemak Cili Padi Daging Salai, Ayam Percik, Kerabu Mangga dan Keropok Lekor kat Cerana Coffee House. Restoran ni dibuka sepanjang hari dan menyediakan makanan tempatan juga makanan barat. Pencuci mulut paling popular kat sini adalah ABC dia yang bersaiz gergasi. Terkejut mak nokssss bila ABC sampai kat meja makan. 😂
Tapi jangan risau, kalau uols datang makan dalam dua tiga orang je, boleh request saiz ABC yang lebih kecil. Matilanakkk kalo nak menghabiskan ABC gergasi. 🙈
Sarapan pagi pun kat Cerana Coffee House jugak, disediakan dari pukul 6.30 hingga 10.30 pagi. Bun and pastries dia sangat recommended ya! Jangan tak percaya, kitorang siap bungkus tiga empat ketul roti bawak balik. Selain Cerana Coffee House, ada jugak Jade Restaurant yang menyediakan makanan Cina dan Thai, Rebab Cafe yang menyediakan kopi dan teh bersama kek serta pastries dekat perkarangan lobi, dan Anjung Terrace yang terletak bersebelahan dengan swimming pool.
Kalau uols nak buat event besar, kat Hotel Perdana Kota Bharu ada Dewan Bunga Emas, grand ballroom pertama di Kelantan yang dilengkapi dengan skrin LED, dengan kapasiti seramai 450 orang, sesuai sangat untuk weddings, events dan conventions. Ada jugak 8 buah function rooms termasuk 2 boardrooms yang sesuai untuk meeting kecil, boleh memuatkan 30 hingga 100 orang.
Kalau uols berminat untuk bermalam atau buat event kat sini, boleh lahhh contact diorang ya!
Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu!
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Bookings & Reservations:
Call: +609 745 8888
Fax: +609 748 8855
Website:
Facebook:
Instagram:
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019
anjuran Tourism Malaysia.
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019
anjuran Tourism Malaysia.
6 Comments
dr zaman sekolah kt KB dah simpan angan2 nk menginap kt sini tp belum terlaksana lg😊
ReplyDeleteTempat best
ReplyDeleteKali kedua menginap di sini, tapi layanan dan servisnya semakin bagus tiptop!! Syabas Hotel Perdana ...
ReplyDeletenampak selesa hotel tok. menu pun nyaman2 :)
ReplyDeleteCantik hotel dia. Makanan pun wow! Hehe
ReplyDeletehotel mewah, makanan pun nampak sedap!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com