8 Tempat Menarik Boleh Singgah di Sekitar Kota Bharu, Kelantan | Siapa pernah jalan-jalan ke Kelantan? Atau yang teringin nak ke Kelantan, tapi masih blur nak ke mana? Ye lah, ada orang cakap Kelantan takde apa-apa. Lebih baik membuta aje kat hotel daripada keluar berjalan. Heyyyy, rugi betul!
Last week saya sempat juga merambu kat negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Jangan terkejut, ada banyak sebenarnya tempat menarik yang uols boleh singgah kalau ke sini, terutamanya sekitar bandar Kota Bharu. Moh lerr tengok apa yang ada, ok!
1. Istana Bunian
Seram kan nama tempat ni? Haaa, masa kitorang on the way dari Pantai Bisikan Bayu ke sini, terdiam jugak la sekejap bila diberitahu yang kitorang akan ke Istana Bunian. Terletak di Kg Tok Burung, Bachok, Kelantan, menghampiri destinasi ni, kami melalui lorong di antara rumah-rumah orang kampung kat sini. Bila dah nak sampai, dari jauh kelihatan 'istana' ni tersergam lain dari yang lain dari bangunan di sekelilingnya. Dibina oleh Encik Hashim Abd Rahman bermula dari tahun 1987, memakan kos lebih 1.5 juta ringgit, tapi sampai hari ini masih belum siap sepenuhnya. Kenapa? Sebab dikatakan Encik Hashim sangat teliti orangnya, bila ada sudut yang tidak memuaskan hatinya, dia akan runtuhkan dan bina semula dengan rekaan yang baru. Istana Bunian ni dibina dari imaginasi beliau sejak daripada usia muda lagi. Difahamkan, dalam rumah ni juga ada kolam buatan yang sangat indah, namun kami tak berpeluang untuk melihat sendiri kecantikan kolam hasil tangan Encik Hashim tu sebab dia tak ada kat rumah masa tu. Pihak Tourism Malaysia, seorang pun tak ada nombor Encik Hashim, jadi tak dapat nak set appointment dengan dia terlebih dahulu. Kalau uols nak datang ke sini, boleh cuba waze ya!
2. Double Dragon Temple
Atau dikenali sebagai Wat Phothikyan Phutthaktham, terletak di Kg Balai, Bachok, Kelantan. Kuil Buddha berdiri ni dibina sejak dari almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan lagi. Kewujudan binaan kuil dan tokong di sekitar Kelantan memberi maksud bahawa walaupun Kelantan merupakan negeri yang sangat terkenal dengan pemerintahan kerajaan negeri yang strict dengan undang-undang agama Islam, tapi kerajaan negeri boleh menghormati dan menerima kewujudan agama lain selagi tidak menganggu ketenteraman sesama agama. Allahu, hebat kan kepimpinan almarhum TGNA dulu, setiap agama boleh hidup dengan aman damai tanpa ada ancaman perkauman. Semoga terus kekal sampai bila-bila keharmonian yang ada. Dekat Wat ni ada wishing tree, tempat kaum Buddha buat wish, dan gantungkan wish diorang. Difahamkan, semakin tinggi wish pada kain berjaya dicampak dan tergantung kat ranting pokok, semakin mudah wish tu akan dicapai. Gituhhhh. Dak Serene dengan Uncle Goh berusaha bersungguh-sungguh baling wish diorang. Dipanggil Double Dragon Temple sebab pintu gerbangnya adalah binaan dua ekor naga yang menghadap satu sama lain.
3. JKKN Kelantan
Nama penuhnya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan, merupakan pusat kesenian terbesar dan tercanggih kat Malaysia yang terletak di Kompleks JKKN Kelantan, Lot 1993, Tanjong Chat & Seksyen 49, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Kat sini, ada persembahan kebudayaan percuma setiap malam untuk pengunjung yang datang. Ada wayang kulit, dikir barat dan makyung. Masa kami ke sini, rezeki kami dapat menonton persembahan Makyung Raja Besar Ho Gading. Dalam persembahan ni ada 8 babak diselangi lagu-lagu makyung mengikut tema peralihan antara babak. Kisahnya tentang negeri Ho Gading yang Raja Besarnya nak bagi takhta kepada Raja Bongsu, tapi tak disenangi oleh Raja Sulung dan Raja Tengah. Menariknya persembahan kat negeri Kelantan ni, uols susah nak tengok persembahan wanita. Makyung sendiri, pelakon dan penari adalah dari kalangan lelaki. Begitu lah hiburan dalam Islam, bukan tak boleh berhibur, tapi ada syariat yang wajib kita patuhi. Sepanjang yang kami tengok kat sana, memang tak ada langsung persembahan dari wanita. Tak tahu lah kalau ada kat tempat lain. Selain dari persembahan live, ada juga jualan dan pameran haiwan eksotik macam ular. Sis Lin dengan Ain memang laju je berlari bila nampak ular gemok kat sini. Hahaha! Untuk maklumat lanjut tentang JKKN Kelantan ni, boleh rujuk websitenya di SINI.
4. Wakaf Che Yeh
Merupakan pasar malam di Kota Bharu, Kelantan. Kat sini banyak jualan baju-baju, kain batik, kain pasang, dan kalau ada rezeki, uols akan jumpa buah durian kunyit. Hahaha! Kitorang sempat makan buah durian kat sini, terima kasih Pak Haji sebab belanja!
5. Asni Batek
Pusat mencanting batik yang terletak di Pantai Cahaya Bulan. Pengasasnya adalah Puan Asniza Bt Muhamad, dimulakan sejak tahun 1994. Kat sini, uols boleh tengok macam mana proses menghasilkan sehelai kain batik bermula dari pemilihan kain, proses mencanting guna lilin panas, sampai la kain batik da siap tu dijemur. Ada dua jenis batik yang dibuat kat sini, iaitu batik canting dan batik tekap. Masa kat sekolah dulu, pernah belajar buat batik sendiri guna lilin panas tu dalam kelas Pendidikan Seni. Kat Asni Batek hari tu, first time saya tengok proses buat batik tekap. Acuan batik tekap dicelup ke dalam lilin panas sebelum ditekap pada kain. Kerjanya sangat laju dan cekap. Terpegun sis kauu. Rasanya tukang batik tekap ni, tangannya dah kebal dengan lilin panas.
6. Asni Boutique House
Kain-kain batik dari Asni Batek yang dah siap, dah cantik, akan dijual kat sini. Bangunan butik dua tingkat ni nampak sangat cantik dan ekslusif dari luar. Kat dalam dia, lagi lah cantik dengan pelbagai jenis kain batik berwarna-warni. Kain batik pasang dan pakaian batik siap lelaki perempuan, semua ada kat sini. Tudung bawal pun ada. Boleh rambang mata memilih yeeee. Peminat batik kalau datang sini, wajib pulang dengan berplastik-plastik beg. Yang penting poket kena kepuk-kepuk. Tapi jangan risau, poket nipis pun takpe asalkan ade credit or debit card. Ye, boleh swipe aje! Haha! Butik ni dibuka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam. Facebook: Asni Boutique House
7. Galeri Wau Pak Sapie & Sons
Galeri wau yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kg Badang, Kota Bharu, Kelantan ni merupakan bengkel membuat wau yang dimulakan oleh almarhum Safie Jusoh sejak 36 tahun yang lalu. Biarpun almarhum telah meninggal dunia, galeri ni tetap diteruskan oleh anak bongsunya, Encik Wan Anuar Sapie. Almarhum Pak Sapie merupakan Adiguru Kraf, gelaran yang diiktiraf oleh pihak Kaftangan Malaysia sebagai penghargaan kepada kemahiran beliau yang tinggi. Kat sini, uols boleh tengok macam mana wau dihasilkan dari scratch, wau-wau yang dah siap dari pelbagai warna, saiz dan jenis, serta boleh membeli buah tangan wau untuk dibawa balik! Dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat. Kisah Galeri Wau Pak Sapie & Sons yang beroperasi tanpa elektrik boleh baca di SINI.
8. Pasar Besar Siti Khadijah
Siapa tak kenal nama ni. Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu Kelantan, dibuka setiap hari seawal 6 pagi hingga 7 petang. Dimulakan pada tahun 1985 dengan nama asal Pasar Besar Buluh Kubu, kemudian ditukar namanya oleh almarhum TGNA bagi meraikan para peniaga di sini yang kebanyakannya adalah dari kaum Hawa. Pasar 4 tingkat dan bersegi lapan ni menjual aneka jenis barangan basah dan kering. Nak cari keropok kering Kelantan, asam jawa, serunding Kelantan, haaaa sini la tempatnya. Difahamkan, para peniaga kat sini akan berehat selama 15 minit bila masuk waktu solat bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat. Allahu. Baca lebih lanjut tentang pasar ni kat SINI.
Ok, tu lah antara 8 tempat menarik yang saya dah singgah sekitar Kota Bharu, Kelantan. Uols boleh lah masukkan dalam list kalau nak ke Kelantan satu hari nanti. Rasanya, ada banyak lagi tempat menarik sekitar Kelantan tu, cuma masa tak mengizinkan kami untuk explore lebih lagi. Insya'Allah satu hari nanti akan repeat ke sini.
Saya dah jatuh suka pada negeri yang penuh ketenangan ni.
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019
anjuran Tourism Malaysia.
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019
anjuran Tourism Malaysia.
12 Comments
bestnya.... bila lah nk sampai kelantan tak tau lah, kadang klu ke kuala terengganu nk je ajak en suami ke kelantan tp kalau musim2 cuti payahla sikit. sbb compom jem...
ReplyDeleteselalu dgr kwn2 yg org kelantan je cerita mkn best situ sini, psr siti khadijah tu paling teringin nk sampai
haah, kalo musim tak cuti pun boleh jem haa..kelantan memang syurga makanan!
DeleteNo 3 & 8 aje biasa pergi, nampaknya kena gi Kelantan lagi ni
ReplyDeleteno 3 ke no 4 kak?
Deletemmg ada niat nk dtg kelantan time bulan puasa ni tp tu laa tix flight mahal jg ya hmmmmm
ReplyDeletenaik bas!
DeleteRasanya banyak lagi kita tak pergi kann...
ReplyDeleteDan jangan lupa, next trip kita sila bawa pasport hahahahaa
hahahhaha nak ke danok keeee
Deleteterima kasih krna sudi melawat negeri ambo. jika ada kesempatan lagi, dtg la lagi ye?
ReplyDeleteharusss! insya'Allah!
Deletejangan serik dtg kelate k...
ReplyDeleteda masuk dalam wishlist. senang da banyak tahu apa tempat best di sana kan. tq sharing
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com