Rasai Keunikan Juadah Nyonya Peranakan di Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru | Kalau uols peminat makanan pedas, aromatik dan masam-masam gituuu, uols wajib rasa buffet makan malam berkonsepkan juadah baba nyonya di Hotel Renaissance Johor Bahru. Orang kata, juadah baba nyonya ni adalah gabungan fusion antara makanan Melayu dan Cina. Hasilnya, menu-menu yang unik dengan rasa tersendiri.
Sepanjang bulan Mac ni, uols boleh datang ke Cafe BLD, Hotel Renaissance Johor Bahru, dekat dengan AEON Permas tu, untuk tengok juadah apa yang diorang sediakan dengan konsep baba dan nyonya. Eh, kalau dah datang ke sana, kena makan sekali tau! Sebabnya, agak susah nak menolak bila dah tengok apa yang ada. Tak percaya ke?
Ok, sebelum tengok kat sana, tengok kat sini dulu.
Nyonya Seafood Laksa, pernah makan? Seorang Sunah pun tak pernah makan dan tak pernah dengar ye sebelum ni. Hari Jumaat lepas lah first time saya jumpa juadah ni. Bau kuahnya yang enak dan rasanya yang pedas-pedas gituuu sure akan memukau hati uols. But, jangan tamak sangat masa penuhkan mee laksa dan segala perhiasan dia ke dalam mangkuk ye. Sebab mangkuk nya besar, portionnya pun besar. Nanti tak muat perut untuk makanan lain pulak. Ye lerr, kata buffet? Nexttt~
Lemak Udang Nenas. Serius cakap ye, udang dia fresh betul! Dimasak elok, isi udang tak melekat langsung dengan kulitnya bila kupas. Saya yang alergik seafood pun boleh makan udang dia. Tak gatal langsung. Padanan nenas dan udang dalam masak lemak memang diketahui sebagai gabungan yang sempurna sejak dari azali. Kuah masak lemak secukup rasa masam manisnya bila dicampurkan nenas ke dalam masakan udang tu.
Try juga Nyonya Fish Curry diorang, boleh tahan sedap kuah karinya dan takde rasa hanyir ikan langsung. Kalau lebih suka ikan bakar, cuba pulak menu Nyonya Ikan Sumbat. Menu ni ada kat bahagian luar kafe, tempat segala jenis menu bakar dan panggang. Kalau bernasib baik, uols akan jumpa Nyonya Penang Otak-otak sekali.
Sesuatu yang jarang saya jumpa, Cincalok Omelet, bahan utamanya adalah udang geragau atau krill dalam bahasa Inggeris. Peminat tegar cencaluk mesti suka menu ni. Selain daripada tu, uols boleh juga rasa Rendang Kambing Nyonya. Sedap dan sangat menepati citarasa saya. Lebih kurang sama juga dengan rasa rendang Melayu. Daging kambingnya pulak sangat lembut dan rasa manis-manis dalam mulut.
Antara kegemaran saya juga adalah Nyonya Crab, ketam yang dimasak stail Nyonya. Isi ketamnya sangat fresh dan kuah cara Nyonya tu menaikkan lagi selera. Sebagai penutup makan malam, jangan lupa cuba pencuci mulut Nyonya seperti Pulut Inti, Kuih Apam Merah dan Nyonya Kuih Talam.
Bufet makan malam kat Hotel Renaissance Johor Bahru ni sangat banyak pilihan makanannya. Uols pasti akan rambang mata nak pilih menu apa. Yang saya share dalam entri ni hanyalah 5% je daripada menu yang disediakan. Nanti kalau uols ke sini, ambil lah sikit-sikit setiap menu untuk rasa kesemuanya. Perut pun kena standby awal-awal dikosongkan sebelum sampai ye. Kalau tak, nanti balik rumah menyesal sebab tak sempat makan itu ini. 😥
Ok, kalau uols nak cuba, jemput datang ke Hotel Renaissance Johor Bahru ya!
Peranakan Cuisine (MARCH Promotion)
Availability:
Every Friday & Saturday
6.30 - 10.00 pm
Price:
RM123 nett per Adult
RM61.50 nett per Child (5 - 12 years old)
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan:
+607 381 3322 atau +607 381 3475
Email:
Whatsapp Business:
+6017 771 3327
17 Comments
uish..sedapnya menu2 dia ..:)
ReplyDeleteiye cik nor...semua sedap2 alhamdulillah
DeletePehhh.... Terliurrrr betulll ain bacaaaa posting seketul sunahh bercerita ttg makannann.. Hmmmm........dap angatt 😋😋😋
ReplyDeleteorang diet jangan bising...:p
DeleteSemua sedap, paling banyak Sis ko makan adalah ketam nyonya tu, sedap sungguh kuahnya tu...
ReplyDeletekannn..ketam tu sedap sangattttt
DeleteSedapnya menu kat sini. Hari tu masa training kat sini pun, puas hati sebab makanan dia banyak sungguh.. Nyonya seafood laksa tu sangat menarik
ReplyDeletekannn...pilihan makanan sangat lah banyakkkk
Deletewahh.. masakan baba dan nyonya tu.. mesti sedap kan sunah..
ReplyDeletehaah kak sedappp
Deletenengok menu dia perkkkh mantops2 semua... pastu tengok harga, mmg patut lah hehehhe...
ReplyDeleteSuka makan masakan baba nyonya :)
ReplyDeletenyaman2 menu :)
ReplyDeletesemua nampak sedap!!
ReplyDeleteNyonya seafood laksa tu nampak menarik.. ;)
ReplyDeleteterliur tengok semua makanan dia! Kari ikan tu mengancam sangat
ReplyDeleteUdang masak lemak tu.. Sedappp 😋
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com