Pengalaman Mengujakan di Encore Melaka Impression Series | Bukan biashe-biashe. Iye, itulah frasa yang sesuai untuk saya gambarkan Encore Melaka Impression Series ni. Alhamdulillah, satu pengalaman yang mengujakan buat seketul Sunah bila berpeluang untuk ke sini semasa trip ke Melaka yang lepas.
Encore Melaka |
Pernah dengar atau baca tentang Encore Melaka?
Encore Melaka adalah sebuah teater, tapi bukan teater yang biasa uols tengok tu. Encore Melaka adalah teater budaya yang mengisahkan tentang sejarah Melaka yang jarang-jarang kita dengar dan tak akan jumpa dalam buku teks sejarah. Kisah-kisah lama Melaka diceritakan melalui lagu, tarian dan pemandangan pada pentas 360º!
Tempat duduk penonton Encore Melaka |
Pertama kali dengar? Ye, sis kauu pun. Mulanya, saya bayangkan macam Muzium Padi kat Kedah. Kita duduk, dan pemandangan hadapan kita berpusing 360º. Pernah pergi Muzium Padi? Haa, lebih kurang macam tu lah. Tapi Encore Melaka bukan sekadar pemandangan kaku. Ada lebih kurang 200 orang pelakon membuat persembahan sepanjang 7 peristiwa utama dalam Encore Melaka Impression Series.
Bergambar bersama pelakon-pelakon teater Encore Melaka |
Seni Bina Bangunan Teater Encore Melaka
Chief Arkitek teater Encore Melaka, Encik Wang Ge merupakan graduan dari Beijing Institute of Architectural Design (BIAD). Encore Melaka direka istimewa untuk tujuan persembahan teater, tapi bangunan tu sendiri pun dah cukup menyebabkan kita terpaku melihatnya dari kejauhan.
Senibina bangunan Encore Melaka |
Sebagai teater terbesar di Asia Tenggara, Encore Melaka dibina dengan platform penonton 360º, menghadap pentas sepanjang 240 meter dengan beberapa pentas hidraulik dalaman. Dengan teknologi yang sebegini canggih, Encore Melaka direka khas untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan.
The geometric ceiling has concaved arcs made out of thousands of fish scale-like LED panels, which reflect light from the ever-changing and vibrant sky of Melaka. The Encore Melaka theatre embodies the cloud and the sea, movement and serenity, and where East meets West. This unconventional design concept represents a journey through time and space, complementing the Encore Melaka performance.
Kami berkesempatan jugak tengok rancangan Melaka Impression City yang merangkumi Encore Melaka kat dalam bandar tu, dikeliling oleh shopping complex, pusat kesenian, bangunan pejabat dan bangunan kediaman, strategically bersebelahan dengan Selat Melaka. Menariknya, kalau uols berada kat mana-mana bangunan tinggi kat Melaka yang menghadap Selat Melaka, uols pasti akan nampak Encore Melaka ni dari jauh, dikenali dengan lekuk-lekuk pada bangunan tu yang nampak macam air, kesan dari cahaya panel LED nya.
Rancangan Melaka Impression City |
Tak mustahil, pada masa depan, Encore Melaka ni bakal jadi ikon langit Melaka.
Teater Encore Melaka
Persembahan teater Encore Melaka meliputi 7 peristiwa yang pernah berlaku di Melaka, dibawa mulut dari keturunan tiap keturunan. Kita sedia tahu, Melaka terdiri dari masyarakat berbilang etnik yang hidup dalam kemakmuran dan keamanan. Dengan keunikan pelbagai budaya yang kekal "hidup" dari zaman peperangan, rakyat Melaka ingin terus memelihara budaya dan tradisi yang diorang banggakan.
Tiket masuk ke teater Encore Melaka |
Disebabkan tu lah, pengarah Encore Melaka Impression Series, Wang Chaoge, menampilkan kisah-kisah yang jarang didendangkan dalam persembahan teater kat sini. 7 peristiwa yang uols akan tonton kat sini adalah:
- Parameswara - sejarah nama Melaka pada tahun 1400.
- Cheng Ho - kedatangan Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405.
- Nyonya & Wedding - perkahwinan Baba & Nyonya pada tahun 1880.
- Six Mothers - Enam orang ibu? Scene ni paling menyentuh hati.
- Pregnant Mothers - Wowww, wowww sangat!
- Wau - tentang Awang si pembuat wau.
- Finale - "I'm grateful to be here in Melaka".
Saya tak nak cerita lanjut tentang peristiwa-peristiwa ni. Sebab kalau boleh, saya nak uols datang sendiri ke sini untuk menontonnya. Kalau ditanya kepada saya berapa bintang daripada 5, jujur saya cakap, tak cukup. Sampai saya jawab kat Syahmi, 7/5 bintang.
Ye, saya sangat-sangat suka dengan persembahan teater ni. Teknologinya memang di luar dari apa yang sedia ada kat Malaysia ni. Harga tiket tu memang berbaloi-baloi sangat untuk dapat tengok show macam Encore Melaka ni. Serius.
Eh, lagi satu. Dah habis tengok teater, kalau uols tengok sesi 5.30 pm, uols boleh menikmati pemandangan matahari terbenam kat sini. 💖
View matahari terbenam di Encore Melaka |
Alhamdulillah, selesai sudah entri-entri Melaka. Lega rasanya dah boleh move on. Hahaha!
Uols kalau nak pergi tengok teater yang pernah menang 2018 ITFF CREATIVE Awards ni, boleh lah ke Melaka ya!
Encore Melaka Impression Series
A subsidary of Yong Tai Berhad
Standard Seat
Malaysian RM128
Non-Malaysian RM148
Premium Seat
Malaysian RM228
Non-Malaysian RM248
Showtimes
Monday - Saturday
5.30 pm - 8.30 pm
(5.30 pm show not available during weekdays in July)
Sunday
2.30 pm & 5.30 pm
Any inquiries:
+606 270 7777
Website:
Facebook:
Instagram:
#EncoreMelaka #VisitMalaysia2020 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia
Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019
anjuran Tourism Malaysia.
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019
anjuran Tourism Malaysia.
11 Comments
building dia nampak so futuristics. bestla dapat experience tengok show situ.. hehe..
ReplyDeletewahhhh.. best ni :)
ReplyDeletelamak x ngga teater :)
ReplyDeletealahai..bestnya dah sampai sini...smpai hati xhajak pun hakak..hihi
ReplyDeleteuniknya bangunan dia. boleh terjah sini kalau turun melaka nanti :)
ReplyDeleteSangat best gilee...
ReplyDeleteRasa bertuah dapat menyaksikan teater ini..ada rezki jommm tengok lagi dan OOTD bebanyak hehehehe
Nanti nak pegilah sini. Hehe
ReplyDeletebestnya dapat jalan2
ReplyDelete1st time dengar tempat ni. luas betul hall teater tu. design bangunan pun moden dan canggih.
ReplyDeletewah best dapat join pengalaman ni.. Cik ash aritu dapat gak tapi xdapat nak pergi pulak..
ReplyDeleteSaya baru tengok. Adoii bosan gila teaternya. Takde Umphh langsung. Pentas mmg canggih tapi takde jiwa ceritanya. Nasib baik tiket promotion.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com