Ticker

6/recent/ticker-posts

Panaih Lit Lit Uiii~

Panaih Lit Lit Uiii~ | Panas betul cuaca akhir-akhir ni. Agaknya dah berapa hari tak hujan kat Skudai ni ek? Masa kat Melaka hari tu pun cuaca panas terik kat tepi Pantai Puteri. Sampai takleh nak bukak mata bila mengadap majlis penutup Malaysia Surfcasting Tour Siri 1. On the way balik Johor, semua terkulai layu sebab dah terlampau kepenatan dek bahang panas.

Petang tadi, Sis Lin share dalam group whatsapp, gambar kat bawah ni. Tentang gelombang haba yang sedang melanda negara sekarang ni. Satu tempoh dengan suhu tinggi yang luar biasa, melebihi suhu maksimum purata harian dan keadaan cuaca yang agak panas, lazimnya berlarutan hingga beberapa hari atau beberapa minggu.


Ke kedai barang kek Venturi kat Taman Universiti semalam, uncle kedai pun ada sebut, suhu kat Kedah mencecah 40 ºC! Gulppp! Panas gilerrr! Terkenang family mertua kat sana, macam mana lah dengan cuaca panas gini. Dulu-dulu kalau balik kampung musim panas camni, tidur dalam bilik pun berbahang sangat. Kena pasang dua kipas baru boleh tidur dengan selesa.

Dalam cuaca macam ni, sangat disarankan supaya kita minum lebih banyak air dari biasa. Pakai pakaian yang sesuai bila buat aktiviti luar. Dan kurangkan aktiviti bawah cahaya matahari terlalu lama. Jangan tak percaya, dah ada sekolah yang buat hari sukan waktu malam demi kesejahteraan murid-murid! Ibah pun cakap, sekolah dia tengah dalam pertimbangan nak buat sukan waktu malam.

Sampai gitu sekali kesan cuaca panas ni.

Jaga diri ya semua!

Post a Comment

8 Comments

  1. Kedah antara negeri paling panas dalam Semenanjung, tu belum naik lagi sampai ke Perlis, tapi agaknya org sana dah biasa

    ReplyDelete
  2. sangat menakutkan panas begini bila terkenang akhirat

    ReplyDelete
  3. Monson timur laut dah berakhir.
    Harap2 ada hujan turun.

    ReplyDelete
  4. Nak pergi Perhentian ni agak-agak panas tak ek..adeiii seriau Sis ko bila ingat kehitaman Belitung hahahahaha

    ReplyDelete
  5. sekarang ni minum air 2l pun tak cukup kak. Shah Alam ni gelombang pertama sama dengan kedah jugak. Boleh teriak kalau kena migraine

    ReplyDelete
  6. nang berasa panas kinek tok..

    ReplyDelete
  7. mnum air banyak2 yer sunah..jangn kluar tgh klu xde hal pnting..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com