Makan Tengahari di Ichiban Ramen, Paradigm Mall Johor Bahru | Ini cerita Khamis lepas. Ye, lambat. Tapi memang simpan supaya satu hari paling kurang, ada satu entri kat blog. Hahaha. Kalau terlampau banyak aktiviti menarik yang dibuat atau ada cerita best nak kongsi, boleh la buat dua tiga entri sehari.
Khamis lepas, Risha datang dari Singapore. Risha ni kalau pernah baca entri lepas-lepas, adalah ex-housemate kami. Lepas berkahwin, dia pindah ke Singapore ikut suami. Jadi, bila dia bagitau nak ke JB, kami semua plan untuk jumpa sekejap sebab dia memang jarang-jarang turun ke JB. Kita pulak, entah bila nak ke Singapore jalan-jalan dengan Risha kat sana. Belum ada rezeki dan masa yang semua free lagi untuk ke sana. Insya'Allah satu hari nanti tau Risha!
Kisahnya, lepas urusan Risha setel kat JPJ, dia whatsapp dalam group kami. Masa tu dia da dengan kak Ajan dah pun. Saya pulak tengah setelkan urusan delivery brownies Selera Sakura. Risha cakap, jumpa kat Paradigm Mall. Ok, ok sangat. Sebab sebelah petang saya ada second delivery pulak ke UTM. Dekat sikit nak pergi dan balik.
Sampai Paradigm Mall, diorang terus ajak makan. Mula-mula nak ajak ke SDS aje, tapi agaknya diorang pun da bosan asyik makan kat SDS, Risha tanya tempat lain lagi yang sedap kat Paradigm Mall tu. Ermmm, takde idea wehhh. Nasib baik kak Ajan terfikir pasal makanan Jepun selain Sushi King yang ada kat situ.
Ichiban Ramen nama dia.
Kami pernah ke sini masa birthday Kak Ajan tahun lepas dengan bacheloratte party untuk Aisyah. Terletak di sebelah Sukiya Tokyo Bowl, tak jauh jugak dari DubuYo. Ada macam-macam makanan Jepun kat sini dari ramen, nasi dan bento. Sushi je takde kalau tak silap. Eh, tak ingat lerr.
Saya sebagai peminat daging lembu stail Jepun (tapi bukan Wagyu, tak mampu lerr), macam biasa lah, mesti order set yang ada daging lembu. Saya order Set Beef Don, sekali dengan Japanese Gyoza (dumpling), buah tembikai dan Miso Soup. Risha order Set Beef Ramen dengan side dishes macam saya, manakala kak Ajan pulak order Set Saba Steak (Teppanyaki Saba) dengan nasi, buah tembikai dan Miso Soup.
Set Beef Don tu maksudnya ada nasi sekali ye, kalau uols tak tahu maksud dia. Portion kat Ichiban Ramen ni agak besar. Jangan ingat macam kat Sushi King punya mix and match tu tau. Yang tu kan mangkuknya sebesar satu tapak tangan aje. Kat sini dua kali ganda. Jadi, beringat-ingat kalau nak order tu ya. Hahaha. Alhamdulillah, seketul Sunah makan sampai habis. Hihi. Set yang kitorang order tu boleh jugak kalau nak order sebagai Ala Carte. Untuk jadikan set lengkap dengan side dishes, hanya perlu tambah RM4 je.
Kat Ichiban Ramen ni, ada macam-macam menu air jugak. Paling banyak pilihan air adalah dari kategori Matcha. Disebabkan dah pernah rasa aneka Matcha dia (dan Risha pun dah order Matcha Float Blended), jadi saya pilih untuk order Strawberry Milk Shake.
Sedap macam sebelum ni. Ye, sebelum ni da pernah rasa masa sambut birthday kak Ajan tu. Tak ingat sape yang order masa tu. Sangat recommended ya. Rasanya yang creamy dan ice blended yang halus, menyejukkan aje bila masuk tekak. Tapi...potongan buah strawberry dia masam. Tettt.
Harga makanan dan minuman kat sini standard restoran urban ya. Boleh tengok contoh-contoh menu dan harga mana yang sempat saya snap kat bawah. Kot-kot ada yang nak mencuba, boleh lah pilih dulu makanan apa nak order nanti. Ehekkk!
Ok, kalau teringin makan ramen, boleh lah datang ke Ichiban Ramen ya! Terima kasih Risha sebab belanja! Moga semakin murah rezeki. Ameen!
Ichiban Ramen, Paradigm Mall, Johor Bahru
No Pork, No Lard
SIJIL HALAL JAKIM UNTUK BAHAN YANG DIGUNAKAN
(Sijil HALAL pada dinding peti ais belakang Cashier - lupa nak snap)
Lokasi:
Lot 29, Level 3, Paradigm Mall, Johor Bahru
Website:
16 Comments
eh, nanti nak pergi ajak Iman la.. asyik Dubuyo jer, nak tempat lain plak
ReplyDeletehahaha tetiba lusanya saya update dubuyo kannn
DeleteNi nanti si Kakak balik, habislah, nak round satu Paradigm katanya..
ReplyDeletePitam le Sis ko melayan makannya yang pelik-pelik nanti...
jangan tak tengok jarum timbang tau nanti..hahaha
Deleteichiban kl ni pun tak pernah jenguk lg, selalu dh baca kwn2 kata sedap...
ReplyDeletetgk menu2 tuh bestnya....
iya, dia ada banyak menu best2
Deleteuishhh sedap-sedap semuanya.. kena cuba juga makanan Jepun ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
iyeee...ade orang takleh telan jugak makanan jepun sebab dia macam sihat sikit
Deletetak pernah try.. nampak macam sedap je menu diaa
ReplyDeletenanti farah try la~
DeleteKalau dengan husband akak confirm dia xmasuk sini. Tekak melayu katanya.. Kot tersinggah paradigm Mall nak la masuk sini
ReplyDeletekann..ada orang tak dapat masuk makanan jepun ni..sebab dia kurang berminyak, dan sihat sikit
Deletex tahan nangga sekerem. hehe
ReplyDeletehahahah...lap ailio yaaa
DeleteAssalam, sy telah semak direktori halal jakim, ichiban ramen tiada halal certified. Harap puan dapat betulkan dalam posting puan ya. Bimbang orang baca posting puan dan ingat halal, terus pergi makan, takut dapat saham nanti..nauzhubillah
ReplyDeleteWa'alaikumussalam..sijil Halal JAKIM Ichiban bukan sijil penuh restoran, tetapi pada bahan-bahan yang digunakan dalam masakan sahaja..harap maklum
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com