Happy Wedding Day, Alice! | Semalam, rakan media Johor merangkap Ex-PR SDS kami, Alice Loh selamat melangsungkan hari perkahwinannya dengan pasangan pilihan hati, Gerald Chan. Alice dah PM kat FB Messenger beberapa minggu sebelum majlisnya, menjemput saya dan beberapa orang rakan blogger yang kerap bertemu di food review, untuk ke Poolside Party wedding dia. Awal-awal lagi dia dah sebut, buffet style halal. Hahaha.
Wedding party Alice ni kat Homestay Villa Le Joulax, Senai. Tak jauh dari Senai Airport. Tapi disebabkan party tu dibuat sebelah malam, jalan menuju ke homestay tu sangat gelap, takde lampu. Dah la gelap, jalannya pulak jenis macam jalan dekat lurah mana. Hahahah. Tak rata dan seram woiii! Siap ada asap lagi atas jalanraya. Buat seorang Sunah berdebar jugak dalam dada, teringat kes dekat Medan, Indonesia tahun 2016 dulu. Aduhai. 👻
Alhamdulillah, mujur ada percikan bunga api kat langit tiberrrrr dari kejauhan. Dari jalan besar nak ke villa tu agak jauh juga. Tapi bila on the way balik, terasa dekat pulak. 😂
Masa kami sampai, kebetulan Alice tengah ambil gambar kat tingkat atas villa merangkap pintu masuk. Jadi, sempat jugak la kami ambil gambar dengan dia dan suami sebelum dia pergi salin pakaian pengantin waktu malam pulak.
Agak ramai juga tetamunya, memula tu macam kami aje yang Melayu kat situ selain daripada budak-budak catering. Bila da nak balik, baru la nampak ada jugak budak Melayu yang lain. Maybe kawan-kawan SDS Alice dulu kan.
Menunya nasi butter, aglio olio fettucine, lamb chop, grilled chicken, mushroom soup, mashed potato, kentang goreng, salad, roti perancis, sedap-sedap semuanya terutama lamb chop. Eeee asyik makan kambing aje aku ni. Entah-entah da ada darah tinggi, mintak jauh lerrr! Erkkk.
Air pulak ada jus jambu batu dengan jus green tea.
Beer and wine pun ada woiii, siap budak yang serve tu tanya aku, "you want beer?" Aku macam tak percaya dengan ape yang aku dengar, siap tanya balik kat dia, "what?" Dia tunjuk air dalam jug kaler macam air F&N Zappel tu, sambil sebut "C*******g." Aku terus berkerut muka sambil tengok dia, speechless. Then dia backed off, gitau kawan dia "ta pu hui." Ye lerrr, memang la aku tak nak. Adoiiii! 💢
Baca la kalau nampak. Hahaha!
Satu pengalaman baru, kali pertama gi chinese wedding party. Homestay tu memang cantik, dua tingkat, tapi agak cramped. Ada swimming pool yang agak besar, nice juga kalau buat family day kat situ. Cuma tu lah, kalau malam, jalan nak masuk tu agak menyeramkan! 😂
Happy wedding day, Alice!
Thank you for letting us share in your joyful day.
We wish you all the best as you embark on this wonderful union.
10 Comments
kenapa kecil sangat tulis tu...
ReplyDelete"heheheh tgh edit tengah malam.....kacau jak bah :)"
hahahaha geram sangat bah...nampak kan sa pakai tudung, napa jugak mau tanya lagi
Deletewow
ReplyDeletesinggah jumaat
maceh sudi singgahh
DeleteHahahahha.. Hahahaha. . . Eh, nak klik cete Medan tu la
ReplyDeleteselamat pengantin baru kepada pengantin :)
ReplyDeletetak pernah da pengalaman pergi wedding kawan2 bangsa lain. dapat invitation tapi ada hal la macam2. hehe menarik juga kan..
ReplyDeleteCantik sangat Alice...Congrats !!
ReplyDeleteSinggah lalu.
ReplyDeletePilih kambing bakar
Tahniah buat kawan Sunah. Dari jalan cerita Sunah, dah terbayang macam dalam fiksyen cerita seram aje. Hahaha.
ReplyDeleteNampak aje tulisan kecil tu. Hahaha.. Kalau saya pun rasa awkward juga tu..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com