Dah Cuba Nescafe Rose Latte? | Beberapa hari ni saya asyik nampak orang share pasal Nescafe Rose Latte ni. Air ni dah diperkenalkan pada awal tahun ni, bulan Januari yang lepas. Tapi baru beberapa hari ni macam trending pulak. Ramai rakan-rakan blogger yang share gambarnya di Instagram dan Facebook.
Apa lagi, saya pun terjebak nak merasa.
Saya pernah minum Rose Latte di August Cafe, Johor Bahru. Itulah kali pertama merasanya, dan ya saya suka bau wangi rose dalam latte. Sedap rasanya, melekat baunya sampai berjam-jam. Pernah juga saya minum Sakura Latte di Moonlight Cakehouse. Pun saya suka dan kena pada tekak. Cuma takde review dalam entri tu.
Dua malam lepas, saya ke Petronas untuk bank in duit tempahan brownies. Terus jenguk peti ais Petronas, kalau-kalau ada Rose Latte Nescafe ni. Eh, ada lah! Rezeki saya nak merasa. Saya capai dan bayar kat kaunter. Harganya RM2.70 kat Petronas Taman Universiti yang depan pasar tu.
Cantik kan tin nya. Warna rose gold gituhh. Ada tulisan Limited Edition pada bahagian bawah. Maksudnya, minuman ni mungkin tak akan selalu ada. Kiranya minuman Nescafe bermusim. Tapi saya tak terus rasa malam tu sebab airnya sejuk lagi. Tengah batuk ni tak berani pulak nak menambah "ubat". Jadi saya biarkan saja atas meja untuk minum kemudian. Biar hilang sejuknya.
Breakfast pagi semalam, saya pun minum. Eh, sedap jugak. Sama macam Rose Latte kat August Cafe! Cuma airnya tak lah sekawww kat August kan. Rasa dan bau rose memang semerbak bila kita teguk dari tin tu. Ok lah, kena pada tekak saya. Ada juga kawan-kawan yang cakap, tak berapa kena dengan tekak diorang.
Uols da cuba ke?
22 Comments
Tak cuba lagi nescaffe ni. Nak cari jugaklah nanti
ReplyDeletecuba tauuu sebelum dia habisss stok
Deletetak cuba lagi ni sunah.. bau rose rose ni tentu sedap ,, ke letak air mawar dalam latte hii
ReplyDeleteentah ek...lupa pulak seorang sunah nak baca ingredients dia...ya ampunnn..ahahahahha
DeleteTak cuba lagi... nak cuballah nanti kalau jumpa
ReplyDeletehaaa jangan tak cuba tauuu
DeleteBelum cuba lagi. Hehe
ReplyDeletenape tak cuba lagiiiii
Deletenak try ah nanti!
ReplyDeleteiyeee sileeee
Deleteakak suka.. Iman tak.
ReplyDeleteteringin sgt nak minum rose latte kat August sambal menjamah sepotong RV
iman mesti tak suka rose latte kat august tu jugak..hahaha
Deleteermm belum cuba lagi
ReplyDeletexpernah nampak huhuhu
cuba tengok kat petronas atau 7eleven
Deletemenggoda btl la sunah ni..nak kna bli jgk..tp minum xsejuk xbest. cik nor pun btuk jgk sunah..huhu
ReplyDeletekann..dia dalam tin, automatik nak sejuk2 jee
DeleteTak akan cuba sebab Sis dah tak minum kopi..hahahaha gitewwwww
ReplyDeletewowww bagusss!!!
DeleteTak akan cuba sebab saya tengah nak kurus.bhaahhaahhhahahahhaha.. Sibuk je orang atas tuu tak akan cuba.. Kite pon tiru lerr ayat dia... Khenn.. Hahahahaha
ReplyDeleteok fineeeeee
Deleteblm ngga gik di ctok..
ReplyDeletenak cuba juga lah..harap-harap kena selera lah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com