Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2019: Capital City Mall, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2019: Capital City Mall, Johor Bahru | Buat pertama kalinya setelah dibuka, Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru akan membawakan buffet Ramadhan kepada para tetamu yang berkunjung ke sini bulan puasa nanti. Dengan konsep yang lebih family friendly, uols boleh dapatkan harga Early Bird serendah RM39.90 sahaja untuk dewasa, dan RM19.90 untuk kanak-kanak.

Haaa...murah ke tak?

Hampir 200 jenis menu berbuka yang disediakan, bukan sahaja khas dari restoran dalam Capital City Mall, bahkan juga daripada pengeluar-pengeluar makanan tempatan. Ada Mee Rebus Hj Wahid, Laksa Penang, Roti Jala, Nasi Kukus Ayam Berempah, Sate Ayam dan Daging, Oden, Rojak, Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng, Otak-otak, lauk-pauk nasi campur, aneka kuih-muih dan kek, serta macam-macam lagi!

Jemput tengok sebahagian daripada lauknya dalam gambar-gambar kat bawah.










Buffet Ramadhan Capital City Mall ni akan diadakan di Muzium Marcopolo, Tingkat 3 mall tersebut. Tempat solat Maghrib, Isyak dan juga solat sunat tarawih turut disediakan. Capital City Mall ni kan salah satu indoor themepark, tahu tak? Jadi, lepas berbuka kalau dah siap solat semua, boleh lah bawak anak-anak "berlayar" naik gondola kat sungai buatan dalam mall kat ground floor, boleh shopping baju raya dan kuih raya sekali.

Ye, kuih raya.

Capital City Mall akan mengadakan jualan kuih raya TERBESAR dalam sejarah Malaysia Book of Records, mensasarkan 1000 jenis kuih, dijual di luar dan dalam mall. 30 buah tapak niaga juga akan ditawarkan dengan sewa tapak yang berpatutan. Bulan puasa nanti jugak akan ada bazar Ramadhan kat sini uikkk, tu yang paling ditunggu-tunggu semua orang kan?

Ape lagi, orang Johor dan orang luar Johor, jangan lupa cuba juadah berbuka kat Capital City Mall nanti tau! Agak-agak jauh, stay aje kat Hilton Garden Inn tuu. Iyeee, semua ada kat Capital City Mall ni khennn!


Buffet Ramadhan 2019 Capital City Mall, Johor Bahru

Tarikh: 8 Mei - 3 Jun 2019
Masa: 6.30 pm - 9.30 pm
Lokasi: Capital City Mall, Level 3

Tempahan Early Bird (sebelum 7 Mei 2019)
RM39.90 Dewasa
RM19.90 Kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Walk In (selepas 7 Mei 2019)
RM59.90 Dewasa
RM29.90 Kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Untuk tempahan, hubungi:
018-2754 136 (AZZA)
011-2875 7755 (ISKANDAR)
011-1140 4218 (MOHD ZHARIF)
011-1147 4127 (ANAS)

Facebook:

Website:

Selain tu, Capital City Mall juga akan memberi bantuan hari raya kepada asnaf dan warga emas pada bulan puasa nanti. Alhamdulillah, satu usaha yang bagus daripada pihak mereka. Moga semuanya dipermudahkan.

Post a Comment

12 Comments

  1. Murah juak tuk early 🕊 yea. Syg jauh. Dh lah memcm kuih, faberet yea

    ReplyDelete
  2. Murah dan berbaloi.. Nanti boleh la plan buka puasa kat sini.. Menu pun nampak menarik tu

    ReplyDelete
  3. ya Allah..makanan dia mnggoda btl..lg sdap klu sunah yg blnja..hihi

    ReplyDelete
  4. usually kalo buffet hotel o ramadhan ni memang suka dok tengok section dessert dlu. hehe..

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. nyaman2 menu.. terutama febret udang n sate. hehe

    ReplyDelete
  6. banyaknya makanan dia. berbaloi jugak harga dia

    ReplyDelete
  7. Harga boleh tahan. Sesuai dengn menu.

    ReplyDelete
  8. banyaknya pilihan makanan! untung sape dekat!

    ReplyDelete
  9. menggoda sungguh menu2 ni semua tau!

    ReplyDelete
  10. Harga berbaloi.. Makanan pun banyak pilihan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com