Berpeluang Melihat Peninggalan Rasulullah S.A.W, Aku Rindu Padamu! | Allah, Allah. Air mata berlinangan kembali. Perasaan yang sukar digambarkan apabila diberi rezeki olehNya untuk menjadi antara mereka yang datang melihat artifak Rasulullah s.a.w. di Persada Johor semalam.
Last minute plan, Sis Lin ajak ke sini. Mulanya saya ingat nak ke sini hujung minggu aje. Rupa-rupanya Allah lebih mengetahui mana yang terbaik, housemate saya semua tak available weekend ni. Ada hikmahnya Sis Lin mengajak untuk ke sini hari Khamis. Tengaharinya pulak ada Buffet Ramadhan Review dekat Amari Hotel belakang Persada tu aje. Menapak aje kami dari Persada tu. Yang tu saya cerita kemudian ya!
Saya tak ambil tahu sangat event kat Persada ni. Rupa-rupanya Pameran Artifak Rasulullah s.a.w. tu bersempena dengan Festival Islamik & Halal Antarabangsa Negeri Johor yang berlangsung pada 28 hingga 31 Mac 2019. Ramai sungguh pengunjung yang datang ke festival ni. Sesuatu yang di luar jangkaan kami. Alhamdulillah.
Pameran Artifak Rasulullah s.a.w. tu terletak di ruangan berasingan dari hall utama yang ada aneka booth dan pentas utama. Bila masuk ke dalam hall utama, jalan je sampai hujung dekat pentas utama tu, ada pintu keluar kat tepi pentas. Dari pintu keluar tu akan membawa kita ke tapak Pameran Artifak Rasulullah s.a.w.
Masuk je ke dalam tu, terus nampak barang-barang yang digunakan oleh baginda s.a.w. Pada dinding-dinding hall, ada sejarah dan fakta mengenai barang-barang yang ditinggalkan. Boleh ambil masa untuk baca, sebab ada bahagian yang tidak disebut dalam subjek Sirah kat sekolah.
Benda yang paling mengujakan orang ramai adalah kain kiswah penutup pintu Kaabah yang tinggi ke siling. Uols boleh bergambar dekat kain kiswah ni dan print out gambarnya, dengan caj RM10 sekeping gambar. Saya sangat tertarik dengan jahitan dari benang emas dan perak pada kain-kain kiswah tersebut. Kitorang pun tak lepaskan peluang untuk ambil gambar kat sini.
Sambil tunggu gambar kat atas tu siap, kami sambung tengok apa yang ada.
Dan di situlah ia. Yang sangat menjentik hati saya.
Helaian rambut Rasulullah s.a.w.
Di sini, entah mengapa, air mata tidak dapat ditahan lagi. Perasaan apakah ini, saya sendiri tak tahu. Rasa seolah-olah kita bertemu dengan baginda di depan mata, kerna rambut itu adalah sebahagian dari tubuh badan Rasulullah s.a.w sendiri. Ada kata-kata di belakang kotak yang menyimpan rambut baginda. "...walaupun baginda sudah wafat, tetapi rambut baginda hidup."
Allahumma salli 'ala Muhammad.
Sangat ramai yang mengerumuni kotak rambut ni. Mungkin semuanya sama-sama rasa apa yang kita rasa. Dan sungguh, jauh dalam hati kecil saya, rasa kagum sangat sebab sangat ramai umat baginda yang menyayanginya. Dari jauh dan dekat, sanggup datang dan bersesak-sesak untuk tengok warisan baginda yang masih ada hingga ke hari ini. Dan sudah tentu, mereka semua juga sangat merindui Rasulullah s.a.w.
Allahumma salli 'ala Muhammad.
Jemput ya.
Datang ke Persada Johor dengan kawan-kawan, bawak family, mak ayah, suami isteri dan anak-anak. Insya'Allah sangat bermanfaat untuk semua.
8 Comments
Belum berkesempatan lagi untuk ke sana.Banyak yang boleh kita baca dan lihat tentang Nabi Muhamnad s.a.w ni bila ke sana kan.Boleh lihat sendiri di depan mata
ReplyDeletebest bepeluang g festivel camtok :)
ReplyDeleteAlhamdulilah, lepas ni mana tau ada rezeki sunnah & suami ke madinah, melihat makam rasuluallah pulak ... amin insyallah
ReplyDeleteAllahu... Masa sek2 dulu akk pernah pergi pameran seakan ini. Dan betul, rambut antara yg menjadi tumpuan, Wallahu 'alam bissawap
ReplyDeleteterima kasih perkongsian
ReplyDeleteyg indah
Yang duduk berhampiran jangan lepaskan peluang ini. Bukan selalu dapat lihat.
ReplyDeleteWow.InshaAllah..hari ni nak pergi lah terjahh..heheee... Rindu jugakkk..... Jarang gi pameran2 gini..... TQ infoo
ReplyDeleteAllahuu bestnyaa
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com