Ticker

6/recent/ticker-posts

Asam Pedas Tetel Restoran Lot 85 Melaka

Asam Pedas Tetel Restoran Lot 85 Melaka | Kalau ke Melaka, tak sah kan, kalau tak rasa lauk asam pedasnya. Orang kata asam pedas Melaka ni lain dengan asam pedas Johor. Dari segi kuah dan bahan-bahannya ada beza sikit-sikit.


Macam yang saya rasa baru-baru ni kat Melaka, asam pedasnya diletakkan daun limau purut. Biasanya kalau masak asam pedas, saya letak daun kesum. Ni pertama kali saya rasa yang letak daun limau purut. Kat mana tuuuu?

Restoran Lot 85, Durian Daun Dalam, Melaka. Simple je restorannya, ada banyak tempat duduk. Tapi pengunjungnya boleh tahan ramai juga. Menu kami tengahari tu adalah Asam Pedas Tetel, Ayam Goreng Berempah, Sambal Tempe Berkacang, Ikan Masin, Sambal Belacan dengan Ulam-ulaman dan Sup Sayur.


Sedap uikkk Asam Pedas Tetel dia. Pedas pun tak terlampau sangat. Boleh lagi seketul Sunah menelannya dan mencurahkan segala kuah kat nasi. Paling saya suka adalah Sambal Tempe dan Ayam Goreng Berempah, sampai tak cukup untuk kami berempat yang makan semeja. Siap mintak kat meja sebelah yang tak bersentuh, eee tak baik membazir. 😂


Sambal belacan dia saya tak berani nak makan. Cicah sikit je. Alaaaa, Melaka uiii! Kalau tak pedas, tak sah, kan? Sis kauu mana bolehhh makan pedas sangat. Sobsss! Ok lah, kalau uols nak datang makan kat sini, bole waze terussss ke lokasi!


Restoran Lot 85

Lokasi:
Jalan Putri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka

Waktu Perniagaan:
Isnin - Sabtu
8 am - 5 pm
Ahad TUTUP

No. Tel:
+606 292 2045

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

13 Comments

  1. memang sedap sis lin kalau asam pedas tetel melaka ni..

    uyui kalau masak asam pedas tetel atau daging confirm style melaka..letak daun limau..superb marbeles...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tersilap masuk rumah rasanya ni..hahaha...

      Delete
    2. tiberr sis lin..ahhahahaha..mesti konfius sebab pagi tadi dia pun post restoran lot 85 kannnn

      Delete
    3. haah...jadi confius sekejap..nak makan asam pedas rumah orang lain pergi nya rumah orang lain..maluuuu..larikk...

      Delete
  2. dulu pegi laaa kedai yang viral hahaha dia ketuk duit kita and itula asam pedas paling x sedap CT penah makan. ok next time pegi CT try kedai ni pula =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorhh ye ke...nanti ct try makan sini pulak tauuu

      Delete
  3. Dah try asam pedas tetel melaka.
    Lagi suka asam pedas JDT

    ReplyDelete
  4. Lepas ni viral le kedai makan Lot 85 ni, alhamdulilah rezeki buat mereka..Sis sukaaa!!!

    ReplyDelete
  5. tak pernah tahu pulak kedai lot 85 ni. Nanti pergi melaka boleh singgah!

    ReplyDelete
  6. alu lapar perut ngga tok. hehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya lama tk pergi melaka dah nih, tetiba craving asam pedas :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com