Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Jenis Young Living Essential Oils Pilihan Saya

4 Jenis Young Living Essential Oils Pilihan Saya | Uols pernah dengar tentang Young Living Essential Oils? Kalau dah pernah dengar, tahniah saya ucapkan sebab tahu kewujudan minyak yang banyak sungguh manfaat dia ni. Kalau tak pernah, tahniah jugekkk sebab berjaya sampai ke entri ni. Jemput lapangkan masa, dan baca sampai habis ye. Kalau tak, rugi tak tahu apa-apa. Haha.


Baru-baru ni, seorang kawan kenalkan saya pada Young Living. Tahun lepas, saya dah jumpa juga Young Living Essential Oils ni masa pembukaan Alkaff Boutique kat Bandar Baru Uda. Ade salah seorang sponsor diorang tu ejen Young Living dari Singapore. Tapi tak ambil serius pun tentang minyak ni. Ah, takde entri nak backlink-kan, sebab masa tu belum kembali berblog lagi. 😝

Dan akhirnya saya menjadi serius nak ambil tahu bila kawan ni share pengalaman dia sendiri guna Young Living Essential Oils masa dia down dan tak berapa sihat dulu.

FYI, Essential Oils telah pun dikenali sejak zaman dahulu kala lagi sebenornye. Minyak ni banyak digunakan dalam bahan kosmetik dan bahan makanan, malahan untuk tujuan spiritual dan keagamaan. Young Living pulak merupakan salah satu brand yang kehadapan dalam memperkenalkan minyak tradisi ni ke zaman moden sekarang, dengan mengambil kira aspek emosi, fizikal dan spiritual sebagai usaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Gituh sis kauu cuba explain. Kalau tak faham, ulang balik baca pelan-pelan sampai faham.

Ok, sambung baca lagi.

Essential Oils dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan melalui proses yang teliti (steam distillation, resin tapping & cold pressing) hingga mencapai tahap ketulenan (purity) yang lebih tinggi daripada bentuk sumber asalnya. Jadi, bila mana uols bawak minyak ni ke mana-mana aje, uols sebenarnya sedang bawak pokok ehhh minyak semulajadi yang tulen. Lebih menarik, Young Living ada ladangnya tersendiri di seluruh dunia untuk grow tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai Essential Oils.


Disebabkan saya pertama kali nak cuba Young Living ni, saya dapat 1 set Premium Starter Kit dengan Desert Mist Diffuser. Dalam set tu, ada 10 jenis Young Living Essential Oils yang popular dan commonly used. Surprisingly, ada 2 lagi Young Living Essential Oils extra dalam kotak tu. Mekar bunga sakura dalam hati seorang Sunah bila bukak kotaknye. 😍


Young Living Essential Oils ni ada dua jenis minyak, satu yang single 100% minyak pure, satu lagi adalah hasil blend beberapa jenis minyak. Antara 12 jenis Young Living Essential Oils ni, saya nak share 4 jenis minyak yang paling menarik perhatian saya dari segi kegunaan dan kelebihannya. Ye, empat je lerr. Kalau share sampai 12 kang, esok baru uols siap baca entri ni. 😂


Peppermint 100% Pure Essential Oil


Siapa tak kenal Peppermint? Bau pudina yang tajam menyengat mampu membantu kita untuk lebih produktif dalam kerja-kerja seharian. Diffuse beberapa titis Peppermint sebelum memulakan kerja untuk cipta suasana yang fokus dan bertenaga. Sesuai sangat untuk bantu anak-anak siapkan kerja sekolah kat rumah, kan? Takde la 5 minit ngadap buku, lepas 5 minit dah boring, tinggalkan buku, gi baring tengok TV ke, picit-picit telefon ke, main toys ke. Malah, sesuai untuk seketul Sunah yang cepat hilang fokus dia siapkan thesis PhD. Erkkk! Mudah-mudahan bila guna Peppermint ni tiap hari, boleh siap thesis sis kauu. Doakan, ya! Ada jugak tips untuk legakan batuk dan selsema dengan inhale Peppermint ni dari tapak tangan dua tiga kali sehari. Sesuai sangattt bagi mereka yang resdung (seperti Sunah).


R. C. Essential Oil Blend


R. C. adalah gabungan daripada Spruce, Cypress, dan tiga jenis Eucalyptus oils (E. globulus, E. radiata, dan E. citriodora). Fungsinya untuk memberi tenaga dan menjadikan kita kekal bersemangat dari awal pagi hingga tamat segala aktiviti harian. Seorang Sunah sangat perlukan R. C. supaya kekal positif dan bermotivasi. Just calit sikit kat pergelangan tangan dan tengkuk tiap pagi, aromanya mampu membantu kita rasa bertenaga dan bersedia untuk menghadapi apa aje yang akan berlaku pada hari tu. Agak-agak macam berdebar nak mulakan sesuatu yang baru, boleh la guna R. C. ni supaya kita rasa lebih relax. Serius cakap, nak viva PhD nanti sis kauu akan calit selama seminggu sebelum present. 😆


Stress Away Essential Oil Blend


Stress Away adalah kombinasi dari Lime, Vanilla extract, Copaiba, Lavender, Cedarwood dan Ocotea, sejenis Essential Oil yang unik dari Ecuador. Dah namanya gitu, of courselah Essential Oil ni berfungsi untuk menyahkan segala rasa tekanan jauh-jauh dari kita. Bila dah penat seharian kat ofis dan stress dengan kerja yang masih bertimbun, boleh lah diffuse Stress Away kat rumah untuk cipta suasana yang lebih menenangkan. Ye, wakkk. Kita faham. Dah lah penat, anak-anak pulak semua berebut nak menarik perhatian sampai tertarik rambut memasing, tenangggg, tenangggg ye semuanya dengan Stress Away. Uniknya, Stress Away ni boleh kita guna sebagai minyak wangi ye, uolss. Hilanglah segala tekanan orang di sekeliling kita bila terhidu baunya. Gituhhh. 😇


Frankincense 100% Pure Essential Oil


Oh, serius first time dengar nama tumbuhan ni. Frankincense atau nama saintifiknya, Boswellia carterii, merupakan Essential Oil yang sangat banyak kegunaan dia, terutama dari segi spritual dan meditasi, bahkan untuk kegunaan kecantikan. Eh eh, kecantikan pun hado? Haa, ye. Kemenyan dalam bahasa Melayunya digunakan untuk kulit supaya kekal berseri-seri. Patutlah kemenyan digunakan untuk tu kan? Alah, tuu tuuu. Disamping digunakan untuk tujuan lebih khusyuk dalam beribadah, Frankincense juga boleh membantu mengurangkan tona kulit yang tak sekata. Caranya, campur sedikit ke dalam pelembap wajah supaya uols nampak lebih flawless. Ehekkk.

Tak sangka kan, beberapa titis minyak je pun mampu bagi macam-macam kesan pada diri kita. Ini baru saya share 4 jenis je tau. Tak masuk lagi 8 jenis dari Premium Starter Kit tu. Eh, bukan 12 jenis je Young Living Essential Oils ni, ada lagi lebih 100 jenis dengan banyak lagi kegunaannya. Setiap jenis minyak ni pulak, ada yang boleh digabungkan antara satu sama lain untuk hasilkan kesan tertentu. Semua tu, kena rajin google dan rujuk kat website dia

Hurmm, kadang-kadang ada sakit yang kita tak jumpa ubatnya di hospital. Ada rasa, yang kita tak dapat nak hilangkan hanya dengan duduk saja tanpa buat apa-apa. Ada benda, yang kita nak capai tapi mengambil masa terlalu lama sebab banyak sangat distractions. Why not, kita try something yang boleh jadi pemangkin kepada usaha kita. Insya'Allah dengan izinNya, mana tahu dengan guna Young Living Essential Oils ni, dapat bantu kita untuk ubah kehidupan supaya menjadi lebih baik.

Yang penting, kaji dan faham.

Bila dah faham, baru kita jadi lebih yakin dan percaya.

Saya sedang mencuba. Uols nak cuba jugak?

Atau ada apa-apa nak tanya tentang Young Living Essential Oils ni, boleh whatsapp je terus kawan saya, ok?

Izzat

Post a Comment

11 Comments

  1. banyaknya khasiat dia. patutlah ramai yang guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak..ramai jugak kawan2 yang reply wassap status saya dengan cadangkan oil blend yang menarik

      Delete
  2. macam best jak.. mesti wangi tok.. :)

    ReplyDelete
  3. Ini memang bagus...Sis mula tau bila dengan Tatie kat Belitung..
    Dia banyak cerita pada kebaikkannya, cuma tak beli lagi..
    Nanti nak juga try sebab bagus untuk orang berdengkur dan susah lena malam dengarnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee sis...kalo nak tau ape2, nanti sis klik aje link wassap tu yaaaaa

      Delete
  4. Bestnyaaa macamm nak beli jugak lah pulak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com