Review Filem: Alita Battle Angel | Tengahari semalam, saya ajak Ain dan Nada tengok wayang. Nak redeem dua tiket free TGV sempena membership renewal tahun lepas. Takut lupa nak redeem sampai expired. Mulanya saya planned nak tengok cerita GLASS. Tapi, tayangannya hanya ada di TGV Kulaijaya kalau kat Johor ni. Itu pun midnight movie pukul 12 malam. Aduhai. Takde rezeki nak tengok filem tu, nanti lah tengok kat cinema yang lain kalau ada lagi.
Bila saya belek senarai Now Showing, ada satu filem paling baru released pada 5 Februari, iaitu Alita: Battle Angel. Saya tengok trailer, kemudian tanya Nada dan Ain sama ada nak tengok filem tu atau filem How to Train Your Dragon. Saya tak bagi high expectation untuk filem Alita ni sebab macam kartun aje, dan takde orang sebut-sebut pun. Tapi Nada dan Ain setuju nak tengok Alita, jadi kami pun decided untuk tengok tayangan pukul 12.05 tengahari sebab time tu je yang masih ada sikit seat kosong bahagian depan.
Tapi once saya da masuk ke dalam filem ni, oh! Expectation saya meleset sama sekali. Kenapa?
Pic: Times of India |
Apa yang menarik tentang filem Alita: Battle Angel?
Saya tak sangka hasil garapan 3D karakter dan watak manusia berjaya digabungkan tanpa cacat cela. Oh come on, producer filem ni adalah producer yang sama untuk filem Avatar dan Titanic, iaitu James Cameron dan Jon Landau. Siapa pernah tengok Avatar, mesti boleh bayangkan macam mana sinematografi filem ni. Susah nak cari kecacatan grafik, dan level special effects adalah high class. Tahniah buat pengarahnya, Robert Rodriguez.
Filem genre aksi ni adalah adaptasi dari manga Jepun karya Yukito Kishiro, Gunnm. Watak utamanya adalah cyborg wanita bernama Alita lakonan Rosa Salazar, yang sisa kepalanya ditemui oleh seorang cyborgsurgeon, Dr. Ido dalam sampah buangan daripada bandar Zalem. Dr. Ido memulihkan tubuh badan Alita yang kemudiannya bangun dalam keadaan hilang ingatan tentang siapa dirinya yang sebenar. Lama-kelamaan, diorang akhirnya mendapat tahu bahawa Alita adalah lebih daripada seorang gadis biasa pada zaman silamnya. Haaa, nak tahu siapa Alita dan macam mana dia dapat tahu? Boleh lah ke panggung berdekatan untuk tengok ya! Kalau tak sabar, tengok dulu trailer kat bawah ni.
Plot filem ni sangat penuh dari awal sampai akhir. Ada banyak parts yang kitorang macam kena fikir lama sikit untuk relatekan satu scene dengan scene yang lain. Satu pesan saya, jangan alihkan mata dari skrin walau hanya dua saat. Sebab masa uols tengah tunduk nak dip nachos dalam sos keju dia tu, boleh jadi uols tertinggal scene cyborg tengah kerat cyborg yang lain. Gituhhh. Yang menariknya, filem ni walau sarat dengan aksi, ada banyak jugak part yang bermain dengan emosi. Seorang Sunah yang berhati tisu, memang banyak kali mengalirkan air mata. Huhuhu.
Filem Alita ni diklasifikasikan sebagai P13, tapi sebenarnya banyak sangat scene yang terlampau ganas. Entah macam mana boleh lepas ke P13 ek? Mungkin sebab kamera tak fokus sangat pada bahagian keganasan yang dilakukan tu, tapi kalau kita yang dewasa ni pun da rasa ngeri, budak-budak bawah 13 tahun, rasa apa ek? Iye, ade budak kecik kat row belakang kerusi kitorang duduk, siap tendang-tendang kerusi dak Ain sampai Ain toleh ke belakang. Hahaha.
Ok lah, saya tak spoil banyak benda kan? Haa, pergi lah beli tiket sekarang. Sebelum tu, baca dulu satu ayat review ni:
"Alita: Battle Angel's story struggles to keep up with its special effects, but fans of futuristic sci-fi action may still find themselves more than sufficiently entertained." - Rotten Tomatoes
Ya, sis kauu sangat rasa entertained. Good job buat team Alita: Battle Angel! Sis bagi 8/10.
12 Comments
Kalau bab cite macam ni, Sis ko tak minat hahahahaha... :p
ReplyDeleteSilap-silap membuta dalam panggung..
sis macam ain, tak minat jenis superhero movie..kalau saya, jenis tengok aje semua movie sebab setiap jenis tu berbeza pembawaan dia...kalau saya sempat tertidur dalam panggung, maksudnya movie tu memang bosan sangat..bukan sebab saya tak minat..haaa gituhhh
DeleteSEKETUL farahain yang tertido pada mulanya kembali tersedar.....this movie is highly rekomen kepada mereka yang tak suka sains action , komfom akan tersuka....iolls berstuju dengan rating yang diberikan.hahahhaa..
ReplyDeletehahaha..yee, aku tiru ko punya rating ajeee
DeleteTak berapa nak minat cerita gini. tapi kalau orang ajak tengok kita tengok je.. hahaha
ReplyDeletebagusssss
Deletemcm best cita tok :)
ReplyDeletenang best tok
DeleteLama betul dah tak nengok wayang. Last cerita munafik 2. Hehehe
ReplyDeleteserius la tak tengok paskal? ahhaha
Deletelama naw tak tengok movie. kat Penang ni xde geng nk teman. kena tnggu balik kampung. selalu tnggu masuk online lee hehe..
ReplyDeletekita pun mana tak sempat nak tengok kat panggung tu, cuba cari online jugekk..hihi
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com