Lepak di Amphawa Boat Noodles, Bazar Karat, JB | Sebagai peminat Amphawa Boat Noodles, mesti nak try jugak makan di cawangannya yang terletak di celah-celah Bazar Karat JB ni. Saya ke sini hari Jumaat yang lalu, selepas Hi-Tea di Berjaya Waterfront Hotel JB. Saja nak ajak budak-budak tu minum petang. Kot-kot la perut tak cukup kenyang. Saya macam da nak cancel dah sebab perut da sendat. Tapi budak-budak tu cakap OK je kalau nak pergi. Lagi pulak, seketul Ain tak pernah makan kat Amphawa ni. Hahaha.
Ok lah, kitorang pun pergi aje sekali dengan Kim dan Farah. Cawangan Amphawa Boat Noodles ni terletak sederet dengan August Cafe, JB. Tapi Amphawa ni ada dua pintu masuk, sebelah jalan besar dan sebeah bazar karat. Jadi, kalau nak mudah, park aje kat Metro Parking seberang jalan tu dan jalan kaki sahaja ke seberang untuk masuk ikut pintu sebelah jalan besar. Untuk park dekat Metro Parking tu kena pakai Touch n Go ya, dengan minimum baki RM5.
Disebabkan kami ke sana pada petang Jumaat, dan musim cuti sekolah, restorannya agak full dengan pelanggan. Alhamdulillah, mujur restorannya dua tingkat, kami naik duduk kat tingkat atas, itu pun share meja dengan pelanggan lain sebab kat atas tu hanya ada tiga saja meja besar. Meja kecil-kecil tu tak boleh dicantumkan atau tarik sebiji kerusi dari meja sebelah, sebab khas untuk pelanggan yang datang dalam kumpulan kecil tiga orang ke bawah, katanya.
Menariknya cawangan kat bazar karat ni adalah interiornya ada air terjun hiasan. Dari tingkat atas ke tingkat bawah. Tapi tak ambil pulak gambar dengan air terjun tu. Lupa bebenor masing-masing. Mungkin sebab semua pun da rushing nak balik lepas makan tu. Eh, makan ape je kami kat sini dengan perut yang dah kenyang?
Kami order boat noodles lah, apa lagi. Masing-masing order dua mangkuk seorang, Kim aje order 4 mangkuk. Haa jangan tak tau, Kim memang kuat makan. Hahaha! Dia ambil dua mangkuk Tomyam Prawn Boat Noodle dan dua mangkuk Amphawa Chicken Boat Noodle. Saya pulak order dua mangkuk Tomyam Prawn Boat Noodle, Farah order juga yang ni semangkuk dan Amphawa Chicken Boat Noodle semangkuk. Ain order yang tomyam tu dan Amphawa Beef Boat Noodle. Setiap mangkuk ni harga dia RM1.90 sahaja. Boleh pilih mee nya nak glass noodle atau bihun. Saya suka glass noodle dari dulu lagi. Farah dengan Ain pilih bihun.
Air pulak, saya rekemen Thai Green Tea untuk Farah yang sukakan Green Tea. Saya sendiri order Rose Milk Tea, sebab tak pernah try yang ni kat Amphawa. Sedap juga dengan rasa bunga ros. Tumblr dia pun cantik warna putih. Tak bawak balik pulak hari tu. Biasanya bawak balik dan buat cawan kat rumah. Hahaha. Kim pulak order Milk Coffee panas. Cantik kopinya. Rasa dia sedap la kot sebab Kim minum sampai habis. Hahaha.
Kim order jugak coconut ice cream. Fevret dak Ibah aiskrim ni. Kalau ke Paradigm Mall, JB, hampir setiap kali tu la dia beli. Tapi memang sedap pun. Rasa kelapa asli gituh. Hidang pulak dalam tempurung kelapa. Kalau kat Paradigm Mall, dia hidang dalam bekas lain sebab sana kan stail kiosk gitu. Boat Noodle pun kat sana saiz nya lebih besar dan harga pun ikut saiz mangkuk besar.
Hurmm, makan buat geli-geli aje, ok lah. Farah dan Ain pun suka dan cakap sedap. Alhamdulillah. Kim memang dah pernah pergi, tak payah tanya dia. :p
Uols nak pergi jugak cawangan yang ni?
Amphawa Boat Noodle Bazar Karat, JB
Lokasi:
No. 32, Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru
Waktu Operasi:
11.30 am - 10.30 pm (Ahad - Khamis)
11.30 am - 12.00 am (Jumaat & Sabtu)
No. Telefon:
07 - 220 0060
Instagram [@amphawaboatnoodle]
Facebook [Amphawa Boat Noodle]
6 Comments
Sedapnyaa lahai..
ReplyDeleteNak pergi laaa kang, Yana cuti harini ajak merambu hahahaha
haa sila silaaaa
DeleteEeeeee.... Walaupun kuah beef boat noodle tu kak sun kata rasa mcm herbs2 ... Tapii ain telann sodapp yang aamat. Hahhahhaa.. 😆
ReplyDeletekannn..aku dengan farah memang bercitarasa sama..hahahah...tapi kadang2 aku makan gak yang tu kalo teringin meatball dia..
DeleteCantik betuiii Tumblr Rose tu. Hehe.
ReplyDeletekannn...meh la datang siniii minum rose milk tea amphawaaa
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com