Laksa Johor di Kluang RailCoffee (Original) | Jumaat lepas, saya ke Kluang lagi. Kali ni dengan adik dan sepupu yang datang dari kampung pula. Plan last minute, 10 minit sebelum keluar dari rumah baru sebut. Hahaha. Dahsyat betul.
Kali ni sebab bakal gerak dari Tebrau lepas Zohor, kami plan untuk terus ke Kluang RailCoffee (Original) dekat stesyen keretapi Kluang tu. Takut kalau ambil gambar kat Laman Pesona Kluang dulu, nanti restoran tu dah tutup pukul 6 petang.
Dari Tebrau, kami lalu ikut Bandar Tenggara, ambil masa 1 jam setengah gitu, bergantung kepada trafik. Sampai restoran, terus cari tempat duduk kat dalam. Agak ramai juga pengunjung petang Jumaat tu sebab Johor kan cuti hari Jumaat dan Sabtu. Mana yang kerja kerajaan, memang luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan lah kan.
Seperti yang saya sebut dalam entri Kluang RailCoffee dulu, next time nak rasa Laksa Johor pulak. Ye, kali ni saya order Laksa Johor. Ecah dan sepupu order nasi lemak bungkus, 4 bungkus. Diorang makan 2 bungkus seorang. Jangan terkejut, saiz dia kecik aje lahh. Tak macam kat cawangan Jalan Tasik 1 tu, dalam pinggan kan. Tapi kalau bandingkan harga, memang logik aje. Sebab nasi lemak bungkus ni harganya RM1.10 sebungkus. Yang dalam pinggan tu RM4.++ kalau tak silap.
Nah, ini dia Laksa Johor saya. RM5.50 semangkuk. Erm, saya bagi 3/5 saje. Sebab kuahnya tak berapa pekat dan rasanya pun tak berapa kaw. Disebabkan diorang letak potongan kacang panjang dalam tu, rasa kacang panjang tu agak mengganggu sikit walaupun ada orang, memang bubuh kacang panjang dalam Laksa Johor.
Kopi dia memang sedap macam selalu. Hihi.
Heyy bila nak pergi naik keretapi dari JB ke sini pulak?
23 Comments
akak pun kalau makan nasi lemak tu 2 bungkus. laksa johor tak pernah cuba lagi
ReplyDeleteri tu tak sempat kak saya nak rasa nasi lemak dia...laju berdesupp habis diorang makan..hahahaha
Deleteair dia memang menggoda..:)
ReplyDeletekannn cik nor...sedappp, saya suka!
DeleteTETIBA rasa nak buat Laksa Johor laaa
ReplyDeleteeeee...nanti kita bawak pinggan tauuuu
Deletewowww.. pegi kluang dari jb semata2 nak makan laksa ye sunah..
ReplyDeletehaah kak...ahahahhaha...takleerrr! bawak budak2 ni photoshoot, alang2 singgah ke sana..hihihi
DeleteWEeii jom plann, minggu depan ke Khamis ni ke Hahahahaha
ReplyDeletejom la...minggu depan, ok!
DeleteAlamak kenapa kcg pnjg. Huhu
ReplyDeletekannn..membantutkan selera seorang sunah dan yea..hahaha
Deleteadoi... pesal lak leh ternampak laksa kat sini.... tutup mata....
ReplyDeletehahahah..dah ternampakkk, tak payah tutup!
DeleteWah kat kluang station dah ada laksa johor??!! Menarik ni ...
ReplyDeleteiye kakkk...eee, da lama adaaaaa
DeleteKalau makan laksa memang tak suka ada kacang panjang tu. Spoil. Hehehe
ReplyDeletekannn...kacau rasa laksa tu
Deleteajommm naikk ketapiiiiii.... hahahhahahaahaha
ReplyDeletejom ainnn tunggu ko n sis balik dari KL
Deletenyaman. kmk mula pandei masa kja di putrajaya dlok. hehe
ReplyDeletewahhh duhall dolok kitak keja putrajaya kah
DeleteLaksa Johor dekat tepi jalan Bandar Mas ke Desaru sedap
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com