Kek Birthday Sufi | Semalam 13 Februari, hari kelahiran Sufi, anak salah seorang klien merangkap sahabat kepada encik suami. Dia order kek birthday untuk Sufi yang dah bertambah usia ke-3 tahun. Dua hari sebelumnya, dia called dan bagitahu kek apa yang dia nak. Ikutkan, saya memang tak ambil dah order kek buat masa ni disebabkan masa yang terlalu lama perlu diambil untuk siapkan sebiji kek. Lebih fokus pada tempahan brownies dan bars sahaja di Selera Sakura.
Tapi tak sanggup nak menolak, dan rasa macam nak kasi hadiah kat Sufi, jadi acik buatkan jugak sebiji kek warna pink macam kat atas tu. Ye, seorang Sunah reti buat Snow Cheese Cake (dan Moist Chocolate Cake) aje ui. Kek birthday jenis lain, jangan tanya. Apatah lagi yang jenis buttercream ke, fresh cream ke, fondant ke. Nanti tak jadi kek pulak kalau uols order. Buat untuk makan sendiri, boleh lah. Nak jual, tak berapa berani lagi.
Tangan masih keras. Haha. Pernah jugak buat kek jenis buttercream untuk birthday Ayen dua tahun lepas. Kek nya kak Ajan yang buat, deco nya saya yang siapkan. Buat makan sendiri-sendiri saja, dengan kawan-kawan, berani la nak cuba-cuba kan. Kalau untuk dijual, takut entah jadi apa-apa. Nak mengadap request yang pelbagai lagi, mati kutu seorang Sunah nanti. Lagi satu, kalau orang tanya harga, memang tak tahu nak letak harga berapa.
Macam-macam alasan kan? 😂
Ok lah, Happy 3rd Birthday Sufi!
Semoga jadi anak solehah dan kakak yang baik buat Uwais!
18 Comments
nampak sedap
ReplyDeletealhamdulillah...terima kasih
DeleteTetap berbakat tu
ReplyDeletetapi kalo akak buat, mesti lagi cantik..haha
DeleteWah.. Tak sangka pandai jugak buat kek.. Ingat brownies je.. Cantik
ReplyDeletekeras sangat tangannye...ahahah
Deleterupa tak kisah yang penting rasa nya mesti sedap...tengok pun dah rasa nak cekut terus kek tu...^_^
ReplyDeletehahaha...sabor, jangan cekut skrin laptop or skrin tepon
Deletecantiknyaaa kek 😍😍
ReplyDeletealhamdulillah Allah bagi cantik
DeletePinky wuuuu..
ReplyDeleteMesti sedap air tangan aunty Sunah tu...
Bulan 11 nak gak kek tau...
hahahahah eeee lambat lagiiii
DeleteWah boleh buka order ni
ReplyDeletehahahahha taknakkk
DeleteCantiknya kek! Happy birthday to Sufi :)
ReplyDeletealhamdulillah...mekasih yea
Deletebestnya pakai bakery
ReplyDeletebest...nak makan kek, buat aje
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com