Ticker

6/recent/ticker-posts

Buah Dabai dari Bintulu

Buah Dabai dari Bintulu | Apa khabar uols? Salam Jumaat penghulu segala hari. Semalam seharian saya bizi dengan tempahan brownies, meeting dan entertain adik dengan sepupu yang baru sampai dari Bintulu.

Iyee, sis kauu ni asalnya dari Bintulu, Sarawak, jangan tak tau. Tapi saya dah menetap di Skudai, Johor sejak tahun 2006 lagi. Dari zaman degree, bujang, lepas kahwin pindah KL kejap, kemudian pindah Padang Serai, then kembali semula ke Johor. Lepas ni?

Wallahua'lam ke mana jua yang Allah campak, semoga memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Eh, sebenarnya nak share benda ni. Semalam, adik bawak buah dabai dari Bintulu. Mamak kita kirim dari sana. Walau da semalaman dalam bas kemudian merentas Laut China Selatan, buahnya masih elok lagi. Terima kasih mamak. Terima kasih Ecah, bawakkan.


Pernah tengok buah ni? Pernah rasa? Nak makan dia senang aje. Basuh dulu buahnya dengan air paip. Kemudian tuskan sebelum diletak ke dalam mangkuk. Panaskan air hingga mendidih. Tuang air ke dalam mangkuk berisi buah dabai tadi dan tutup mangkuk tu dengan piring.

Buah dabai dah sedia dimakan bila uols check buah tu, rasa dia lembut aje kalo uols picit sikit. Buah dabai yang masih belum ready, tak boleh picit langsung, ok! Keras macam batu. Dan kadang2 kalau buah tu dah tak elok, ia tak akan jadi lembut. Tetap keras membatu. Simpan saja angan-angan nak makan dabai dengan nasi.


Ye, buah ni kitorang makan dengan nasi panas je. Ada orang, buat jeruk dabai. Ada yang makan dengan kicap dan sedikit garam. Ada yang buat nasi goreng dabai. Tapi family sis kauu suka makan gitu aje lepas da direndam dalam air panas tu.

Rasa dia macam mana? Alaaa susah betul nak explain. Cakap rasa macam kayu kang, uols tanya pulak, "pernah makan kayu ke?"

Hahahahaha!

Eee, meh datang rumah makan! Lama-lama rosak nanti.

Post a Comment

8 Comments

  1. Aduh terliur tgk. Rasa cam buah apa sunah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa cam avocado tawar bak kata kawan semenanjung..hahaha

      Delete
  2. Rasa kayu? Biasa tau rasa besi...eh Sis ko pernah makan besi ke? hahahahaa

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan. Sedap ke tuuu. Hehehe

    ReplyDelete
  4. xpernah mkn..tapi tgk mcm sedap..rasa dia xde mcm masam or manis ke? nmpk mcm rasa kelat je..hehe😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ek...tak tau nak explain...tapi kawan semenanjung cakap rasa macam avocado yg tawar

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com