Ticker

6/recent/ticker-posts

Aktiviti Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina

Aktiviti Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina | Cuti Chinese New Year selama dua hari yang lepas, ingatkan saya hanya akan mereput di rumah menyiapkan tempahan brownies. Rupa-rupanya Allah hadirkan seketul Ain menemani hari cutiku. Kahhhhhh.

Bersama seketul Ain

4 Februari

Kisahnya begini, hari Isnin yang lepas, saya ada delivery ke Bandar Baru Uda. Alang-alang dah ke area sana, saya ajak lah Ain breakfast bersama. Plan asalnya, nak sarapan di Kacang Pool Haji kat Arked Bomba Larkin. Bila sampai je sana, parking kereta dapat, tapi meja penuh. Ramai betul manusia. Ain ajak pula ke cawangan kedainya tak jauh dari arked tu. Mak ai, penuh jugak oiii. Bukan takat meja, parking pun tak tau nak duk celah mana. Hahaha. Agaknya sebab cuti sekolah, ramai yang bawak family jalan-jalan makan kat luar.

Takde rezeki kami makan Kacang Pool Haji pagi tu. Alhamdulillah, Allah nak kenalkan seorang Sunah dengan restoran lain kot. Ain bawak ke Tapah Corner kat Taman Suria. Saya dah lapar sangat masa tu. Terus ambil nasi lemak dengan telur mata. Ain order mee soto kot? Lupa lahhh. Nampak sangat saya fokus pada nasi lemak sendiri je. Hahaha. Masa tengah habiskan makanan tu lah, tiba-tiba cakap kat Ain, "jom tido umah akak!"

Wajah Ain yang gembira makan Mee Soto

Ain pun setelah berfikir-fikir sekejap, akhirnya dia ON. Kami balik kejap ke rumah Ain kat BBU sebelum pergi beli barang-barang kek sebab hari esoknya dah CNY. Kedai barang kek semua tutup paling minimum selama dua hari. Ada yang tutup sampai 10 hari tau! Jenuh la nak topup barang kek banyak-banyak sebagai backup. Dah setel beli barang, kami balik ke rumah saya. Petang tu saya da delivery kat taman sebelah. Ain join sekaki sebab lepas tu nak sambung beli barang lagi kat Paradigm Mall.

Lewat petang, ingatkan nak jalan-jalan kat pasar malam, tapi hujan turunnnn dengan lebatnya masa on the way balik tu. Jadi, kami tunda lah ke malam sikit. Tup tup Ibah whatsapp, tanya nak kirim apa-apa ke sebab dia nak singgah pasar malam balik dari sekolah. Ok, kami kirim aje beli makanan kat dia. Makan bihun goreng dengan nasi goreng pasar malam aje la malam tu.

Lepas makan, saya terus start operasi baking tempahan brownies Selera Sakura yang special sempena CNY. Ain pulak duduk ngadap laptop aje dia menaip entri blog dan tengok Youtube drama kegemaran dia. Hahaha. Kesian Ain kebosanan agaknya. Saya berapa kali jugak ke depan sambil ucap "penatnyaaa." Loyang da bertingkek-tingkek kat dapur demi mencari sesuap duit sewa rumah. Haha.

Malam tu, kami tidur sambil dengar bunyi bunga api CNY.

5 Februari

Pagi-pagi bangun siapkan deco brownies sebab Ibah nak bawak balik kampung. Dah gitau Ain siap-siap, hari pertama CNY kita duduk rumah aje. Sebab semua brownies, customer datang self pickup kat rumah pukul 8 pagi, 10 pagi, 12 tengahari dan 5 petang. Pagi sampai tengahari, kami makan sesuka hati aje. Bak kata kakak ipar saya, makan merapu. Haha. Tak sempat nak beli barang dapur, makan la cheese cake yang kak Ajan buat pagi tu dengan jajan-jajan.

Antara tempahan brownies special CNY Selera Sakura

Tapi belah petang, guna apa je yang ada kat dapur, terhasil jugak Aglio Olio Sosej Tomyam. Eh eh, gambar takde ambik pulak. Dak Ain ada ambik rasanya, tunggu lah dia update blog dia. Hahaha. Sesambil tu, sempat kami tukar template blog Ain kepada template yang lebih mesra trafik. Haa, boleh belek blog Ain tengok template dia ek. Kalo nak tukar macam tu jugak, email saya. Hahaha.

Malamnya, Nada balik dari ofis, terus bagitahu dia nak masak. Alamak, hancus diet seorang Sunah. Ok, makan aje laaa. Hahaha. Lauk simple aje, sardin, telur dadar dengan nugget goreng air fryer. Mulanya, Nada nak beli ayam tapi kedai Maslee tutup pulak cuti CNY ni. Huhuhu. Alhamdulillah, kenyang jugak.

Lepas makan, terkeluar pulak ajakan untuk pergi karoks sebab seorang Ain da lama gian nak karoks. Hahahah. Karoks la kami malam tu empat orang. Tapi yang nyanyi bersungguh, dah tentu lah bukan saya dan Nada. :p

6 Februari

Pagi-pagi dah janji nak bawak Ain gi jogging kat Hutan Bandar Taman Mutiara Rini. Lepas Subuh, kami keluar dalam pukul 7 pagi. Jalan lengang sangat. Sampai hutan bandar, parking pun senang aje sebab pengunjung tak seramai selalu. Kami start dengan 1 round jalan kaki, kemudian baru start jogging. Saya mampu jogging 1 round aje, tu pun banyak berjalan. Dak Ain menambah lagi 1 round untuk cukupkan jadi 3. Dahsyat jugak Ain ni.

Ain jogging di awal pagi

Sempat jugak posing depan Teratak Limas MBJB

Lepas jogging, kami singgah Tesco Mutiara Rini sekejap sebelum balik ke rumah. Beli sikit barang dapur sebab nak masak nasi goreng tomyam untuk sarapan pagi tu. Nak tengok resepi nasi goreng tomyam ni boleh ke blog Selera Sakura. Ala, nasi goreng simple aje. Bak kata Ain, nasi goreng sihat sebab dikurangkan minyak dan dikurangkan garamnya. Bersemangat betul Ain nak turunkan berat badan.

Nasi Goreng Tomyam

Masa makan tu, sempat pulak belek showtimes dekat TGV Bukit Indah. Nak redeem tiket wayang free dari TGV. Kami tengok Alita: Battle Angel. Boleh baca review saya tentang filem ni ya. Habis wayang, kami terus hantar Ain balik ke rumahnya. Dari rumah Ain, saya dan Nada ke FamilyMart Taman Sutera. Teringin pulak aiskrim Green Tea sebab petang tu panas gila. Beli sekali Mushroom & Cheese Sausage dengan Crispy Chiki buat makan dengan baki nasi goreng balik nanti.

Tengok wayang Alita: Battle Angel

Alhamdulillah, itu lah aktiviti yang kitorang buat sepanjang cuti CNY. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Hahaha. Hanya kisah mengisi masa terluang dengan cara paling jimat. Wakakaka.

Terima kasih Ain sudi datang bermalam rumah akak! Mohon maaf atas segala kekurangan ya. Harap jangan serik datang lagi bila-bila nanti.

Hari ni hari jadi Ain.

Buat Ain, selamat hari lahir yang ke-28.
Semoga Allah berikan yang terbaik buatmu dalam hidupmu.
Semoga Allah makbulkan segala hajat dan impian.
Semoga Allah murahkan lagi rezeki yang melimpah-ruah.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia juga akhirat.

Moga-moga dengan itu,
bertambah keimanan dan ketaqwaan pada Nya.
Ameen ameen ameen.

Love you, Ain.

Post a Comment

13 Comments

  1. Plan yang tak dirancang ni kadang² lagi best dari yang dirancang. .

    ReplyDelete
  2. Sekurangnya ada moment best masa tahun baru cina ni. Daripada memerap di rumah macam saya. hehehe

    Apa2pun say to ain, happy birthday :)

    ReplyDelete
  3. Nice activities! Janji tak mereput..ok dahtuu...Bahaha.. Happy Birthday Ain! May all wishes come true! Semoga kurusss segeraaa...hihiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituhhh kannn..kalo mereput jugak, tak tahu lerrr

      Delete
  4. banyak tu aktiviti while cuti CNY. sukala orang pandai baking.. kalo CT memang x jadi leee tangan keras bab2 ni. kite dok rumah ja.. sebab nak jalan kat Penang ni memang jem sokmo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahammm...penang memang jammed tak kira masa kan...hahaha

      Delete
  5. Sekejap jer cuti dah habis.. bila nak cuti pula...

    ReplyDelete
  6. homaigodddddsss seketul farahainn bacaaa sambil senyummmm soran sorangggg..hahahahahhaahhahahaahhahaaha.....maceh kak sun sudi layan tetamu kanak-kanak ribena yang bernama nur farahain ini.hahahahahhaa.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com