Strawberry Korea Murah | Siapa yang baking, mesti ternanti-nanti musim strawberry Korea masuk ke pasaran setiap hujung tahun ke awal tahun. Saya memang prefer strawberry ni berbanding strawberry US atau Cameron untuk deco atas custom design brownies.
Strawberry Korea ni saiz dia simetri dan warnanya pun tak terlalu merah. Rasanya pula jarang masam. Semuanya manis-manis. Kalau strawberry US, saiznya besar-besar, tak sesuai nak letak atas brownies. Manakala strawberry Cameron saiznya tak selalu simetri. Warnanya pula agak pudar dan rasanya kadang-kadang dapat yang manis, kadang-kadang dapat yang masam.
Bila musim strawberry Korea da habis, memang terpaksa lah sis kauu beli strawberry Cameron. Jarang-jarang beli strawberry US. Ada masanya, dapat lah strawberry Mesir. Pun elok-elok bentuknya, cuma tak berapa tahan lama. Strawberry Cameron biasanya saya beli kat Paradigm Mall, JB sebab stok selalu ada dan bentuknya lagi elok dari tempat lain. Harga pun dalam RM10 aje.
Strawberry Korea AEON Permas - RM12.88. Kredit pic: Sis Lin |
Tapi sekarang da masuk musim strawberry Korea uii. Hujung tahun lepas, harganya masih mahal lagi. Hampir menjangkau RM20 untuk 250 gram. Tapi bila da masuk Januari hari tu, wahh harga dah semakin murah. Boleh jatuh hingga bawah RM15 untuk 250 gram. Kalau nak strawberry Korea yang murah dan elok, boleh lah beli kat AEON. Mana-mana AEON harganya sama, insya'Allah.
Balik dari lab kang nak gi beli gak.
Esok ada order nak deco strawberry.
4 Comments
owhh masih teringat brownies Sunah...dapat makan masa 5 hari sebelum bersalin hari tu..
ReplyDeleteWahhh jangan lupa order lagi 😂😂
Deletenakk beli strawberry jugakkk
ReplyDeleteJommmm beliii
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com