Lunch Aneka Pasta di Restoran Lemon Tree Setia Indah | Makan lagi. Ye, jangan jemu. Beberapa hari lepas saya makan tengahari kat cawangan Restoran Lemon Tree yang paling baru kat Taman Setia Indah, Johor Bahru. Sebelum ni, saya pernah review tentang makanan kat cawangan ke-9 Restoran Lemon Tree Taman Megah Ria. Uols boleh klik situ untuk tengok makanan-makanan lain tu ya. Sebab dalam entri ni saya nak share menu lain pulak!
Restoran Lemon Tree kat Taman Setia Indah ni baru aje dibuka bulan lepas. Asalnya adalah cawangan di Taman Mount Austin, yang kemudian ditutup dan dipindahkan ke sini. Lokasi terbaru di Setia Eco Cascadia lebih strategik dan senang nak parking. Masa kami datang lunch tengahari tu pun ramai juga pengunjung yang datang. Mungkin sebab hari Isnin tu cuti Thaipusam.
Lunch hari tu kami makan 9 orang, kali ni try dia punya pasta pulak.
Buka selera dengan sup cendawan yang enak @ Restoran Lemon Tree |
Seafood Aglio Olio @ Restoran Lemon Tree |
Meatball Bolognese @ Restoran Lemon Tree |
Prawns Aglio Olio @ Restoran Lemon Tree |
Boleh tahan sedap juga. Paling suka meatball bolognese dia tu. Aglio Olio pun sedap jugak, udang kemain besar-besar. Kalau uols ambik yang seafood tu, memang banyak isi seafood dia letak. Tak kedekut, ok! Sis Lin siap order lagi satu pinggan. Hahaha!!!!
Try jugak Lemon Tree JB Special Fried Rice. Ok, yang ni saya rekemen sangat-sangat. Resepi signature Chef Jeffery Bong sendiri. Tak mustahil, saya akan repeat order menu ni kalau ke Lemon Tree lagi. Nasi gorengnya sedap dan ada rasa smoky smoky gitu. Saya memang suka kalau nasi atau bihun yang digoreng dengan rasa camtu. Nak cerita macam mana eh kat uols rasa dia tu.
Kena datang sendiri la rasa macam mana. Hahaha!
Restoran Lemon Tree
Lokasi:
No. 63, Jalan Eco Cascadia 6/1, Taman Setia Eco Cascadia, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi:
11:00 am -10:30 pm
Setiap hari
Tel. No:
+607-3615965
Facebook:
Instagram:
5 Comments
Alamak tengok semua menu makanan ni nampak sedap. Ish2 tergoda betul!
ReplyDeletehahaha...maafinnnn gueee
Deletesangat rekomem makan disini.. santai dan selesa..makanan pulak memang sesuai dengan tekak kiteee. 👍👍👍👍
ReplyDeletekannnn...sukaaa...sure akan repeat lagi bila2
DeleteSedapnyaaa.. 😋😋
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com