Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan Lama Mengusik Jiwa - KLMJ

Kenangan Lama Mengusik Jiwa - KLMJ | Malam tadi, saya membelek semula kisah-kisah lama. Di blog sendiri dan blog encik suami. Terimbau kembali segala kenangan semasa masih berkawan. Tersenyum-senyum membaca bait-bait kata dalam entri masing-masing. Kadang-kadang berkerut dahi baca entri bila sampai ke tarikh-tarikh yang penuh krisis.

Mengimbau kenangan panjat Bukit Broga pertama kali lepas kahwin, tapi takde dalam entri sesape. Haha.

Gitulahhhh.

Segala yang terjadi dalam hidup kita, pasti akan menjadi sejarah. Sama ada ia sesuatu yang manis atau pahit, semuanya sudah tertulis dari azali. Tinggal kita sahaja yang perlu memilih. Sama ada menjadikan sejarah itu sebagai panduan atau dibiarkan saja berlalu pergi tanpa memberi kesan apa-apa dalam kehidupan.

Dalam hidup setiap daripada kita, akan mengenali seseorang sama ada sebagai sahabat, kawan sekolah, rakan sekerja, mahupun teman hidup. Dari situ, kita bukan sahaja kenal namanya, malah segala sifat baik dan buruknya. Bah kan, orang yang kita kenali pada satu ketika tu, seolah-olah langsung tidak kita kenali pada satu ketika yang lain.

"Dia sudah berubah!"

Ayat yang sering menjadi kesimpulan awal.

Saya terlihat satu video kat Facebook semalam, dan menangkap ayat terakhir yang sangat menarik dalam video tu.

"True Love is not about loving 1000 different people.
But True Love is about loving 1000 versions of the same person."

Benar belaka. Setiap insan ada sisi baik dan sisi buruknya. Siapa yang boleh menerima kedua-duanya dalam diri kamu, jangan sia-siakan dia. Ya, setiap orang akan berubah dari satu fasa ke fasa yang lain seiring dengan pertambahan usia. Raikan dengan berubah juga, tetapi ke arah perubahan yang melengkapi satu sama lain.

Baru lah boleh buat kesimpulan akhir.

"Insya'Allah, bahagia sampai Syurga."

Post a Comment

17 Comments

  1. seronok dapat imbau kenangan. itu la salah satu fungsi blog juga.
    virtual diary tapi kena pandai pilih juga apa yang nak dikongsi. yang manis2 memang sronok dikenang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul...sebab dalam diam tak diam, orang paling dekat dengan kita pun jadi pembaca senyap...

      Delete
  2. Walaupun jauh Beribu batu
    Namun hatiku Dekat padamu

    Ingatan mesra Bingkisan rindu
    Dalam kenangan Utus selalu

    Duhai sayang
    Cintaku sejati
    Kenangan mesra lalu
    Mengusik hati Indah nian
    Mesra yang tercipta
    Kenangan mu selalu
    Mengusik jiwa

    Biar bertahun Dalam kembara
    Paduan jiwa Cinta bertakhta

    Damai setia Lukis didada
    Menanti cita Sinar bahgia

    ReplyDelete
  3. Lagu apa Sis Lin karok tu? ??

    Keciknya Sunahhh dulu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.tiberrr diaaa nyanyii dekat sini 🤣🤣🤣

      Delete
    2. tu lerrr pasal -untuk kedua2 kenyataan kak seri tu

      Delete
  4. Kenangan tu kalau diingat kadangkala manis, dan kadangkala pahit. Ia boleb menjadi satu kekuatan kalau difikir dari segi positif.. Nak karok gak mcm sislin la.. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Kelebihan dan kekurangan seseorang itu menjadikan dia adalah dia dan ianya unik. Hehe...

    ReplyDelete
  6. hurmmmm,, ajari saya untuk mengenal erti cinta.. tiberrrrr 🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com