Ticker

6/recent/ticker-posts

Hujung Minggu Yang Sibuk

Hujung Minggu Yang Sibuk | Dah berapa hari tak blogwalking. Sibuk dengan review makanan sana-sini sempena Tahun Baru Cina yang dah nak dekat. Mana yang sempat aje, kita balas masa belek-belek blog kat tepon sesambil menunggu makanan tiba. Mana yang kita belum datang tu, jangan risau, sape-sape yang datang berkunjung tinggalkan jejak kat sini, insya'Allah kita akan balas balik walaupun lambat.

Pic: Sis Lin. Shot: Zaki. Edited by: Sunah Sakura.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak-pihak hotel dan restoran yang mempelawa kami rakan-rakan JDT Blogger dan media sekitar Johor. Kadang-kadang berderet sampai rasa menyesal sebab tak control makan. Angka penimbang dah naik 2 - 3 kg, baru la nak sedari diri. Bila bergambar beramai-ramai dan nampak pipi bagai dipam-pam, baru la nak stop sekejap food review. Haha.

Review, review juga. Dalam hati, keresahan tu tetap ada sebab kerja hakiki masih bertimbun. Bah kan, kerja blogger tu pun menanti giliran masing-masing seiring dengan job review yang datang. Sampai satu saat, kau akan berbelah bahagi nak buat review lagi sebab takut kau tak sempat nak update blog sekaligus siapkan kerja hakiki. Gituh lah perasaan seorang Sunah dalam minggu-minggu terakhir bulan Januari ni.

Dalam masa yang sama, kesihatan turun naik. Bila kurang tidur dan esoknya perlu berjalan jauh, kepala bagai ditusuk-tusuk besi tajam. Sekarang ni da masuk musim panas juga. Biasanya, awal-awal tahun macam ni saya mesti diserang demam. Kena minum banyak air kalau terlibat dengan aktiviti luar sebagai langkah pencegahan demam.

Uols pun sama. Jaga kesihatan, ok?

Post a Comment

8 Comments

  1. kannn kita punnn.. makin bam bamm sudahh..

    ReplyDelete
  2. Bz nya. Jangan lupa jaga kesihatan juga ya :)

    ReplyDelete
  3. tulaaaa kesihatan yang paling penting.... tak care sistur

    ReplyDelete
  4. Betul..selari menjaga kesihatan, minum air masak bebanyak..
    Sis kalau selesai review balik uma sapu minyak, sebotol air masak ku bedal..siapalah memalam bangun membeserrr

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com