Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur | Sebelum tidur, kita mesti dah biasa dari kecik baca doa tidur kan? Bila makin meningkat dewasa, kita belajar lagi bahawa sebelum tidur, ada banyak lagi doa-doa dan perkara sunat yang kita boleh buat selain membaca doa sebelum tidur.


Antaranya:

1. Ambil wudhuk sebelum tidur.

“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710). Insya'Allah apa yang terjadi semasa kita tidur adalah perkara yang baik-baik, dan mimpi yang kita alami adalah yang terhindar daripada gangguan syaitan.

2. Baca Ayatul Kursi.

Ini pun sebagai pendinding diri juga. Dalam Ayatul Kursi ada disebut tentang sifat Allah yang sentiasa bersemayam di Arasy Nya, tanpa perlu tidur. Kita baca dan tanam keyakinan dalam diri, Allah akan jaga kita semasa kita sedang tidur hingga kita terjaga semula.

3. Baca 3 Qul sebelum tidur.

Sebagai pendiding diri, Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk baca 3 Qul sebelum tidur. Surah al-Ikhlas (Qul Hu Allahu Ahad), Surah al- Falaq (Qul A'uzubi Rabbil Falaq), dan Surah an-Nas (Qul A'uzubi Rabbin Nas) dibaca dan ditiup pada telapak tangan, sebelum menyapunya dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Insya'Allah akan dijaga dari kejahatan yang nyata dan tersembunyi.

4. Berdzikir sebelum tidur.

Biasanya berzikir ni elok buat last sekali. Masa kita da habis baca semua doa dan perkara sunat, kita boleh berdzikir sampai lah kita tertidur. Antara dzikir yang dianjurkan adalah surah al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Rasulullah s.a.w, istighfar dan tasbih Subhanallah.

5. Baca 2 kalimah syahadah sebelum tidur.

Yang ni, saya mula amalkan dari bangku sekolah. Sedar tak sedar, tidur adalah "mati sekejap". Dalam doa sebelum tidur pun, ada disebut perkataan mati ni. Dengan nama Allah kita hidup, dan dengan nama Allah kita mati. Sebab tu, disunatkan untuk baca dua kalimah syahadah sebelum tidur. Biar kesaksian pada Allah dan Rasul tu adalah ayat terakhir yang kita sebut sebelum "mati".

6. Doa kemaafan untuk orang lain.

Yang ini, saya mula amalkan masa da besar sikit. Mungkin masa matrikulasi atau masa sekolah menengah. Bila da mula menambah bahan bacaan, baru tahu bahawa kita akan rasa lebih tenang bangun pagi esoknya bila kita tidur dalam keadaan memaafkan orang lain. Ya, setiap hari kita bertemu dengan ramai orang. Ada di antara mereka mengguriskan hati kita, sama ada dengan sengaja atau tak sengaja. Jika kita menyimpan rasa marah dalam hati, bawak ke tidur, esok pagi kita akan bangun dengan rasa suram. Asyik teringat-ingat betapa sakitnya hati kita pada orang yang buat kita terluka. Cubalah mula amalkan dari sekarang untuk sentiasa memaafkan orang lain sebelum kita "mati kecil" dengan doa ni:

"Ya Allah ya Tuhanku, jika ada insan-insan yang pernah melakukan kesalahan kepadaku, aku maafkan mereka ya Allah. Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka. Dan jika aku melakukan kesalahan kepada manusia lain, Kau bukalah pintu hati mereka untuk memaafkan daku. Sesungguhnya daku manusia yang sangat lemah dan tiada daya upaya melainkan di atas kehendak dan kuasa-Mu. Aku mohon keampunan-Mu ya Allah.

Post a Comment

10 Comments

  1. nice sharing. insyallah dijadikan amalan.
    dua ekor bulus tu geramnya !!

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas perkongsian inii. 🤗🤗🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  3. Perkara mudah yang kekadang ramai yang tak ambil peduli...good sharing

    ReplyDelete
  4. Dua kucing tu comel betul tdur.. 😍

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com