Terapi Sebelum Mulakan Kerja | Gituhhh tajuknya. Beberapa hari lepas, saya mengemas kotak bawah meja study. Terjumpa pulak buku mewarna dewasa yang pernah menjadi salah satu punca rezeki saya pada satu masa dulu. Sekali dengan kotak pensil warna STAEDLER LUNA yang masih elok panjang pensilnya. Saya bawak keluar.
Belek satu per satu muka surat buku tu. Eh, banyak lagi kosong rupanya. Saya pun keluarkan dari kotak dan letak atas meja study. Konon-kononnya nanti bebila rasa nak mewarna, boleh la isi masa lapang. Lapang la sangat seorang Sunah ni oi.
Sebenarnya, aktiviti mewarna ni boleh jadi sebahagian daripada terapi. Terapi apa? Terapi stress lerr. Terutama bila kita rasa dah tepu sangat dengan kerja lain atas meja, kita berhenti kejap dan alihkan perhatian pada lukisan doodle kosong. Pilihan warna ikut suka hati kita lah. Seni itu kan ciptaan kita.
Contohnya semalam, hari saya agak padat dengan aktiviti. Sampai Sis Lin pun menyeru kat whatsapp sebab dah dua hari tak update blog. Pagi-pagi saya dah keluar delivery ke UTM sebelum bersarapan dengan Kak Ajan. Masa tengah sarapan tu lerr mummy Katak menyeru oi. Nasib baik tak terbantut selera makan. Hahaha.
Jadi lepas sarapan, saya balik rumah dan clearkan dulu sinki dapur dari barang-barang baking. Bersihkan juga pasir kucing. Lepas da setel segala, baru la duduk kat meja study. Itu pun dah rasa penat sangat dan mengah. Eh, ternampak pulak buku mewarna dewasa yang saya letak atas meja beberapa hari lepas.
Ok, sebelum mulakan kerja, nak mewarna dulu lah. Bagi rileks kejap kepala otak yang serabut. Masa mewarna tu la otak rasa clear sekejap dari benda lain sebab kita tengah fokus dengan satu-satu warna. Bila nak start buat kerja?
Bila otak tetiba teringat, "eh banyak kerja nak buat." Hahaha!
Ok tutup buku mewarna. Mula buat kerja.
Done entri terakhir tahun 2018.
Bye!
9 Comments
Weiii entri terakhir ke?
ReplyDeleteUpdate l;e entri azam baru ke selamat tahun baru ke hahahahaha
Itu esok lerrr..hahhaha
DeleteSelamat tahun baru 2019
ReplyDeleteSelamat tahun baru wp!
DeleteMewarna boleh merangsang otak dan boleh juga hilangkan stress!
ReplyDeleteya betulllll! ayuhhh kita mewarna berjemaah!
Deletededulu mewarna ialah kegemaran ain.hahaahhaha.. melukis memang kelaut.. kita tapau mewarna sudahh .hahhaahahha. 🤣🤣🤣
ReplyDeletejom kita mewarna sambil bergosip! nanti akak bawak buku mewarna yeee...
Deletekacak :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com