Ticker

6/recent/ticker-posts

Take Action!

Take Action! | Kata-kata ini tak lain tak bukan adalah untuk seorang Sunah sendiri. Selalu sangat termenung mengenangkan timbunan kerja yang tak siap-siap. Banyak planning itu ini nak buat satu persatu kerjanya, tapi kadang-kadang tinggal planning saje. Lebih banyak masanya berniat di malam hari sebelum tidur, bahawa esok pagi-pagi akan bangun awal sebelum Subuh, buat tahajjud dua rakaat, solat Subuh, kemudian mula menaip thesis.

But almost all the time, niat hanya tinggal niat. Esoknya macam-macam berlaku di luar perancangan. Haha. Ops, boleh gelak lagi seorang Sunah. Mungkin perlu diketuk sikit kepala bagi sedar bahawa tinggal sebulan lebih aje lagi oi ko kena submit draft! Dah kenapa payah benar nak konsisten menaip? Kenapa tak sesenang menulis entri kat blog macam sekarang ni? Pffttt.


Itu semua alasan.

Sepatutnya, bila dah ada niat sebelum tidur tu, tak perlu tunggu esok. Kena terus bangun time tu jugak siapkan sebanyak yang mampu kerjanya. Bak kata-kata Steve Maraboli kat atas, satu inchi tindakan kita akan bawa kita lebih dekat kepada matlamat berbanding hanya niat sebatu dalam hati. Gituhhhh.

Kau berniat aje tak akan bawak ke mana-mana. Niat nak solat sunat tu tapi tak buat, memang dapat pahala. Tapi kalau kau laksanakan, lagi banyak pahala yang kau dapat. Lagi indah hari tu untuk kau. Tapi kalau kau berniat nak siapkan kerja, lastly kau tak buat pun, kau tak akan dapat apa-apa. Berbeza ya! Faham ke tak faham ni?

Iye, baiklah. Seorang Sunah harus sedar bahawa hanya seorang Sunah yang boleh menyiapkan kerja dia. Bukan orang lain, bukan pembaca blog ni, bukan awak, tetapi diri seorang Sunah sendiri. Kalau uols pun rasa macam saya, ada banyak kerja bertimbun yang menanti, mari lah kita bersama-sama sedar diri.

Dah habis baca kan? Ape lagi, pergi buat kerja tu.

Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. ye ye..tengah pulun ni sebelum bercuti panjang..hahahahah

      Delete
  2. itulah kadang diri ni suka sangat bertangguh kerja walaupun dah tahu list kerja panjang berjela...

    ReplyDelete
  3. Sendiri mai ingatlah yee dak Sunah hahahaha

    ReplyDelete
  4. agaknya nak kena ketuk dengan sis lin baru semua kerja anak2 katak menjadikk..hahahha..mummy silakan ketuk kepala kami.hahahhahaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com