Ticker

6/recent/ticker-posts

Pakej Percutian Berbaloi-baloi ke Pulau Belitung oleh MTN Getaways

Pakej Percutian Murah ke Pulau Belitung oleh MTN Getaways | Kalau uols perasan, saya ada up entri ajak bercuti ke Pulau Belitung pada hari Ahad yang lepas. Yang benarnya, memang saya ke sana dari 9 hingga 12 Disember yang lalu. Masya Allah, cantik sangat Pulau Belitung ni sebenarnya. Pulau yang terletak di timur Sumatera, Indonesia ni lebih dikenali sebagai negeri Laskar Pelangi. Haa, pernah dengar tentang filem dan novel international best seller ni? Lagu dia pun ada.

Laskar Pelangi

Filem yang ditayangkan pada tahun 2008, adaptasi dari novel Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata. Kisah tentang 10 orang pelajar sekolah bersama 2 orang cikgu mereka yang bergelut dengan kemiskinan dan membina harapan untuk masa depan Kampung Gantong yang terletak di pulau kecil berasaskan pertanian serta perlombongan bijih di pantai timur Sumatera, Pulau Belitung. Cikgu-cikgu mesti tahu tentang filem ni.

Bagi sekeping aje lah dulu gambar @ Replika SD Laskar Pelangi

Kalau tengok filem tu, ada beberapa latar tempat yang sangat cantik dan indah di sekitar Pulau Belitung menjadi tempat shooting. Bah kan, salah satu drama Malaysia, Kekasih Paksa Rela, turut memilih Pulau Belitung sebagai antara latar tempat dalam dramanya. Tengok dalam filem dan drama pun dah terpegun, apatah lagi kalau tengok depan mata, kan?

Kalau tak percaya, boleh tengok Instagram saya @sunahjalanjalan untuk tengok sendiri keindahan pulau ni. Sikit je tu buat teaser. Nak tengok lebih-lebih dan apa lagi yang menarik kat Pulau Belitung, nanti saya ceritakan dalam entri seterusnya. Untuk yang nak tahu lebih tentang harga pakej ke Pulau Belitung, boleh teruskan membaca.

Pakej Percutian ke Pulau Belitung bersama MTN Getaways

Trip saya ke Pulau Belitung pada 9 hingga 12 Disember yang lepas adalah di bawah kelolaan MTN Getaways Pte. Ltd. Tak tipu, memang seronok percutian saya hari tu sebab banyak tempat menarik yang tour guides bawak, aktiviti sangat pack dari pagi sampai malam. Malah, ada lagi tempat yang tak sempat dikunjungi, maksudnya kena datang lagi, ye tak?

Sehingga akhir bulan Disember 2018 ni, MTN Getaways ada buat promosi pakej ke Belitung seperti di bawah:


Harga pakej adalah termasuk dengan:

  • Tiket pergi balik (Garuda Airlines: Changi - Tanjung Pandan)
  • Penginapan (Green Tropical Village)
  • Makan (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)
  • Kenderaan berhawa dingin beserta tour guide yang sangat peramah
  • Ground Package (lebih dari 10 tempat menarik dilawati termasuk snorkeling)

Antara tempat menarik yang menunggu kedatangan uols bila ambil pakej dengan MTN Getaways:

Replika SD Muhammadiyah Gantong - SD Laskar Pelangi
Dermaga Kirana
Museum Kata Andrea Hirata
Kampung Ahok
Pantai Tanjung Pendam
Pantai Tanjung Tinggi
Pulau Garuda
Pulau Kelayang
Pulau Kepayang
Pulau Lengkuas
Danau Kaolin
Rumah Adat Belitung
dan banyak lagi!

So, apa tunggu lagi? Cepat-cepat book trip uols dengan MTN Getaways! Kalau lambat, melepas! Saya dengar, slot Disember dah hampir full uiii!

MTN Getaways Getting You There

✈ Travel period to the end of December

Hubungi:
No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
FAM 'GETAWAYS' Trip to Belitung Island 2018
yang telah berlangsung pada 9 - 12 Disember 2018 
anjuran MTN Getaways Pte. Ltd.

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnyaaa travel dengan MTN Getaways. sangat berbaloi!

    ReplyDelete
  2. memang nak pergi lagi ke sini.... balas dendam snorkeling.hahahhahaa.....

    ReplyDelete
  3. Halaa.halaaa...teringinla nak pegi. Cantik sangat tempat nya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com