Ticker

6/recent/ticker-posts

First Time Join Treasure Hunt @ Festival Johor Land 2018

First Time Join Treasure Hunt @ Festival Johor Land 2018 | Hihi. Ni cerita 15 Disember yang lepas ui. Sis kauu baru nak update. Ye ler, lepas 15hb tu saya jadi sibuk sangat dengan tempahan, review, cuti, tak berapa sihat, lepas tu bersambung-sambung lagi sampai lah ke hari ni baru sempat nak ngapdetnye.

Muka-muka sebelum start treasure hunt. Pic: Ayen

Kisahnya, tu pertama kali saya join treasure hunt sejak dari zaman degree. Selepas lebih 10 tahun yang lalu. Saya ingatkan sama aje macam treasure hunt zaman sekolah dulu-dulu. Rupanya mencabar gila nkoo. Soalan-soalan hint dia, adoii pecah kepala aku. Nasib baik satu group dengan Ayen yang pernah join treasure hunt dewasa, baru lah dapat idea sikit nak pecahkan kod rahsia. Haha.

Kitorang start dalam pukul 4 lebih. Festival Johor Land 2018 tu diorang buat kat padang depan AEON Bandar Dato' Onn. Ada dalam 65 pasangan yang mendaftar untuk Walking Treasure Hunt anjuran festival tu. Terlebih-lebih daripada sasaran awal penganjur, iaitu 20 pasangan sahaja. Haa, tengok sambutannya, meriah kan. Teruja sis kauu.

Bila dapat aje kertas soalan, terus saya rasa macam berada di planet Pluto. Bahasa apa ni. Hahaha. Memang la dia guna bahasa Inggeris, tapi perghhh ayat dia memang ayat riddle oi. Dalam ayat tu, ko cari la hint dia. Contohnya, "Urinating between Men in Black agents." Ko ghaseeee?

Jawapan dia berada di nama-nama booth yang ada masa festival tu. Untuk jawapan di atas, sebab saya ni bukan followers cerita Men in Black sangat, saya pun google lah siapa ejennya. Sambil tengok nama-nama booth yang ada. Eik, terlintas sesuatu bila nampak booth KPJ Hospital. Dalam Men in Black kan ada ejen K dengan ejen J. Urinating lak peeing, which is P. Rupanya itulerr yang dimaksudkan. Koh koh koh. Jemput view video kat bawah tengok sikit cane rupa masing-masing mencari harta karun.


Selain dari teka-teki gitu, ada juga permainan menguji minda. Yang ni Ayen my partner sangat bijak search kat Youtube. Hahaha. Tengok video macam mana orang lain setelkan puzzle, cuba ingat, dan buat balik. Alhamdulillah, boleh lah dapat markah tinggi jugak walaupun tak penuh. :p

Satu task yang betul-betul melibatkan fizikal adalah kena ambil gambar dengan pasangan, berlatar-belakangkan belon udara yang tengah naik ke angkasa, dengan semua kaki makhluk dalam gambar tak mencecah tanah. Haa, kena lompat ye! Minta tolong lah kat sesape sekitar tu ambikkan gambar. Tapi hari tu, belon udaranya tak naik pun. Kami hanya ambil gambar dengan poster belon tu je. Semua orang tak dapat markah penuh part ni.

Cuma satu je bahagian yang kitorang tak dapat setelkan, iaitu mencari dua orang misteri di sekitar festival tu. Siapa yang jumpa, dia akan dapat sticker untuk dilekatkan pada kertas jawapan. Then, dapat la 5 markah untuk dua orang. Kalau jumpa sorang je, dapat separuh. Kitorang tak jumpa dedua. Haha. Rupa-rupanya, sorang daripadanya adalah krew, sorang lagi vendor.

Selesai dalam pukul 6 petang. Kami hantar kertas jawapan, kemudian pergi AEON Bandar Dato' Onn kat seberang untuk tunaikan solat Asar, sekali Maghrib. Lepas solat, baru balik semula ke tapak festival. Jalan kaki aje. Bila semua peserta da sampai, penganjur pun bagi jawapan kepada semua teka-teki.

Muka berlagak sebab da dapat hadiah

Alhamdulillah, tak sangka pulak dapat saguhati. Tempat ke 11 dari 65 pasangan. Walaupun tak dapat cash, pengalaman tu sangat berharga sebab belajar benda baru. Lepas ni, insya'Allah akan join lagi kalau ada pertandingan macam ni. Haha.

Suka betul seorang Sunah pecah otak fikir teka-teki.

Post a Comment

8 Comments

  1. Hahaha kalau Sis engko yang join TH ni, kompom jerit memanjang sebab tak dapat jawab, kompom gerammmmmm

    ReplyDelete
  2. hahahahhaa..nasib bukan team dengan ain..mamposss dapat no last...hahahahahaa... kerja main2 je lahh gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee..mana bole fikir negatif! harussss berusaha..hahaha

      Delete
  3. Huhu macam dah berzaman tak turut serta dalam Treasure Hunt ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com